Archive for » 2009 «

Dec
31

Aku, suami, sunan, fatin dan beberapa lagi fasilitator Qulhaq Consultancy baru sahaja selesai mengendalikan program Motivasi Belajar pelajar UPSR di salah sebuah kampung yang tidak perlu dimaklumkan tempatnya. Orang yang paling sibuk tidak lain tidak bukan pastinya anakku, Muhammad Ulhaq. Maklumlah owner Qulhaq katakan…

Lihatlah gelagat dia…

p1090307-640x480

sedondon dengan acik (bahasa orang johor: makcik) dia…

p1090316-640x480

Sebelum slot ‘Follow Me’, mari berdansa dulu…

p1090318-640x480

‘ice cream’ aku tak boleh tinggal…

p1090322-640x480

amboiii…melalak sambil b’joget… adooiiii

p1090323-640x480

berhenti! nak interframe jap

p1090358-640x480

dengan acik lagi…

p1090369-640x480

selesai slot ‘follow me’ masih dengan ‘ice cream’. dah maghrib sayang ooiii…

p1090371-640x480

buat muka hodoh jap

p1090379-640x480

baru lepas solat… dia sibuk nak mikrofon papa

p1090381-640x480

mama pujuk abang….

p1090244-640x480

kepenatan…

p1090246-640x480

tid0 kat sini pon oklah… selesa jugak! huhuhu

p1090401-640x480

slot terakhir sibuk jugak abang ni…

p1090410-640x480

dengan uncle farid… sebenarnye uncle tu sibuk nak belon abang… da beso2 pon nak main belon lagi… apelah uncle ni!

p1090412-640x480

iyeaaahhh!!! nak jadi rambo pulak lah…

p1090432-640x480

baca doa dulu sebelum melangkah ke medan perjuangan!

“Ya Allah kurniakanlah hamba kemenangan atau syahid atas peperangan ini… amin”

p1090414-640x480

gunting pon boleh jadi senjata sesuai budak umur 2 tahun kan?

p1090418-640x480

pulang dari medan perang dengan senyuman… menang ke?

p1090439-640x480

bukti perjuangan ini! darah merah bertukar menjadi hitam!

p1090442-640x480

“Ya Allah jadikanlah darah yang mengalir ini sebagai bukti hamba menegakkan syiarMu di Syurga nanti. Terimalah dagangan hamba ini Ya Allah…”

Sebenarnya marker pen lah… dia gatal nak menconteng! tak cukup kertas dah!

p1090445-640x480

hua! hua! hua! mama sorokkan pedang (gunting) abang!!!!

p1090448-640x480

mama pujuk eh… kita main kuda2 ok? mama nak bongkok tak boleh nanti adek kat dalam perut mama sakit…

p1090450-640x480

acik pon tolong pujuk dengan camera… habit dia amek gambo…

p1090454-640x480

alamak! janganlah mengamuk macam ni… tak larat mama… berpusing2…

p1090426-640x480

mama dah penat… sabo… mama pon tengah berjuang…

p1090466-640x480

kita rehat dari mengamuk ok?

p1090470-640x480

mama bagi semula pedang abang! bestnyer!

p1090472-640x480

penat dah….

p1090473-640x480

tunggu orang datang menyerang… hehe…

Sekian… inilah anak perjuangan dakwah kami. Diusung ke sana sini… mudahan anak2 mengerti erti keikhlasan, kesabaran, kekentalan jiwa dan mental dalam sebuah perjuangan. Tanpa itu semua perjuangan kita akan gagal…. Maka tiada istilah menang atau syahid. Semoga kita semua kuat untuk terus berjuang menegakkan Islam yang tercinta. Bersama-samalah kita hidup saling sayang-menyayangi yang akan membuatkan kita kuat dan bahagia…

Berkatilah kami semua Ya Allah…

Category: Diari  Leave a Comment
Dec
28

Budaya kesantunan yang kian pudar. Masyarakat kita sukar untuk melafazkan terima kasih sebagai tanda penghargaan setelah beban diringankan. Tidak tahu mengapa. Tidak mengenal masyarakat bandar yang dikatakan maju atau kampung yang dikatakan terkenal dengan kesantunan. Tidak tahu mengapa ia semakin ditinggalkan.

Adakah cukup dengan ‘menepek’ di sana sini lafaz ‘terima kasih’ untuk membuktikan masyarakat kita bersopan santun? TIDAK! Perlu dibayarkah untuk melafazkannya? Sakitkah apabila meluahkannya? Semuanya tidak… Jadi apa?

Jawapannya… ini membuktikan hati kita keras dan kering. Tandus kasih sayang di jiwa. Amalan keagamaan ditinggalkan. Mengasingkan agama dalam kehidupan, sedangkan agama dan kehidupan ialah satu. Sebab itu ‘Islam adalah cara hidup’, Islam sudah merangkumi keseluruhan aspek kehidupan sama ada perkara yang terdedah atau yang paling tetutup.

Orang yang meringankan lidahnya untuk melafazkan terima kasih atau apa sahaja perkataan yang melambangkan kesopanan dan kesusilaan ialah orang lembut jiwanya. Orang begini tidak akan membunuh orang lain dan sukar menyakiti perasaan orang dengan mudah dan disedari. Orang beginilah yang akan dikasihi masyarakat sekelilingnya.

Kenapa saya mengupas isu ini? Kerana saya baru sahaja pulang dari program motivasi untuk membangunkan masyarkat kampung di satu daerah yang tidak perlu saya nyatakan. Saya sedih, mana bukti yang menyatakan masyarakat kampung sangat bersopan santun? Bukan saya mahu memburukkan masyarakat kampung @ bandar tapi apa yang saya mahu ungkapkan ialah jika masyarakat kampung sudah hilang kesantunan apatah lagi masyarakat di bandar? Apa yang lebih menyedihkan saya ialah mereka sebangsa dan seagama dengan saya.

Marilah kita bersama-sama berusaha memperjuangkan kedaulatan islamiyyah untuk mengembalikan tamadun Islam yang agung! Oleh itu, teruskanlah motivasi diri untuk terus berdakwah! Dakwah dengan berhikmah adalah yang paling berkesan kerana maksud hikmah itu sendiri ialah sesuatu perkara yang diletakkan pada tempatnya (maksud dari segi bahasa arab).

Dec
12

p1090028

Sejak sunan pandai berjalan mulutnya jadi berat. Seperti malas… apa yang dimahunya dikatakan: “ma, nak ni…” itu sahaja… jika dulu mulutnya sangat ringan untuk berbicara. Aku menjadi sedih… kerana aku suka melihat karenah anak-anak yang peramah dan manja. Sejak dulu lagi aku memang cinta anak-anak yang petah berkata-kata dengan penuh kemanjaan apabila berhajatkan sesuatu.

Tetapi sunan amat memahami kerisauan di hati mamanya… Dia terus meringankan semula mulutnya. Kini sudah pandai menyebut Satu… Ua… Ga… dan terus Tujuh!  One… Two… Three, A B C dan A Ba Ta.

Apa yang mengejutkan aku ialah adakalanya dia bercakap seperti berbahasa CINA dan KOREA! Contoh bila mahu mengucapkan terima kasih dia menyebut Sye Sye… Aku pening… Aku jarang dah buka cerita cina dan korea… Entah ek! Aku mula keliru… Jika dia bermain sendirian, sebiji cakap macam bahasa cina. Kawan2 aku yang berbangsa cina sekarang dah dok jauh, kalau tak aku boleh tanya diorang… Manalah aku nak cari orang…

Ade sesiapa yang sudi menjalankan kajian bahasa ke atas anak saya?

 

Category: Diari  Leave a Comment
Dec
02

Setelah melihat website http://www.darwishndarwisya.blogspot.com/ atas cadangan pelawat saya Nora, saya pun bercita-cita dan menanam tekad yang tinggi agar anak saya juga mampu menghafaz al-Quran. Membiasakan terlebih dahulu dengan surah-surah dari juzu’ ‘amma. Saya sangat bersetuju dengan tindakan Pn. Lina pemilik website tersebut dengan mendedahkan anak-anak multi languange dan membiasakan diri sedari kecil dengan al-Quran.

Sunan kini mampu memahami serba sedikit bahasa arab dan bahasa inggeris. Saya berusaha agar anak saya boleh mempelajari pelbagai bahasa tetapi saya mempunyai kekangan iaitu sudah agak lama meninggalkan dari menguasai bahasa inggeris dan bahasa arab. Oleh itu aku perlu membuat sedikit revision dari kamus dan nota-nota yang ada. Setakat ini, perkatan-perkataan mudah bahasa Arab antaranya:

Ijlis : duduk

Ta’al : Mari sini

To’am : Makan

Sur’ah : Cepat

La : Tidak

Mudah-mudahan Allah memperkanankan hasrat kami untuk menjadikan Ulama’ yang serba boleh. Biar dia jadi macam ayah ngah dan ayah teh dia…

Category: Diari  Leave a Comment
Nov
24

p1090150

anak mama yang suka pegi surau dengan papa

p1090149

melentur buluh, biarlah dari rebungnya

p1090158

anak-anak akan sentiasa mencontohi tindakan kita

Alhamdulillah hammad membesar dengan sihat dan sempurna. Agak mudah membesarkan sunan… Biar pun sunan tak secomel dan semontel budak lain. Biar pun mama dan papa diuji semasa kelahiran sunan. Biar pun ade botak sikit di sebahagian tempat pada kepalanya kesan operation kecil di kepala semasa baby. Biar pun sunan lambat pandai meniarap, merangkak dan berjalan. Biar pun dia bercakap pelat dan belum fasih menyebut Alif, Ba, Ta dan 1, 2, 3. Tapi dia budak baik dan dengar kata. Budaknya kelakar dan peramah. Mudah menyesuaikan diri dengan kawan2.

Nakal? nakal budak… memanglah ade… tapi dah boleh diharap contoh kemas permainan dan buku dia.. mama nye jarang dah kemas barang dia. Minta tolong ambilkan barang dan buangkan sampah ringan pun dah boleh. Mama larang itu dan ini semua dah faham. Sekarang sunan pun dah suka makan. Mungkin dia baru mengenal erti makanan. Tapi feveret dia still buah!

Walaupun sunan tak sehensem anak2 lain… tapi dialah penyejuk mata kami. Tempat kami mengharapkan doa, semoga sunan menjadi anak soleh.

Kepada sunan dan bakal anak2 kami…

Mama dan papa hanya mengharapkan doa anak yang soleh. Kami tidak mengharapkan kekayaan dan kemewahan. Doa kami semoga semua anak2 menjadi harapan kepada agama dalam mendaulatkan Daulah Islamiah. Segala apa yang mama dan papa usahakan adalah usaha dakwah yang ingin diwarisi oleh kamu sekalian. Mama dan papa tidak mampu mewariskan harta sehingga 7 keturunan, tapi kami berusaha mewariskan warisan dakwah Islamiah untuk seluruh keturunan kita insyaAllah. Semoga Allah memakbulkan hasrat kita semua.

Amin

 Sekian, dari Mama dan Papa

Category: Diari  Leave a Comment
Nov
19

Haha… aku no idea nak citer ape kat blog ni. Aku kerap sakit kepala dan perut cepat lapar. Peknen kali ni, baby nye kebulur kot hehe… cian baby…

pic1-5r

Family aku, anas je yang tak de… sedey :(

pic1-8r

masa ni aku konvo tgh mengandungkan sunan 3 bulan.

Sekarang aku mengandung tak de la sesibuk masa mengandungkan sunan. Masa peknen kan sunan, aku sibuk uruskan kedai. Celik mata waktu subuh terus duduk kedai, balik kul 12-1pagi. Penat? Penat tu memanglah… tapi kepuasan melayan pelanggan yang datang. Bila pelanggan tak ade, aku bosan sgt! tak penat pon aku rasa macam penat!

Kali ni, aku memang berhasrat nak kerja dan menyibukkan diri. Sebabnya aku perasan, bila dah tak ade keje aku akan sakit kepala dan rasa badan macam lemah. Tapi bila keluar rumah je, terus rasa sihat dan cergas! Tapi aku tak tau nak cari keje ape, sebab aku da ade keje sendiri. Aku dah ade camp site, i.Allah tahun depan bermulalah aktivitinya.

p1090113

chalet

p1090135

jambatan yang selamat untuk ke tapak perkhemahan

p1090126

inilah sungai nyer…

Kepada sesiapa yang berminat untuk menginap di chalet atau ingin menjalankan aktiviti berpasukan mahu pun berkeluarga janganlah segan silu untuk menghubungi no saya ini 05- 528 4454. Harga? I.Allah yang terendah dan berpatutan. Ade sesiapa yang nak honeymoon pon boleh…. Memang confirm tak de pengacau!

p1090050

ni gambar honeymoon di Ducth Port, Pangkor Island.

Nov
15

Jika nak kira malang antara kita dan Rasulullah s.a.w, pasti malang lagi Rasulullah s.a.w dalam hidupnya. Sudahlah tidak mengenal bapa sejak melihat dunia. Bahkan ketika saat masih mahu bermanja dengan ibunya, ibunya pergi meninggalkan buat selamanya. Hidup tunggal tiada abang, kakak dan adik, menumpang kasih pada sesiapa yang sudi. Bagaimana jika itu yang berlaku pada diri kita atau anak kita?

Jika Rasulullah s.a.w ada pada waktu ini dan jika kanak-kanak itu ada di hadapan kita, apakah reaksi kita? Pastinya kitalah insan yang mahu memberikan kasih sayang kepada baginda. Mengucup, memeluk dan membelai baginda. Betul tak? Terasa malang sungguh anak ini? Terasa diri bertanggungjawab untuk mengasihinya? Meruntun hati kitakan?

Itulah kisah baginda. Terlalu sedih untuk dihayati. Tetapi Rasulullah s.a.w punya jiwa besar lagi kental. Walaupun baginda bernasib malang, tetapi itu tidak dirasakannya. Dia masih merasa betapa kasihnya Allah s..w.t kerana masih memberikannya nikmat hidup, iman, islam, beribadah dan berjuang untuk membuktikan kasihnya pula kepada Allah s.w.t. Hebat! Apakah jika kita melalui situasi seperti baginda, apakah kita masih seutuh dan sehebatnya? Jika AKU? Aku tak mampu meluahkan apa-apa, sedih…. aku tak sehebat itu… kerana itu aku bukan rasul…

Oleh itu, aku menyeru. Aku menyeru dengan sepenuh hati. Kasihilah Rasulullah. Kasihilah dia seperti dia masih bernyawa di alam ini. Ikutilah segala perintah dan larangannya, ikutilah baginda dengan penuh kasih dan sayang seperti baginda mengasihi kita. Rasulullah mengasihi kita dengan mengorbankan darah dan nyawa baginda sendiri, agar kita merasa betapa besarnya nikmat iman dan islam. Maka kita pula? Adakah kita mengasihi baginda, sehebat baginda? Sebarkanlah ke serata dunia tentang nikmat yang kita rasai. Sebarkanlah kasih Rasulullah s.a.w di mana sahaja… Buktikanlah cinta kita.

KAMI MENGASIHIMU SEPENUH JIWA DAN RAGA KAMI, WAHAI KEKASIH ALLAH.

MUHAMMAD BIN ABDULLAH S.A.W

Category: Dakwah  Tags:  Leave a Comment
Nov
12

Bagaimana harus aku katakan lagi mengenai solat ini? Seantero dunia yang bergelar MUSLIM sudah mengetahui kewajipan mendirikan solat. Bingung! Tak tahu penjelasan apa lagi yang harus disajikan agar semuanya faham tentang kewajipan ini. Apa gunanya mengaku MUSLIM jika tidak sujud kepada YANG MAHA ESA, yang telah melimpahkan lautan rahmat dan nikmat. Besar dan agung sangatkah kita hingga tidak mahu merendahkan diri, sujud sebagai hamba kepada pencipta, kepada yang memberikan rahmat yang agung kepada kita.

Lihatlah anak kecil ini…

p1080136

anak ini cemburu melihat ibunya mendirikan solat. dia pun nak solat.

p1080128

bersungguh-sungguh sujud kepada Allah meskipun belum mengerti ape2…

Solat ye… Azab pedih bagi mereka yang meninggalkannya, terlalu pedih dan azab untuk digambarkan. Alah korang semua tahu, azab meninggalkan solat…

Category: Dakwah  Leave a Comment
Nov
12

Wahai sekalian rakyat jelata, maafkan beta kerana lama menyepikan diri. Beta beristirehat kerana kita semua bakal dikurniakan seorang lagi khalifah Allah di muka bumi. Beta sering pening2 dan loya. Beta bersyukur atas kurniaan Allah ini. Semoga dia menjadi pembantu putera sunan hamba dalam menghadapi sebarang kemungkinan dalam menegakkan Daulah Islamiah. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

(Aku melalut jer…. yelah ade keturunan sikitkan huhu…)

Aku disahkan hamil, belum tau berapa minggu secara mutlak. Secara rambang dah tau dalam 7-8 minggu. Mengandung kali ini agak berbeza semasa mengandungkan sunan. Jika sunan suka western fud, tapi kali ni italian fud pulak. My hubby selalu pening nak carikan makanan untuk aku. Aku kali ni alah dengan ayam, tapi kalau kena masaknya macam pizza ke…  aku makan sampai tak muat  mulut nak masuk (sebab kebulur). Selalu tak selera makan, cerewet sangat bab makan. Tak kena dengan citarasa, sikit je aku makan. Tapi still makan lagi la…

Lain pula masa mengandungkan sunan, celik mata teringat berus gigi je aku dah takut. Loya dan muntah bila berus gigi. Tapi kali ni, relaks jer… Dulu bau bawang dan nasi yang tengah dimasak, HARAM! Sikit pun aku tak boleh bau. Aku memang masak tak guna bawang. Semua makanan aku goreng jer. Kali ni tak alah pun dengan semua tu, tapi selera tak ade… aku makan buat alas perut jer.

Mengandung kali ni yang tak tahannye, aku kerap sakit perut (macam gastrik) dan pening kepala. Pernah sekali tu, sakit sangat perutnye sampai tak boleh nak jalan coz rasa macam kejang perut. Tapi bila prrrruuuuttt (kintut hehe) ok trus, macam da tak de benda yang berlaku sebelum tu.

Ape2 pun doakan aku selamat, sihat dan anak pun sihat, selamat dan sempurna. Aku bimbang jika mengandung kali ni jadi macam sunan. Tak sanggup…. Sekarang ni aku tak tau nak berhati-hati macam mana, sebab punca semasa mengandungkan sunan bermasalah masih menjadi tanda tanya. Dan sunan masih dianggap sebagai “The Miracle Baby”. Semua doktor pakar masih teruja untuk melihat pembesaran sunan kerana setakat ini sunan membesar dengan sempurna dan tiada cacat celanya. Semuanya keajaiban dari Allah untuk kita semua. Aku terlalu bersyukur… terlalu bersyukur… Kerana keajaiban yang milik Allah dapat ku rasai dalam tubuhku sendiri. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Apakah masih punya keajaiban selepas ini untukku?

 sunan

Category: Diari  Leave a Comment
Nov
03

Sabtu yang lepas, jam 4.30 petang aku ditinggalkan suami buat 2 jam sahaja kerana suami perlu menyampaikan mesej dakwahnya kepada para pelajar SPM SMK pasir puteh. Biasanya aku dan sunan memang ikut, tapi kebetulan sunan baru sahaja melelapkan mata maka aku batalkan hasrat tersebut. Lagipun, hujan sedang membasah bumi termasuklah rumah yang aku sewa ni… So bye bye lah honey…

4.45 masuk waktu asar. Maka aku berhasrat ingin menunaikan kewajipan aku sebagai seorang muslimah dan mukminah. Hampir sahaja tangan ini menyentuh air untuk mengangkat wudhu’ aku ternampak kaki anak aku ter’gedik2′ menandakan dia menangis, suaranya tak dengar sebab telinga aku pekak , hujan lebat sangat waktu tu… Maka aku batalkan hasrat ku untuk seketika, aku susukan sunan agar dia terlena semula. Dalam keadaan menanti sunan tido semula, tiba2 aku terdengar satu letupan yang mampu membuatkan gegendang telinga aku pecah! Terkejut! Rumah gelap! Allah! Macam mana ni? Laki aku tak ade… aku nak buat ape? Malang memang tak mengeluarkan bau. Tau2 je aku dengar bunyi meletup yang aku sangka boleh meletupkan rumah aku sekali! Telinga pula pekak dah ni! Entah2 telinga anak aku pon da pekak! Sape nak hantar aku p hospital? Alamak handphone da abis bateri? Aku capai ganggang telefon rumah, eh telefon aku sume guna elektrik sepantas kilat aku ambil telefonku yang lama untuk aku sumbat kat soket telefon! Astaghfirullah! Ini ke yang meletup! Padanlah aku rasa telinga aku macam pekak sebab soket telefon tu atas kepala aku je masa menyusukan sunan. Badan aku menggigil ketakutan… Tak tahu ape yang perlu dilakukan, hujan lebat. Nak pergi rumah jiran, tak jupe payung. Teringat sahabat suami, Ridhuan yang tinggal berdekatan. Aku capai kunci kereta kenari, tawakal meredah hujan lebat . Aku pesan pada sunan sebelum driving: “Adik soleh kan… duduk elok2 yer, klu tak dok elok2 nnti tum (jatuh)” Aku pun drive pelan2,Alhamdulillah selamat.

Aku pun terus tekan loceng 2x, Ridhuan menjengah kepala di muka pintu. Dia buat muka terkejut naga coz aku datang rumah dia dengan sunan tanpa suami. Aku cakap :”RUMAH NURUL MELETUP!!!” “Hah! Ape?” soal dia. “Rumah nurul ade tempat yang meletup..” Aku pening nak cakap ape kat Ridhuan… Badan pun tak abis menggigil, telinga pun pekak lagi… Dia suruh aku masuk, i’m not sure nak masuk ke tak coz honey tak lagi ape yang berlaku, lagi pun aku pun tengah blurr… Akhirnya aku pun masuk, Ridhuan pegi rumah aku untuk tengok ape yang boleh tolong. Aku pun meneruskan hasrat aku yang tergendala seketika tadi iaitu menunaikan Solat Asar.

Alhamdulillah sumenye selamat… Aku dan sunan sihat. Honey pun cakap:”Alhamdulillah ini je yang rosak dan nurul & sunan hidup lagi.” Padahal banyak rosak, mesin fax, computer n kena tukar soket. Aku pun cakap kat honey:”Itulah Alhamdulillah nurul hidup lagi. Kalau tak bang jadi duda x de anak pulak tu…”

Itulah sebabnya aku lambat update blog aku…. Ape pun hari ni sumenye dah OK! Ummi pun ade di rumah aku, dia nak hilang rindu kat sunan. Baru 1minggu dia x jupe sunan… Yelah, sunan kan peramah yang akan menghiburkan sesiapa sahaja…

Dan mulai dari semalam dia dah rajin berjalan. Aku? Happy so much! Alhamdulillah normal anak aku… Janganlah anak aku yang lain ikut dia… Buat aku gusar je…

HAPPY ENDING!

Category: Diari  Leave a Comment