Blog Archives

Jul
14

p1130401

Fatih

Muka saya ada iras siapa yek?”

Mama membalas: “Mama pon tak tahu… tunggu fatih besar sikit lagilah, nanti kita tau ok?”

p1130420

“Saya sangat suka tidur dalam buai bersama abang. Abang saya sangat baik dan sayangkan saya. Abang juga selalu membantu mama menjaga saya. Terima kasih abang… sayang abang!”

Category: Diari  Leave a Comment
Jun
30

p1040920

Gambar di atas adalah gambar yang diambil pada tahun lepas. Ketika itu, keluargaku hanya ada suamiku, aku dan anakku sunan. Aku membesarkan sunan sepenuhnya dengan tangan ini tanpa mengenal siang dan malam dengan penuh kasih sayang. Andai aku meninggalkannya untuk seketika atas pelbagai urusan, tiada sedetik pun aku melupakan anakku sunan. Benar aku terlalu menyayanginya. Eeeemm mungkin disebabkan itu, tidak Allah mentakdirkan hidupku untuk bekerja tetap di luar sana, tapi takdirnya adalah bekerja sendiri yang sememangnya Allah telah melatih diri ini untuk berniaga sedari kecil lagi rupanya.

Kini adanya fatih pula dalam hidup aku. Adakalanya kemurungan dan kesedihan melanda. Aku merasakan seperti kehilangan sunan dalam hidup aku. Sebelum ini, andai abang pergi menghadiri sebarang kursus, program, sekolah atau ke mana sahaja yang menyebabkan aku perlu ditinggalkan maka aku hanya ada dia, sunan. Kami bermain, bergaduh, bergurau hatta menangis bersama. Semua itu aku merasakan terlalu indah!

Ah! sedihnya… rindunya masa yang sudah berlalu… Masa itu tak mungkin kembali.

SUNAN, ANAK MAMA… MAMA SAYANG SANGAT PADA SUNAN.

Category: Diari  Leave a Comment
Jun
24

p1120418

Syukur alhamdulillah Che Ahmad Fatih Ulhaq selamat dilahirkan pada hari khamis lepas 17 June bersamaan 4 Rejab 1431 jam 1055 a.m di Pusat Rawatan Ar-Ridzuan. Pengalaman melahirkan pada kali ini juga berbeza.

Melahirkan sunan fatih juga punya keajaiban dan kemudahan dari Allah s.w.t. Jika sunan hammad lahir tanpa disangka hidup dan normal hingga sekarang malah dapat melahirkan secara normal. Sunan fatih pula, Allah mempermudahkan aku sedari proses kehamilan lagi. Aku tak merasa berat membawa kandungan dan mampu mendaki bangunan setinggi 3 tingkat 2 hari sebelum melahirkan bahkan solat pon terasa ringan, tak perlu solat duduk.

Sehari sebelum melahirkan sunan fatih, pintu rahim sudah pon terbuka sebanyak 4sm tapi aku boleh ke hulu hilir dan menguruskan kerja2 sungai aku. Allah mengizinkan aku tidak merasa sakit. Aku masih tidak merasai ape2 sehingga saat di labour room. Setelah ketuban dipecahkan secara sengaja oleh bidan barulah aku merasai kontraksi tapi tidaklah sehebat semasa melahirkan sunan hammad. Tapi sakitnye hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui, alhamdulillah melahirkan sunan fatih secara normal setelah beberapa ketika menahan sakit.

Sunan fatih dilahirkan pada bulan Allah dan yang istimewanya, telinga dia pon ade tertera kalimah Allah. Subhanallah!

p1120431

inilah telinganye… telinga kanan

Semalam, cukup 7 hari sunan fatih menjengah dunia maka diusahakan segala amalan sunnah dapat dikerjakan. Cukur keseluruhan kepada dan dikhatankan sudah dilaksanakan, tinggal belum aqiqah. IshaAllah akhir bulan depan terlaksanalah aqiqah yang merupakan tanggungjawab sebagai ibubapa.

p1120490

fatih dibotakkan oleh mama, tok abi dan papa! fatih suka sangat!

Sungguh anak adalah rezeki bagi setiap pasangan yang berkahwin. Mereka adalah keajaiban yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada kita yang wajib kita yakini dan disyukuri. Mudahan kita menjadi hamba yang sebenar hamba amin…

Category: Diari  4 Comments
May
25

Setelah berumah tangga dan dikurniakan Allah s.w.t cahaya mata. Setelah melalui kehidupan sendiri, membina keluarga, diri, kewangan dan segalanya sendiri aku mula belajar mengenai sesuatu… dan rasanya lebih dari sesuatu, duasuatu, tigasuatu dan banyaksuatu.

Awal perkahwinan, rasa bebas dan merdeka dari kongkongan keluarga (terukkan aku?). Memang bebas… nak keluar siang atau malam tiada siapa yang kesah, lagipun keluar dgn mahram. Nak makan ape dan cuba apa sahaja asal yang halal pun tiada halangan. Bebas 100%. Aku mula belajar tentang erti dunia luar ketika di awal perkahwinan, pasal GRO, pasal mak nyah, pasal bohsia, bohjan dan entah ape lagi yang aku memang tak tahu ape2 sebelum kahwin (mungkin disebabkan itu orang kutuk aku lurus). Bukan aku tak nak ambil tahu tentang semua itu, aku nak ambil tahu macam mana pon tak tahu sumber mungkin aku ni macam kera sumbang. Korang nak kutuk aku dulu macam katak ke ape ke… tak kesah pon…

Awal perkahwinan ni juga aku banyak belajar nak cari duit. Time dapat duit lebih, makan lebih. Time x de duit, puasa huhu… Awal2 ni juga selalu gagal menguruskan kewangan. Boros! Awal perkahwinan juga berkenal mesra dan sebati tentang hal ehwal pasanganku. Banyak kena bersabar sebab baru nak kenal 100%. Awal perkahwinan ni lah baru nak belajar urus rumahtangga, memasak, mengemas, membasuh pakaian, melipat pakaian dan macam2 lagi yang jarang aku buat tapi kena buat hari2 setelah bergelar ISTERI. Tapi aku bersyukur sebab suami sangat2 memahami dan membantu aku, rumah bersepah, tak memasak… tak pernah marah. Malahan dia yang tolong kemas dan memasak. Love you sayang.

Kemudian, beberapa tahun selepas kahwin dikurniakan cahaya mata. Aku belajar lagi tentang macam mana nak jadi ibu. Aku dan suami banyak kena berkorban demi anak dengan rela tanpa dipaksa dan dengan penuh kasih sayang. Kini aku mengetahui perasaan seorang ibu jika anak jatuh sakit, nakal dan buat perangai yang tak senonoh. Gusar dan risau seorang ibu dapat ku rasakan. Sunan yang sudah berumur 2 tahun aku masih rasakan dia masih seorang bayi. Aku masih membelai dia sama seperti dia belum mengerti ape2… Aku cuba membayangkan sekiranya dia sudah dewasa, aku dapat rasakan aku akan melayani dia seperti anak kecil juga. Tak puas membelai dan mencurahkan kasih sayang.

Aku dapat rasakan begitu jugalah perasaan UMMI… Pasti masih menganggap aku seperti anak kecilnya lagi. Jika berlaku perkara yang tidak baik, pasti sama kegusaran ummi seperti gusarnya aku terhadap sunan. Begitulah juga perasaan ibu2 anda sekalian.

INILAH HAKIKAT KASIH IBU.

p1120048

Category: Diari  Leave a Comment
May
13

Anda ada masalah jeragat? Memang ramai orang ade jeragat, termasuklah aku…

So, aku ade produk baru yang dapat menyelesaikan masalah kita. Aku alhamdulillah… belum 1 bulan pakai jeragatnya da x berapa nampak. Berkesanlah…

Produk ni belum launching, tapi da ade ramai pengguna. Produk  halal dan berasaskan beras.

Harga? RM 90. Pemaikaiannya pun mudah, x yah keje nak ngadap cermin jer. Ni aku dan husband tengah wat website nye… Da siap nanti aku bagi tau.

p1110367

Apr
23

Genap 10 hari aku tak apdet blog. Sekarang da makin sibuk yang banyak menguji kesabaran, keikhlasan dan keMASAan (boleh ke? sbb aku rasa skrg mcm kurang cukup 24j yg Allah anugerahkan pada aku: kurang b’syukurkah aku?) Macam2 kisah pelik tapi benar dan kisah duit sekarang nih… Nak citer pon da tak reti…

Aku kenal seorang wanita (akak N) yang tak dpt aku nak kategorikan yang dia ni janda @ masih b’suami sebabnya dia memang masih b’suami tapi macam tak b’suami dan mempunyai 4 orang cahaya mata yang semuanya perempuan (kini da jadi 5, baby boy). Kategori isteri malang… mudahan Allah bagi ganjaran yang setimpal atas kesabaran dia dgn sikap suaminya yang PEMALAS spt pahala Asiah r.a isteri Firaun. Aku mengenali dia sejak tahun lepas lagi. Aku selalu salon rambut dan muka aku yang tak berapa nak lawa tp alhamdulillah sempurna kat kedai salon & spa dia. Dia pernah meluahkan meluahkan masalah dia pada aku yang belum cukup umo untuk mendengarnya, yelah aku ni kan istri & ibu muda… rasa macam x layak je nak mendengar apatah lagi untuk menasihati orang yang lebih berusia dari aku. Dia meluahkan sikap suaminya yang enggan bekerja dan mengharapkan kak N mencari nafkah, kemudian sering menghina dan mengutuk kak N adalah perempuan tak tau diuntung & tak sedar diri. Suaminya juga sering membanggakan diri yang dia adalah dari keluarga jutawan walaupun diri dia sendiri tak ade keje (aku pon tak faham, apelah yg nak dibanggakan klu mak & ayh je yg kaya). Tapi aku hanya mendengar dan juz nasihat “sabar ye kak, mudahan Allah bagi akak pahala macam Asiah isteri Firaun…”

Hari berganti hari… aku semakin geram dengan sikap suami kak N. Dia da mula main belasah kak N. Kak N wat keputusan untuk bercerai. Aku dan suami menyokong, suami aku malu sebagai insan yang terdiri dari kaum Adam. Insha Allah bulan depan, menjandalah kak N.

Kepada para suami… hargailah dan sokonglah isteri anda, apatah lagi jika isteri anda membantu mengukuhkan ekonomi keluarga. Janganlah terlalu ego dan membanggakan harta dan keturunan keluarga anda. Tak ade maknanye kalau anda nak cari 10sen pon kena minta isteri. Terimalah si isteri seadanya. Berbanggalah anda jika anda mempunyai isteri yang amat mencintai dan mengasihi anda dan berusaha untuk menjadi isteri solehah…

Category: Diari  Leave a Comment
Apr
13

Nak murah rezeki? Ape lagi… kahwinlah… haha.

Kenapa? Tak percaya? Tolonglah percaya…

Kahwin ni sebenarnya rezeki. Rezeki dapat isteri dan anak. Tapi nak kena rajin jangan malas-malas. Kalau malas… tak ada rezeki juga… Rezeki juga bukan setakat diklasifikasikan (ayt canggih keluar sudah) sebagai duit tetapi rahmat, rahmat Allah yang melimpah ruah juga rezeki. Jangan hanya memandang kita tidak berharta, maka kita miskin. Jika kita rasa kita miskin harta maka kayakanlah jiwa, inshaAllah akan berkembang-biak (macam rabbit aku jer…) menjadi kaya segalanya.

Walau apa pun, kita wajib berusaha untuk kaya harta agar segala kelengkapan diri dan anak2 cukup dan bukan berlebih-lebih. Ada duit lebih, yang terbaik bersedekah. Bersedekahlah dengan pelbagai cara dan bukan hanya menyogok wang kepada sesiapa. Sebagai contoh di dalam dunia bisnes (mentang2lah aku ni bineswomen), kita dianugerahkan Allah berjaya memperoleh banyak projek atau tender, maka bahagi2kanlah kepada orang di sekitar kita untuk membantu kita dan kita boleh membantu dia. Dengan cara kita sering memberi, maka Allah juga akan memberi lebih lagi kepada kita tanpa disangka-sangka. Paling penting yakin pada Allah yang bahawasanya Dia yang memberikan kita rezeki. Asalkan kita cari dengan cara yang halalan thoyiban.

BERANI KAYA? BERANI TAQWA!

Category: Dakwah  Leave a Comment
Mar
25

Semalam kami sekeluarga pergi melawat IJN yang wajib dipenuhi tuntutan temujanji untuk Sunan (nasib abang keje k’jaan selamat RM300). Dalam 1jam urusan kami selesai, alhamdulillah lubang di jantung sunan semakin mengecil dan hampir tak nampak lagi… cuma kena datang follow up lagi 18 bulan akan datang.

Setelah semuanya selesai, aku teringat yang pesta buku di PWTC sedang berlangsung. Bagi kami yang ‘gila’ buku, tak mampu untuk melepaskan peluang dari menghabiskan duit membeli buku2 yang best2… Di antara b’juta2 buku aku t’jumpa sebuah buku yang membuatkan aku hampir menitiskan air mata iaitu “Cinta di Rumah Hassan al-Banna”. Kenapa yang membuatkan aku sayu? Isi kandungannya… baca isi kandungannya sahaja sudah memadai aku menilai siapakah HASSAN AL-BANNA RAHIMAHULLAH.

Hassan al-Banna rahimahullah adalah orang yang terpenting di dalam keluarga menguruskan hal ehwal rumah tangga termasuk pendidikan anak2. Dalam masa 15 tahun, beliau mampu melebarkan sayap Ikhwan di 20 buah negara. Di Kaherah sendiri 2000 cawangan Ikhwan. Tetapi apa yang membuatkan saya kagum ialah dia tidak sesekali meninggalkan anak2 sepenuhnya kepada isteri kerana dia sentiasa berusaha untuk meluangkan waktu makan bersama yang penuh kenangan! Bahkan urusan duit poket anak2 juga beliau yang uruskan. Beliau juga terlalu menitik beratkan soal pendidikan anak2, beliau mempunyai catatan prestasi anak2 dan membuat perhatian khusus bagi subjek2 yang lemah dengan mengupah mana2 ikhwah untuk membantu meningkatkan tahap prestasi pembelajaran anak2. Berapa ramaikah kaum adam yang ada sekarang ini mampu melakukan seperti apa yang dilakukan oleh Hassan al-Banna? Jangan terkejut, Hassan al-Banna juga sering menyediakan sarapan dan bekal buat anak2nya…

Sesungguhnya Hassan al-Banna rahimahullah adalah insan yang sangat mengerti apa yang disabdakan Rasulullah s.a.w “Sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak, keluargamu juga mempunyai hak….”

Di rumah al-Banna juga tiada suara yang keras tetapi anak2 mampu patuh kepada ayahnya dan bukan takut kepada ayah. Beliau juga mempunyai catatan khas mengenai anak2 iaitu:

  • Tarikh da sejarah kelahiran
  • No kelahiran
  • Jadual pemberian ubat dan makanan
  • Surat keterangan doktor
  • Keterangan terperinci mengenai keadaan penyakit
  • Ijazah anak2
  • Catatan prestasi
  • dan lain2

Hassan al-Banna adalah insan yang paling kuat berusaha mengamalkan sunnah Rasulullah. Walaupun sibuk di dunia luar tetapi keluarga juga seiiring membangun bersama usaha dakwahnya.

Category: Dakwah  Leave a Comment
Mar
06
Macam sensasi je topik aku ni… hehe… Sebenarnya aku nak cerita pasal kita yang selalu menyangka kita lebih pandai @ cerdik dari orang lain. Lebih2 lagi kalau tahu orang tu 1 sijil pon tarak… Lebih kurang tajuknya:
UJIAN ORANG BERILMU
Perasan tak kita, kita akan merasakan yang kita lebih hebat dan pandai daripada mereka yang:
  • Masih kecik
  • Tak ade SPM atau ape2 sijil
  • Miskin
  • Gila
  • Tak alim-ulama’ (mcm bdk rempit, bohsia, bohjan, teh boh dan sewaktu dengannya)
  • dan Ape2 ajelah yang kita rasa mereka lebih rendah dari kita.
Tapi… kita akan merasa diri kita kerdil sekiranya ada orang lain yang punya:
  • Harta sebanyak Qarun
  • Sijil berguni-guni
  • Rumah yang lebih besar dari istana
  • Zahirnya nampak macam alim ulama’
  • Cakap macam betul like profesor YOU!
  • dan ape2 ajelah yang kita nampak macam hebatlah…
Sedangkan…
Orang yang kita anggap mereka hina macam sampah boleh jadi mereka ahli syurga dan wali Allah. Siapa tahu? Contoh:
  • Budak kecik sudah tentu kalau diorang meninggal sebelum baligh ialah ahli syurga sebab belum dipertanggungjawabkan ape2 lagi… lagi pun, doa diorang ni antr doa yg dp’kenankan Allah sebab tarak dosa… Lebih baik kita minta diorang doakan segala apa yang kita hajati mudahan kesampaian…
  • Kalau tak ade SPM dan ape2 sijil, buatnye dia hamba Allah yang menjaga segala arahan dan larangan Allah kira sami’na wa ‘ato’na… macam mana dgn kita? Kemudian pengalaman hidup dia, adakah sama dengan kita?
  • Kalau miskin, mungkin dulu dia kaya! Kemudian dia tinggalkan harta sebab rasa dah puas menikmati nikmat dunia sampai rasa dah tak ade nikmat lagi… Nikmat sebenar bagi dia ialah bercinta sepenuhnya kepada Allah… atau…dia memang miskin, itu ujian untuk dia dan kita…kalau semua kaya… tak adelah istilah kaya dan miskin, sebab semua kaya… maka KITA SERUPA…. So berterima kasihlah dengan orang miskin… bagi2lah sedekah…
  • Kalau orang gila, manalah tau sebenarnya dia tu wali yang gilakan cinta kepada Allah… at least bak kata adikku ANAS, dia ade satu je gila, gila akal. Tapi kita, ade berapa banyak gila? Gila makan, gila harta, gila perempuan dan lelaki, gila movie, gila lagu, gila ilmu, gila buku, gila kucing dan gilagilagilagilagi…. penatlah aku nak detailkan kegilaan kita nih…
  • Kemudian yang nampak macam samdul ni… nampak macam ahli neraka… buatnyelah dia bertaubat kaw2 sebelum dia mati coz dah dapat hidayah Allah. Sape tau kan? Alangkah bagus kalau kita mendoakan mereka ni dapat hidayah… kan kita dapat saham kekal!
Bagi yang kita puja, sanjung, kagum sampai kita rasa kerdilnya kita dengan dia:
  • Orang yang kaya raya, mungkin dia kaya atas darah dan air mata orang lain!
  • Yang ade sijil berguni, belum tentu dia beramal dengan apa yang dia belajar. Cakap je pandai…
  • Rumah yang besar belum tentu isi rumahnya bahagia…
  • Nampak macam alim ulama’, mungkin dia riya’ ape yang dia pakai dan ilmu yang ade…
  • Cakap macam ahli bijak pandai, padahal…. kosong! Amal pun tarak…
KESIMPULANNYA….
Lebih baik kita bersikap NEUTRAL… Husnu Zon (bersangka baik) pada apa sahaja. Tak semestinya apa yang kita nampak itulah yang terzahir untuk yang akan datang… Kita terima mereka seadanya…
Kita pun tak ade sakit hati…
Doakan yang baik2 untuk segala yang ade di sekeliling kita termasuk haiwan dan tumbuhan…
Jadi hamba yang bersederhana…
Bantu mereka yang memerlukan…
SENANG HATI KITA…
Tak payah nak sakit2…
Kalau orang sakitkan hati kita… memaafkan itu lebih baik… tarak barah…
SENANG HIDUP…
Ape yang penting!
KERJASAMA
dan…
TERUS BERUSAHA MENJADI MUKMIN SEJATI…
DO THE BEST!
senang hati… lalala….
Feb
28

Buat tatapan papa, nenek, tok abi, ayah ngah, ayah teh, ummi de (da tengok), acik dan semua peminat sunan!

dsc00854

dsc01090

dsc01669

inilah kawan baru saya…

dsc01670

dsc01672

dsc01675

dsc01679

dsc01681

bergaya… sunglass ni kenapa macam terbesar? tolonglah kecikkn diri anda…

dsc01682

isy… dok diam2lah sunglass…

dsc01683

dsc01696

bergaya

dsc01698

hensem tak saya mama?

dsc01703

menjeling… penuh makna

dsc01704

tersenyum!

Category: Diari, Sunan  Leave a Comment