Setelah berumah tangga dan dikurniakan Allah s.w.t cahaya mata. Setelah melalui kehidupan sendiri, membina keluarga, diri, kewangan dan segalanya sendiri aku mula belajar mengenai sesuatu… dan rasanya lebih dari sesuatu, duasuatu, tigasuatu dan banyaksuatu.
Awal perkahwinan, rasa bebas dan merdeka dari kongkongan keluarga (terukkan aku?). Memang bebas… nak keluar siang atau malam tiada siapa yang kesah, lagipun keluar dgn mahram. Nak makan ape dan cuba apa sahaja asal yang halal pun tiada halangan. Bebas 100%. Aku mula belajar tentang erti dunia luar ketika di awal perkahwinan, pasal GRO, pasal mak nyah, pasal bohsia, bohjan dan entah ape lagi yang aku memang tak tahu ape2 sebelum kahwin (mungkin disebabkan itu orang kutuk aku lurus). Bukan aku tak nak ambil tahu tentang semua itu, aku nak ambil tahu macam mana pon tak tahu sumber mungkin aku ni macam kera sumbang. Korang nak kutuk aku dulu macam katak ke ape ke… tak kesah pon…
Awal perkahwinan ni juga aku banyak belajar nak cari duit. Time dapat duit lebih, makan lebih. Time x de duit, puasa huhu… Awal2 ni juga selalu gagal menguruskan kewangan. Boros! Awal perkahwinan juga berkenal mesra dan sebati tentang hal ehwal pasanganku. Banyak kena bersabar sebab baru nak kenal 100%. Awal perkahwinan ni lah baru nak belajar urus rumahtangga, memasak, mengemas, membasuh pakaian, melipat pakaian dan macam2 lagi yang jarang aku buat tapi kena buat hari2 setelah bergelar ISTERI. Tapi aku bersyukur sebab suami sangat2 memahami dan membantu aku, rumah bersepah, tak memasak… tak pernah marah. Malahan dia yang tolong kemas dan memasak. Love you sayang.
Kemudian, beberapa tahun selepas kahwin dikurniakan cahaya mata. Aku belajar lagi tentang macam mana nak jadi ibu. Aku dan suami banyak kena berkorban demi anak dengan rela tanpa dipaksa dan dengan penuh kasih sayang. Kini aku mengetahui perasaan seorang ibu jika anak jatuh sakit, nakal dan buat perangai yang tak senonoh. Gusar dan risau seorang ibu dapat ku rasakan. Sunan yang sudah berumur 2 tahun aku masih rasakan dia masih seorang bayi. Aku masih membelai dia sama seperti dia belum mengerti ape2… Aku cuba membayangkan sekiranya dia sudah dewasa, aku dapat rasakan aku akan melayani dia seperti anak kecil juga. Tak puas membelai dan mencurahkan kasih sayang.
Aku dapat rasakan begitu jugalah perasaan UMMI… Pasti masih menganggap aku seperti anak kecilnya lagi. Jika berlaku perkara yang tidak baik, pasti sama kegusaran ummi seperti gusarnya aku terhadap sunan. Begitulah juga perasaan ibu2 anda sekalian.
INILAH HAKIKAT KASIH IBU.

