
Gambar di atas adalah gambar yang diambil pada tahun lepas. Ketika itu, keluargaku hanya ada suamiku, aku dan anakku sunan. Aku membesarkan sunan sepenuhnya dengan tangan ini tanpa mengenal siang dan malam dengan penuh kasih sayang. Andai aku meninggalkannya untuk seketika atas pelbagai urusan, tiada sedetik pun aku melupakan anakku sunan. Benar aku terlalu menyayanginya. Eeeemm mungkin disebabkan itu, tidak Allah mentakdirkan hidupku untuk bekerja tetap di luar sana, tapi takdirnya adalah bekerja sendiri yang sememangnya Allah telah melatih diri ini untuk berniaga sedari kecil lagi rupanya.
Kini adanya fatih pula dalam hidup aku. Adakalanya kemurungan dan kesedihan melanda. Aku merasakan seperti kehilangan sunan dalam hidup aku. Sebelum ini, andai abang pergi menghadiri sebarang kursus, program, sekolah atau ke mana sahaja yang menyebabkan aku perlu ditinggalkan maka aku hanya ada dia, sunan. Kami bermain, bergaduh, bergurau hatta menangis bersama. Semua itu aku merasakan terlalu indah!
Ah! sedihnya… rindunya masa yang sudah berlalu… Masa itu tak mungkin kembali.
SUNAN, ANAK MAMA… MAMA SAYANG SANGAT PADA SUNAN.






