Jul
20

pic1-5r

Kebahagiaan aku sebagai seorang isteri dan isteri-isteri di luar sana terletak pada tangan suami. Suami yang bijak menawan hati isteri mampu membuatkan isteri ikhlas untuk melakukan apa sahaja.

Seperti kehidupan aku, sebaik membuka mata dari beradu terpandang permainan anak-anak di celah perabot membuatkan aku tersenyum lantas ketawa. Aku sudah punya anak dan bukan lagi anak dara! Sungguh bahagia dan seronok tengok permainan anak, teringat ketika aku seusia sunan… memang seronok bermain bersama adik, ummi dan ayah.

Kemudian meneruskan operasi kerja-kerja rutin sebagai isteri seperti mengemas, mengurus anak-anak, mengurus suami, membasuh pakaian dan memasak. Semua itu membuatkan aku bahagia. Walaupun tak lari dari sifat manusia biasa dari memarahi anak tapi adakalanya karenah anak yang nakal itu juga mampu membuatkan kita ketawa.

Berbeza jika punya suami yang bersikap negatif, kurang menawan hati isteri amatlah menyakitkan untuk melalui kehidupan. Apa sahaja kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh isteri amat membebankan, membosankan dan menyakitkan. Ditambah lagi dengan karenah anak nan seribu amatlah menyerabutkan, dah macam sabut kelapa gamaknye :D

Oleh itu kerjasama antara suami isteri dalam pembentukan instistusi kekeluargaan yang harmoni perlu dititikberatkan dengan ini mampu mewujudkan suasana yang positif, harmonis dan bahagia. Hidupkanlah sunnah Rasulullah s.a.w kerana di situ ade pencetus kebahagiaan dan ketenangan kita semua. Suami dan isteri wajib hidup berkasih sayang dan mempamerkan kepada anak-anak. Jelaskan dan nyatakanlah sayang anda kepada ahli keluarga anda, dengan ini kehidupan seharian yang kita lalui terasa begitu indah. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Orang yang penyayang disayangi Allah, kasihanilah makhluk-makhluk yang ada di bumi nescaya segala yang ada di langit mengasihani kamu.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>