
Gambar di atas adalah gambar yang diambil pada tahun lepas. Ketika itu, keluargaku hanya ada suamiku, aku dan anakku sunan. Aku membesarkan sunan sepenuhnya dengan tangan ini tanpa mengenal siang dan malam dengan penuh kasih sayang. Andai aku meninggalkannya untuk seketika atas pelbagai urusan, tiada sedetik pun aku melupakan anakku sunan. Benar aku terlalu menyayanginya. Eeeemm mungkin disebabkan itu, tidak Allah mentakdirkan hidupku untuk bekerja tetap di luar sana, tapi takdirnya adalah bekerja sendiri yang sememangnya Allah telah melatih diri ini untuk berniaga sedari kecil lagi rupanya.
Kini adanya fatih pula dalam hidup aku. Adakalanya kemurungan dan kesedihan melanda. Aku merasakan seperti kehilangan sunan dalam hidup aku. Sebelum ini, andai abang pergi menghadiri sebarang kursus, program, sekolah atau ke mana sahaja yang menyebabkan aku perlu ditinggalkan maka aku hanya ada dia, sunan. Kami bermain, bergaduh, bergurau hatta menangis bersama. Semua itu aku merasakan terlalu indah!
Ah! sedihnya… rindunya masa yang sudah berlalu… Masa itu tak mungkin kembali.
SUNAN, ANAK MAMA… MAMA SAYANG SANGAT PADA SUNAN.

Syukur alhamdulillah Che Ahmad Fatih Ulhaq selamat dilahirkan pada hari khamis lepas 17 June bersamaan 4 Rejab 1431 jam 1055 a.m di Pusat Rawatan Ar-Ridzuan. Pengalaman melahirkan pada kali ini juga berbeza.
Melahirkan sunan fatih juga punya keajaiban dan kemudahan dari Allah s.w.t. Jika sunan hammad lahir tanpa disangka hidup dan normal hingga sekarang malah dapat melahirkan secara normal. Sunan fatih pula, Allah mempermudahkan aku sedari proses kehamilan lagi. Aku tak merasa berat membawa kandungan dan mampu mendaki bangunan setinggi 3 tingkat 2 hari sebelum melahirkan bahkan solat pon terasa ringan, tak perlu solat duduk.
Sehari sebelum melahirkan sunan fatih, pintu rahim sudah pon terbuka sebanyak 4sm tapi aku boleh ke hulu hilir dan menguruskan kerja2 sungai aku. Allah mengizinkan aku tidak merasa sakit. Aku masih tidak merasai ape2 sehingga saat di labour room. Setelah ketuban dipecahkan secara sengaja oleh bidan barulah aku merasai kontraksi tapi tidaklah sehebat semasa melahirkan sunan hammad. Tapi sakitnye hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui, alhamdulillah melahirkan sunan fatih secara normal setelah beberapa ketika menahan sakit.
Sunan fatih dilahirkan pada bulan Allah dan yang istimewanya, telinga dia pon ade tertera kalimah Allah. Subhanallah!

inilah telinganye… telinga kanan
Semalam, cukup 7 hari sunan fatih menjengah dunia maka diusahakan segala amalan sunnah dapat dikerjakan. Cukur keseluruhan kepada dan dikhatankan sudah dilaksanakan, tinggal belum aqiqah. IshaAllah akhir bulan depan terlaksanalah aqiqah yang merupakan tanggungjawab sebagai ibubapa.

fatih dibotakkan oleh mama, tok abi dan papa! fatih suka sangat!
Sungguh anak adalah rezeki bagi setiap pasangan yang berkahwin. Mereka adalah keajaiban yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada kita yang wajib kita yakini dan disyukuri. Mudahan kita menjadi hamba yang sebenar hamba amin…