Tag-Archive for » tips keluarga bahagia «

Jul
20

pic1-5r

Kebahagiaan aku sebagai seorang isteri dan isteri-isteri di luar sana terletak pada tangan suami. Suami yang bijak menawan hati isteri mampu membuatkan isteri ikhlas untuk melakukan apa sahaja.

Seperti kehidupan aku, sebaik membuka mata dari beradu terpandang permainan anak-anak di celah perabot membuatkan aku tersenyum lantas ketawa. Aku sudah punya anak dan bukan lagi anak dara! Sungguh bahagia dan seronok tengok permainan anak, teringat ketika aku seusia sunan… memang seronok bermain bersama adik, ummi dan ayah.

Kemudian meneruskan operasi kerja-kerja rutin sebagai isteri seperti mengemas, mengurus anak-anak, mengurus suami, membasuh pakaian dan memasak. Semua itu membuatkan aku bahagia. Walaupun tak lari dari sifat manusia biasa dari memarahi anak tapi adakalanya karenah anak yang nakal itu juga mampu membuatkan kita ketawa.

Berbeza jika punya suami yang bersikap negatif, kurang menawan hati isteri amatlah menyakitkan untuk melalui kehidupan. Apa sahaja kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh isteri amat membebankan, membosankan dan menyakitkan. Ditambah lagi dengan karenah anak nan seribu amatlah menyerabutkan, dah macam sabut kelapa gamaknye :D

Oleh itu kerjasama antara suami isteri dalam pembentukan instistusi kekeluargaan yang harmoni perlu dititikberatkan dengan ini mampu mewujudkan suasana yang positif, harmonis dan bahagia. Hidupkanlah sunnah Rasulullah s.a.w kerana di situ ade pencetus kebahagiaan dan ketenangan kita semua. Suami dan isteri wajib hidup berkasih sayang dan mempamerkan kepada anak-anak. Jelaskan dan nyatakanlah sayang anda kepada ahli keluarga anda, dengan ini kehidupan seharian yang kita lalui terasa begitu indah. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Orang yang penyayang disayangi Allah, kasihanilah makhluk-makhluk yang ada di bumi nescaya segala yang ada di langit mengasihani kamu.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)

Jul
02

family

Suami saya sering didatangi kaum hawa yang mengadu nasib ketidak bahagiaan mereka di alam rumah tangga. Almaklumlah kaunselor lah katakan… sudah tentu menghadap 1001 penyakit zahir dan batin. Zaman percintaan sebelum kahwin sudah tamat seusai lafaz ijab dan kabul dilafazkan. Sang isteri mengharapkan alam rumah tangga yang indah dan berbunga-bunga seperti sebelum berkahwin. Suami saya kepelikan mengapa hal ini berlaku, mengadu nasib kepada isteri pendengar setia. Saya tersenyum dahulu. Setelah suami mengadu saya pun menjelaskan:

1.       Sebelum kahwin sukar untuk berjumpa dan masa terbatas. Maka selalulah bergayut kat telefon sampai telefon kepanasan dan telinga berdarah (over). Selepas berkahwin, selalu berjumpa atau jarang berjumpa kerana pasangan bekerja dan jarang-jarang telefon. Sampai kredit dah due date tapi tak habis-habis lagi kreditnye (ape kes hah?).

 

Sang isteri mengharap suami call, sang suami mengharap isteri yang call. Akhirnya kedua-duanya tak call. Ha! Ini tak boleh berlaku. Bagi anda yang membaca artikel saya ni, anda yang mulakan dulu. Kalau tak angkat? Mudah jer… hantar sekerap mungkin sms yang berbau cinta dan ringkas seperti: “Uhibbuki/ka jiddan jidda…” atau “ I Love U” atau “Rindu abang/ sayang…” Hantarkan ungkapan ini sekerap yang mungkin, agar pasangan tak sempat nak fikir mencari pasangan lain yang dirasakan lebih ideal berbanding sekarang.

 

2.       Sebelum kahwin surat berguni-guni, selepas kahwin “No more letter after this, so easy” Memanglah easy sangat tak penat tangan… tapi, inilah the highest sentimental value tau! Nak susah ape… tulis nota ringkas seperti: “Abang… keje baik2… jangan nakal2… jangan lupe makan… sayang abang!” Kemudian, tak perlu lagi nak pos mengepos masukkan sahaja di poket baju atau seluar yang suami mahu gunakan untuk pergi kerja. Boleh juga di dalam dompet atau di dalam kasut!

 

3.       Sebelum kahwin selalu bertukar hadiah, terutama di hari kelahiran. Selepas kahwin, haram 1 hadiah pun tak de sebab dah banyak bagi hadiah hantaran masa merisik, tunang dan kahwin set berdiri you! Tak bolehlah kawan… kena bagilah juga… walaupun suami terlupa, kita sebagai isteri tak salah untuk memulakannya dahulu. Nak bahagiakan? Berkorbanlah… kata lautan api pun sanggup redah (saya tak sanggup…. surrender).

 

4.       Sebelum kahwin selalu bagi suprise, selepas kahwin dianggap buat suprise sudah buang tabiat. Ibarat Dr Ummi (lihat pada link sebelah) kata tabiat pelik-pelik memang kena buang kalau tak jadi penyakit :D. Tuliskan kasih dan sayang anda di buku nota atau dompet suami. Jika buka dompet suami, gambar kita belum wujud maka kita wujudkanlah… Biar suami atau pasangan tahu betapa kita menghargai kewujudan dirinya dalam hidup kita.

 

5.       Sebelum kahwin pantang telefon dan berjumpa tak lekang “I love You” dah kahwin… tak de nye… Ish… Ish janganlah dibuang kata keramat tu… teruskan hingga ke akhir nanti.

 

6.       Ikhlaskan diri dan niat di atas segala apa yang kita usahakan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Biar kemesraan wujud dan komunikasi yang berkesan di dalam rumah tangga. Jangan berselindung apa-apa pada pasangan. Banyakkan perkongsian tidak kira apa sahaja, hidup, makan, minum, kerja segalanya!

 

7.       Bila sudah timbul kemesraan, barulah kita meminta… seperti: “Nurul selalu sebut I love you, abang tak sebut-sebut pun…” apabila suami out station, ingatkan dia untuk mencari buah tangan untuk kita. Kita yang perlu ingatkan, jangan malu untuk meminta nanti kita yang merana. Jika tunggu suami bagi bunga tapi tak dapat-dapat, jangan malu untuk memintanya.

 

Sepanjang berumah tangga, ini adalah antara amalan yang saya amalkan. Ada banyak lagi… tapi dah tak larat nak menaip. Saya tulis mana yang ingat je la… Jika ada sebarang pertanyaan dan perkongsian, jangan malu jangan segan untuk berkongsi walaupun jika saya lebih muda dari anda… Ada ilmu kita kongsi, jika tak tau kita bertanya… tak de salahnye…

Jan
24

ummuhaq & sunan

Saya tertanya-tanya adakah benar pepatah Melayu yang menyatakan “sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan.” Adakah ini sunnah yang Rasulullah paparkan kepada umat Islam? Rasanya dan hampir kepada kepastian adalah tidak!

Bukti? Aisyah bersama Rasulullah dan tentera Islam menyertai peperangan Bani al-Mustaliq. Setiap kali Rasulullah keluar berperang, Baginda akan mengundi siapakah di kalangan isteri Baginda yang menyertai peperangan itu. Ketika itu, undian berpihak kepada Aisyah.

Dalam perjalanan pulang, ketika orang Islam semakin hampir dengan Madinah, tentera Islam singgah di kawasan perhentian. Pada kesempatan itu, Aisyah keluar untuk beristinjak dan tanpa disedari anting-antingnya jatuh ketika menuju kawasan perkhemahan.

Beliau menyedari kehilangan anting-antingnya itu dan kembali ke tempat beliau beristinjak untuk mencarinya. Selepas menjumpainya, beliau pulang semula ke tapak perkhemahan dan alangkah terkejutnya Aisyah kerana ketika itu, tentera Islam sudah meninggalkan tempat itu dan meneruskan perjalanan pulang ke Madinah.

Tinggallah beliau di tengah padang pasir sambil mengharapkan kafilah orang Islam berpatah balik mencarinya.

Selepas tentera Islam menyedari ketiadaan Aisyah, mereka berpatah semula untuk mendapatkannya. Pada masa sama, Aisyah ditemui sahabat Rasulullah bernama Safwan al-Mu’attal yang juga ketinggalan. Ada riwayat lain menyatakan beliau tertidur.

Safwan dan Aisyah memasuki kawasan Madinah pada waktu siang hari, selepas Baginda dan tentera Islam memasuki kota Madinah. Kedatangan kedua-duanya ke Madinah diperhatikan oleh penduduk kota itu, antaranya golongan munafik yang dipimpin Abdullah Ubai.

Dia mengambil kesempatan itu untuk menyebarkan fitnah bahawa Aisyah berlaku curang dengan Safwan. Abdullah Ubai juga mendorong Mistan Ibn Athathah, Hassan Ibn Thabit dan Hammah Jahsh untuk mempercayainya.

Rasulullah duka cita dengan propaganda yang dilakukan orang munafik.

Dalam masjid, Rasulullah mengisytiharkan Baginda mempercayai isteri dan sahabatnya.

Peristiwa ini memberi kesan mendalam ke atas diri dan keluarga Rasulullah kerana ada sahabat yang terpengaruh dengan fitnah yang tersebar luas di kota Madinah. Bahkan ada sahabat yang mencadangkan Rasulullah menceraikan Aisyah.

Selepas itu Aisyah sakit dan meminta izin Rasulullah untuk pulang ke rumah ayahandanya, Saidina Abu Bakar dan diizinkan Baginda.

Aisyah berdoa semoga Allah memberitahu rasul-Nya beliau masih suci dan tidak bersalah.

Wahyu tidak turun selama sebulan dan keadaan itu menyebabkan Baginda tidak dapat membuat sebarang keputusan atau fatwa.

Kesempatan itu diambil oleh golongan munafik untuk mencemarkan maruah dan menyakiti hati Baginda dengan pelbagai perkataan.

Pada saat itu, Rasulullah berharap turunnya wahyu bagi menenangkan hati dan menghentikan tohmahan orang munafik serta mempertahankan kesucian isteri dan keluarga Baginda.

Selepas menunggu hampir sebulan, akhirnya Allah menurunkan wahyu melalui firman-Nya dalam Surah an-Nur ayat 11 hingga 20 bagi menyatakan Aisyah tidak bersalah.

Rasulullah menjatuhkan hukuman hudud kepada Mistah, Hassan dan Hammah kerana fitnah yang dilakukan mereka. Namun, Rasulullah tidak menjatuhkan hukuman kepada Abdullah Ubai kerana Allah akan tetap menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepadanya di akhirat.

Penting pula bagi umat Islam untuk mendidik anak-anaknya sesuai dengan yang dicontohkan teladan kita Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw terkenal sangat menyayangi anak-anak. Beliau sungguh memiliki kasih sayang yang tak terkira bagi anak-anaknya. Dari Anas bin Malik ra ia berkata: “Rasulullah saw pernah membawa putra beliau bernama Ibrahim, kemudian mengucup dan menciumnya.” (HR. Bukhari)

Kasih sayang Nabi Muhammad saw tidak terbatas pada anak-anaknya saja, namun jga kepada seluruh anak-anak kaum muslimin. Asma’ binti ‘Umeis ra (istri Ja’far bin Abi Thalib) pernah berkata: “Rasulullah saw datang menjengukku, beliau memanggil putra-putri Ja’far. Aku melihat beliau mencium mereka hingga menetes air mata beliau. Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah telah sampai kepadamu berita tentang Ja’far?” beliau menjawab: “Sudah, dia telah gugur pada hari ini!” Mendengar berita itu kamipun menangis. Kemudian beliau pergi sambil berkata: “Buatkanlah makanan bagi keluarga Ja’far, karena telah datang berita musibah yang memberatkan mereka.” (HR. Ibnu Sa’ad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Dari Aisyah ra ia berkata: “Suatu kali pernah dibawa sekumpulan anak kecil ke hadapan Rasulullah saw, lalu beliau mendoakan mereka, pernah juga dibawa kepada beliau seorang anak, lantas anak itu kencing pada pakaian beliau. Beliau segera meminta air lalu memercikkannya pada pakaian itu tanpa mencucinya.” (HR. Al-Bukhari). Sungguh suatu hal yang sangat terpuji yang patut kita tiru untuk anak-anak kita.

Nabi Muhammad saw juga senang bercanda dengan anak-anak. Abu Hurairah ra pernah menceritakan: “Rasulullah saw pernah menjulurkan lidahnya bercanda dengan Al-Hasan bin Ali ra. Iapun melihat merah lidah beliau, lalu ia segera menghambur menuju beliau dengan riang gembira.

Oleh itu, bagi para pejuang, pendakwah dan sesiapa sahaja jangan ditinggalkan anak dan isteri di rumah. Buktikan dan tunjukkan perjuangan anda yang mempunyai banyak cabaran, supaya anak dan isteri memahami dan memberi sokongan kepada anda. Ingat, isteri adalah sayap kiri pejuangan suami dan anak adalah penyejuk hati.

Rasulullah tampil hebat dan utuh dalam perjuangan kerana adanya anak dan isteri di sisi. Keluarga adalah sumber utama kekuatan. Kebanyakan anak-anak pejuang pada hari ini ‘tidak sebulu’ dengan ibu atau ayah kerana sering ditinggalkan. Pendidikan kekeluargaan ditinggalkan dan diabaikan lantas menyerah tugas kepada pendidik di sekolah.

Aduh, hampir menitis air mata dibuatnya! Kenapa? Kerana bapa sibuk kepada jalan Allah di luar tetapi mengabaikan anak dan isteri di rumah. Zalimkan? Saya menyeru kepada para pejuang, Kasihilah dan layanilah isteri dan anak sebagai manusia kerana mereka sentiasa dahagakan kasih sayang anda. Belum cukup memberikan kasih sayang selautan kerana kasih sayang bersifat infiniti dan tiada had. Didiklah dan kenalkan mereka tentang erti perjuangan Islam, kerana mereka tidak dapat memahami jika hanya berperap di rumah. Mereka juga ada akal dan hati untuk berfikir dan menghayati segalanya tentang kehidupan dan perjuangan hidup ini.