Archive for the Category »Dakwah «

Sep
04

Saudaraku,

Janganlah engkau berputus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang Muslim. Ketahuilah kenyataan hari ini adalah mimpi hari semalam dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam di jiwa masyarakat kita. Walaupun fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan kuat selamanya.

Allah s.w.t berfirman, maksudnya:

“Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi bumi dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi  dan akan Kami perlihatkan kepada Fir’aun dan Haman serta tenteranya apa yang selalu mereka bimbangkan  dan mereka itu.” (Surah al-Qasas: 5-6)

Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan kita peluang untuk melakukannya. Dunia akan melihat dakwah kita adalah hidayah, kemenangan dan kedamaian yang dapat menyembuhkan ummat dari rasa sakit yang dideritainya. Setelah itu, tibalah giliran kita untuk memimpin dunia kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembali pada kita. Hanya Allah sahajalah satu-satunya harapan kita.

Bersiap dan bertindaklah, jangan tunggu hari esok kerana mungkin engkau tidak akan melakukan apa-apa.

Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti. Kita harus bertindak dan terus melangkah kerana kita tidak mengenal kata ‘berhenti‘ dalam berjihad.

Allah s.w.t berfirman maksudnya:

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, sungguh akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami.” (Surah al-Ankabut: 69)

Hanya Allah Zat Yang Maha Agung, bagi-Nya segala puji-pujian.

Sep
03

Jangan mudah rasa patah semangat dan putus asa. Itu bukan ajaran kita sebagai muslim

Fikirkan 1 perkara sahaja…

Kalau Allah mengizinkan orang2 kafir berjaya, mengapa tidak kita! Sudah tentu, kita adalah hamba yang mentauhidkan Dia. Perkara paling penting, terus tingkatkan usaha. Allah akan makbulkan hasrat kita.

Pedih? Sakit? Ujian bertimpa-timpa?

Begitulah orang lain (termasuk yang bukan Islam) nak meraih KEJAYAAN… Mereka jatuh terguling-guling, tapi kita tak nampak. Aku cakap ni pun untuk diri aku yang lembik dan gembeng (johor: mudah menangis). Yelah, iman kita ni tak sama dengan iman para nabi… bila time turun tu… rasa dah tak nak buat ape2 dah! Frust sesangat… tapi hati kita masih boleh dipujuk… Pujuklah hati kita dan berikan ganjaran setelah BERJAYA! Banyakkan membaca untuk mendapat inspirasi dan motivasi diri.

Aug
17
.fullpost{display:inline;}

Pada suatu hari, seorang ayah memanggil isteri dan tiga orang anak-anaknya berkumpul dan menceritakan masalah kewangan keluarga yang melanda keluarga mereka.

Ayah: Anak-anak sekalian, mulai esok ayah terpaksa memotong duit belanja sekolah harian kamu, keadaan ekonomi sekarang teruk jadi kita harus berjimat cermat kerana jika tidak ayah mungkin tak boleh nak bayar duit ansuran rumah dan kereta, keluarga kita akan jatuh bankrap. Rumah dan kereta kita akan ditarik oleh bank jika ayah tidak melakukan “tindakan tidak popular ini”.

Anak bongsu: Ok ayah, rumah kita besar… cantik… tak nak pindah rumah flat dulu, kereta import yang ayah baru beli tu pun sayang jugak tapi sempit sikit la dari wira lama ayah dulu tapi ayah cakap kan biar sempit asal ada gaya.

Anak no 2: Tapi minggu lepas ayah baru beli set golf baru, camna lak kami kena jimat tapi ayah tak payah?

Ayah: Ayah kan main golf untuk bisnes jadi kenalah pastikan ayah “up to date” dengan peralatan baru, barulah ayah boleh setaraf dangan kenalan bisnes ayah.

Anak sulong: Tapi Ah Kau cakap ayah selalu kalah dengan ayahnya masa main golf, pastu kalah ribu-ribu ringgit pulak tu, dia dengar ayah dia kata ayah bukannya pandai main, tukar set golf pun sama je, mengapa ayah bertaruh dipadang golf? Bukankah itu judi?

Ayah: Hish, banyak soallah kamu ni….
Si ayah naik berang dengan kata-kata dari anak sulong yang sudah matang dan boleh berfikir.
Ayah: Kamu budak mana tau hal orang dewasa, ayah bertaruh tu dah jadi “trend” golfer masa kini, baru lah ada semangat nak main. Dah jangan banyak cakap. Milah… esok potong duit sekolah budak ni separuh.


Isteri: Abang, takkanlah sampai begitu sekali, kalau teruk sangat bisnes abang tu eloklah kita pindah balik rumah flat lama kita, lagi pun rumah tu dah habis bayar, ni kita berhutang balik dengan bank, saya terbaca didalam internet bila pinjam dengan bank ni kita jadi hamba bank, mungkin elok abang jual rumah dua tingkat kita ni je.


Suami: Ish, jangan keliru dengan apa orang kata dalam internet tu, kan kita guna pembiayaan islamik, mana pulak jadi hamba, kita setuju dengan harga jualan. Dah jangan banyak soal.

Kisah diatas mungkin suatu yang agak bodoh dan terlampau untuk diberikan contoh akan tetapi itulah lebih kurang gambarannya keadaan negara kita sekarang ini yang mana kesenangan sedikit yang dinikmati oleh rakyat akan ditarik balik dengan ugutan negara akan jatuh bankrap. Adakah itu suatu yang logik? Cuba tukarkan watak dan situasi diatas dengan situasi negara kita sekarang.


Ayah = kerajaan
Anak-anak dan isteri = rakyat dan pembangkang
Set golf = projek mewah
Bertaruh dipadang golf = pemerintahan yang korup
Pinjaman rumah/kereta = Hutang luar negara dari bank dunia, bank jepun dan sebagainya untuk menjalankan projek mewah

Pada skala kecil, inilah keadaan keluarga dengan ayah yang tidak bertanggungjawab, pada skala besar pula inilah sikap pemimpin yang mementingkan diri sediri dan juga kroni, mengenepikan kepentingan rakyat jelata walaupun acapkali mereka mendabik dada sebagai pimpinan berjiwa rakyat. Agak hairan juga mengapa pengumuman ini dilakukan oleh “machai” kepada “ayah” dan bukannya “ayah” sendiri. Ohh… “ayah” pemimpin berjiwa rakyat jadi tak boleh berbuat demikian, nanti tak popular pulak.
Saya berpeluang kembali ketanah air dua minggu lepas kerana tugas dan semasa menginap di hotel, akhbar The Star telah di sediakan untuk saya di bilik. Amat terkejut apabila membaca berita muka depan bagaimana rakyat diugut oleh kerajaan bahawa negara akan bankrap jika tindakan tidak popular iaitu pemberian subsidi terpaksa di berhentikan secara berperingkat-peringkat. Alasannya adalah kerana negara menanggung hutang yang banyak disebabkan pemberian subsidi jadi jika subsidi tidak diberhentikan maka negara akan bankrap.
Timbul persoalan di minda saya, angkara siapakah yang menyebabkan lebihan hutang ini terjadi jika bukan tindakan mereka sendiri iaitu pemimpin negara yang memerintah? Jika mereka memimpin menggunakan akal berdasarkan hukum Allah dan bukan menggunakan nafsu iaitu meminjam dari negara luar (yang pastinya berlandaskan riba’) dan kemudiannya berjoli sakan dengan projek mewah, maka perkara ini tidak akan terjadi dan rakyat masih boleh menikmati kesenangan tempias dari hasil negara seperti minyak dan eskport utama yang lain seperti kelapa sawit. Inilah balasannya apabila kita mengingkari larangan Allah terhadap riba’. Riba’ bukan hanya rakyat meminjam dari bank, kerajaan meminjam dari bank luar baik barat atau jepun, semua itu berlandaskan riba’.

Akan tetapi disebabkan pemimpin kita lebih mengutamakan kemajuan yang nampak iaitu bangunan tinggi pencakar langit dan sebagainya sedangkan kemajuan yang didalam iaitu iman makin tenggelam, maka kebinasaan lah nampak gayanya jalan yang sedang ditujui, baik binasa moral, sosial mahupun binasa ekonomi.



Yang lebih membuat saya bertambah sedih, sedang dimuka depan akhbar memaparkan rakyat biasa terpaksa mengikat perut, dalam muka 6 dalam akhbar yang sama didalam ruangan StarBiz, terdapat lapuran menyatakan bahawa kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia naik sebanyak 42% berbanding setahun yang lalu. Jadi logik kah bahawa negara akan bankrap sedangkan mereka yang kaya semakin kaya, bukannya sejuta dua, lapuran dari Forbes Asia ini menunjukkan kenaikan jumlah keseluruhan kekayaan golongan ini adalah dari 36 billion USD kepada 51 billion USD. Mengapakah ini terjadi?
Jawapannya adalah kerana ekonomi kita, malah ekonomi serata dunia adalah berdasarkan ekonomi riba’ yang mana kekayaan tidak lagi berkitar didalam masyarakat dan hanya tertumpu kepada golongan tertentu iaitu golongan kaya sahaja, buktinya sudah cukup jelas dengan lapuran Forbes Asia tersebut umpama gajah didepan mata maka sebab itulah terjadinya keadaan golongan miskin semakin miskin dan terpaksa mengikat perut sedangkan golongan kaya semakin kaya.
Siapa yang harus dipersalahkan? Siapa lagi jika bukan kita sendiri, pertama kerana memilih pemimpin yang memimpin dengan niat bukan “Lillahitaa’la”, niat memimpin hanyalah “lilla fulus” atau “lilla kuasa dan kroni”. Dan kedua kerana kita memberi kuasa kepada mereka yang berada di “tingkat atas” dan dengan kuasa tersebut jugalah mereka gunakan untuk memastikan pemimpin yang korup sentiasa menang didalam pilihanraya dengan memancing undi dengan wang, gasakan dari media massa dan banyak lagi cara untuk memastikan pemimpin korup terus kekal agar kepentingan bisnes mereka senantiasa terjamin. Mengapa saya kata kita memberi kuasa kepada mereka yang kaya ini? Bagaimana pula caranya kita menyokong mereka?

Apabila kita membeli barang dengan riba’ baik konvensional atau pun riba’ islamik, apa yang terjadi kita memberi tenaga kita kepada mereka dalam bentuk wang ringgit iaitu lebihan dari wang yang dipinjam. Hasilnya makin terkumpullah kekayaan mereka kerana yang memberi “tenaga” dan “kuasa” kepada mereka ini bukanlah seorang dua, malah kesemua umat masyarakat baik menyumbang kepada golongan “teratas” ini dari pembelian rumah, kereta, kad kredit dan apa sahaja pembelian ansuran yang menyebabkan kita terpaksa membayar lebih.
Sebab itulah Allah amat melarang riba malah mengistiharkan perang dengan mereka yang terlibat dengan riba’, kerana apa? Kerana kita akan menyebabkan mereka yang tamak akan menjadi semakin kaya dan mereka akan gunakan kekayaan mereka itu untuk kembali menindas rakyat kebanyakan. Jadi janganlah ingat apabila kita meminjam, apabila kita rela membayar lebih, kita hanya melibatkan diri kita sahaja, sebenarnya konsep riba’ ini harus dilihat dari sudut keseluruhan (wholism).

Akan tetapi melihat dari sudut keseluruhan itu juga belum cukup untuk membolehkan kita nampak kesannya pada diri sendiri ataupun pada insan-insan yang lain, perlu ada “nur” kurniaan Allah agar dapat ianya menerangi penglihatan supayakita dapat kita melihatnya dengan mata hati dan bukan hanya dengan mata fizikal sahaja. Dajjal bermata satu bukan bermaksud bukan sahaja bermaksud dia buta sebelah mata, mengikut kuliah Sheikh Imran Hossein ianya adalah sebagai simbolik agama yang bermaksud dajjal buta mata hati. Jika manusia hari ini hanya melihat dunia dengan mata fizikal iaitu apa yang jelas kelihatan dan tidak lagi dapat melihat dengan mata hati, maka manusia itu juga sudah tergolong menjadi pengikut dajjal tanpa mereka sedari.
Ramai pemimpin semasa berkempen dipilihanraya menyatakan mereka pemimpin berjiwa rakyat dan akan menjaga kebajikan rakyat. Melihat pada lapuran Forbes Asia sudah terbuktilah mereka ini memang pemimpin berjiwa rakyat, bukan rakyat miskin tetapi berjiwa rakyat yang kaya. Buktinya sudah cukup jelas yang mana rakyat kaya semakin kaya dan rakyat miskin harus mengikat perut.
Jika mereka membesar dengan makanan disuap dengan sudu garpu emas dan perak, kesekolah dengan berjemput pemandu dan pengawal peribadi, hidup rumah besar dan mewah dengan hawa dingin sepanjang masa, makan makanan paling enak yang boleh dibeli dengan wang, adakah apabila mereka dewasa dan menjadi pemimpin, golongan sebegini akan kenal erti keperitan hidup yang ditanggung oleh rakyat miskin? Makan nasi dengan ikan masin, kesekolah berjalan kaki sahaja dengan kadangkala tidak punya wang saku, rumah atap nipah yang bocor ketika hujan. Tidak pernah wujud sebarang cantuman neuron didalam otak mereka ini (orang kaya) yang merakam dan mengaitkan erti sebenarnya kepayahan dan penderitaan sebenar menjadi orang miskin maka apabila mereka mereka berkuasa dan menyatakan mereka pemimpin berjiwa rakyat, semasa memikirkan untuk membuat keputusan, jaringan neuron diotak mereka hanya lebih mengaitkan pengalaman rakyat kaya. Rakyat miskin hanyalah untuk memancing undi sahaja. Hampir kesemua tindakan mereka secara tanpa sedar (melalui minda separa sedar) akan lebih memilih untuk menjaga kepentingan golongan seperti mereka sahaja.

Jadi adakah maksud saya mereka dari golongan berada tidak boleh menjadi pemimpin atau mereka yang miskin apabila menjadi pemimpin itu tidak akan korup? Tidak, bak saya katakan dalam artikel sebelum ini, hidup ini penuh kebarangkalian dan kemungkinan sahaja. Untuk memastikan kita mendapat kejayaan dunia dan akhirat, wajiblah kita memilih pemimpin yang niat memimpin hanyalah kerana Allah. Dan apabila memimpin kerana Allah maka, undang-undang Allah akan ditegakkan, dan apabila undang-undang Allah ditegakkan maka baru ketika itulah kebajikan semua golongan manusia baik yang islam atau tidak akan terjamin sepenuhnya.

Undang-undang Allah itu untuk kebaikan semua umat manusia, hanya minda manusia sahaja yang terpedaya dengan “basuhan” dari barat melalui media seperti TV dan filem malah menerusi sistem pendidikan itu sendiri yang menyebabkan manusia menjadi jauh dari Islam, sedangkan yang mengaku Islam itu sendiri menolak hukum Allah, apatah lagi yang bukan Islam.





Klip diatas adalah sedutan dari *filem Zeitgeist Addendum yang menceritakan rahsia sebenar disebalik kehidupan didunia ini baik dari segi kewangan, politik, kerakusan korporat barat, terrorist dan beberapa isu lain lagi. John Perkins adalah bekas penjenayah ekonomi yang bekerja bagi pihak CIA untuk menjaga kepentingan korporat Amerika, antara tugas beliau adalah memujuk pemimpin dunia dari negara yang banyak sumber asli agar mengambil pinjaman dari bank dunia atau menerima bantuan dari badan kewangan antarabangsa untuk membuat projek besar yang kononnya membantu menaikkan ekonomi negara tersebut akan tetapi pada masa yang sama akan menyebabkan negara tersebut dibebani dengan hutang luar yang teruk. Walaupun projek yang dibiayai kononnya untuk rakyat, kebanyakan yang mendapat manafaat besar adalah syarikat Amerika dan juga segelintir pihak dinegara tersebut sahaja.

Mendengar penjelasan beliau mengenai bagaimana penjenayah ekonomi ini bekerja, mungkinkah pemimpin negara kita juga telah termakan pujuk rayu penjenayah ekonomi ini? Maka tak hairanlah  jika negara kita dibebani hutang luar yang banyak dan akan bankrap tidak lama lagi. Dari klip diatas, agaknya ada tak dikalangan tokoh pemimpin kita yang sanggup mati hanya kerana tidak mahu korup? Bekas Presiden Panama Omar Torijos tetap tidak mahu korup walaupun tahu beliau akan mati disebabkan kejujuran beliau sebagai pemimpin berjiwa rakyat miskin. Golongan yang di”atas” tidak mahu pemimpin yang jujur dari berkuasa membela nasib rakyat miskin, mereka hanya mahukan golongan terbawah ini iaitu rakyat miskin terus menjadi hamba kepada rakyat kaya. Perhambaan fizikal sudah lama berlalu, perhambaan kewangan sedang rancak berlaku baik konvensional mahupun islamik dan rata-rata kebanyakan kita masih lena dibuai mimpi materialistik.
Dengan melihat pada situasi sekarang ini, Berkesempatankah agaknya kita menikmati kehidupan dengan berlandaskan Islam sepenuhnya? Mungkin sempat, mungkin tidak. Akan tetapi kita tidak sepatutnya berpeluk tubuh dan mengikut sahaja apa yang ditentukan oleh pemimpin korup yang membawa negara kemajuan dunia tetapi kehancuran masaalah sosial, moral apatahlagi akhirat. Khilafah harus dikembalikan agar kegemilangan Islam itu kembali bersinar dibumi Allah ini, dan jika tidak berkesempatan untuk kita melihatnya semasa hayat, sekurang-kurangnya didepan Allah nanti kita boleh menyatakan bahawa kita telah pun mencuba melakukannya.

Bangun dan sedarlah rakan-rakan sekalian, dunia ini akan menjadi “syurga” jika semua manusia dapat melihat dunia ini dari sudut yang berbeza, dari sudut hati yang penuh dengan keimanan takutkan Allah dan sayangkan semua manusia sejagat. Kita dahagakan insan-insan yang boleh dengan jujur mengungkapkan “I love you so much all the people”, kita bukanlah berasingan, kita semua berkait, kita telah ditipu dengan menganggap ruang yang wujud antara kita sebagai ruang pemisah sedangkan dari sudut paling halus iaitu dunia subatomik, kita semua berkait, kita semua saling “bersentuhan”. Sayangilah diri insan lain sepertimana anda ingin disayangi, apa yang anda mahukan untuk diri anda, itu juga sepatutnya di berikan kepada insan lain dan bukan mengambil kesempatan, menghambakan dan mengaut keuntungan maksimum, menjadi kaya dan senang tanpa mempedulikan penderitaan insan lain. Insyaallah moga kita semua akan berusaha untuk menjadi umat yang lebih penyayang. Amin.

ps; *Filem Zeitgeist ini harus ditonton dengan berhati-hati kerana ia dibuat oleh atheis yang menolak agama. Jika mereka benar-benar mendalami Islam dan tidak hanya memahami Islam menerusi media massa, pasti mereka akan mengambil Islam sebagai jalan hidup.

Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/06/negara-akan-bankrap-tetapi-yang-kaya.html#ixzz0wr4sozA8

Jul
16
adolf-hitler
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…

tnazi-baca
Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…
sujud
jsolat
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…
hitler-w-sheikh
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…

m-tgk

mufti-barisan

mufti-alquds
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?”

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=411669814626&id=1081327063

Apr
13

Nak murah rezeki? Ape lagi… kahwinlah… haha.

Kenapa? Tak percaya? Tolonglah percaya…

Kahwin ni sebenarnya rezeki. Rezeki dapat isteri dan anak. Tapi nak kena rajin jangan malas-malas. Kalau malas… tak ada rezeki juga… Rezeki juga bukan setakat diklasifikasikan (ayt canggih keluar sudah) sebagai duit tetapi rahmat, rahmat Allah yang melimpah ruah juga rezeki. Jangan hanya memandang kita tidak berharta, maka kita miskin. Jika kita rasa kita miskin harta maka kayakanlah jiwa, inshaAllah akan berkembang-biak (macam rabbit aku jer…) menjadi kaya segalanya.

Walau apa pun, kita wajib berusaha untuk kaya harta agar segala kelengkapan diri dan anak2 cukup dan bukan berlebih-lebih. Ada duit lebih, yang terbaik bersedekah. Bersedekahlah dengan pelbagai cara dan bukan hanya menyogok wang kepada sesiapa. Sebagai contoh di dalam dunia bisnes (mentang2lah aku ni bineswomen), kita dianugerahkan Allah berjaya memperoleh banyak projek atau tender, maka bahagi2kanlah kepada orang di sekitar kita untuk membantu kita dan kita boleh membantu dia. Dengan cara kita sering memberi, maka Allah juga akan memberi lebih lagi kepada kita tanpa disangka-sangka. Paling penting yakin pada Allah yang bahawasanya Dia yang memberikan kita rezeki. Asalkan kita cari dengan cara yang halalan thoyiban.

BERANI KAYA? BERANI TAQWA!

Category: Dakwah  Leave a Comment
Mar
25

Semalam kami sekeluarga pergi melawat IJN yang wajib dipenuhi tuntutan temujanji untuk Sunan (nasib abang keje k’jaan selamat RM300). Dalam 1jam urusan kami selesai, alhamdulillah lubang di jantung sunan semakin mengecil dan hampir tak nampak lagi… cuma kena datang follow up lagi 18 bulan akan datang.

Setelah semuanya selesai, aku teringat yang pesta buku di PWTC sedang berlangsung. Bagi kami yang ‘gila’ buku, tak mampu untuk melepaskan peluang dari menghabiskan duit membeli buku2 yang best2… Di antara b’juta2 buku aku t’jumpa sebuah buku yang membuatkan aku hampir menitiskan air mata iaitu “Cinta di Rumah Hassan al-Banna”. Kenapa yang membuatkan aku sayu? Isi kandungannya… baca isi kandungannya sahaja sudah memadai aku menilai siapakah HASSAN AL-BANNA RAHIMAHULLAH.

Hassan al-Banna rahimahullah adalah orang yang terpenting di dalam keluarga menguruskan hal ehwal rumah tangga termasuk pendidikan anak2. Dalam masa 15 tahun, beliau mampu melebarkan sayap Ikhwan di 20 buah negara. Di Kaherah sendiri 2000 cawangan Ikhwan. Tetapi apa yang membuatkan saya kagum ialah dia tidak sesekali meninggalkan anak2 sepenuhnya kepada isteri kerana dia sentiasa berusaha untuk meluangkan waktu makan bersama yang penuh kenangan! Bahkan urusan duit poket anak2 juga beliau yang uruskan. Beliau juga terlalu menitik beratkan soal pendidikan anak2, beliau mempunyai catatan prestasi anak2 dan membuat perhatian khusus bagi subjek2 yang lemah dengan mengupah mana2 ikhwah untuk membantu meningkatkan tahap prestasi pembelajaran anak2. Berapa ramaikah kaum adam yang ada sekarang ini mampu melakukan seperti apa yang dilakukan oleh Hassan al-Banna? Jangan terkejut, Hassan al-Banna juga sering menyediakan sarapan dan bekal buat anak2nya…

Sesungguhnya Hassan al-Banna rahimahullah adalah insan yang sangat mengerti apa yang disabdakan Rasulullah s.a.w “Sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak, keluargamu juga mempunyai hak….”

Di rumah al-Banna juga tiada suara yang keras tetapi anak2 mampu patuh kepada ayahnya dan bukan takut kepada ayah. Beliau juga mempunyai catatan khas mengenai anak2 iaitu:

  • Tarikh da sejarah kelahiran
  • No kelahiran
  • Jadual pemberian ubat dan makanan
  • Surat keterangan doktor
  • Keterangan terperinci mengenai keadaan penyakit
  • Ijazah anak2
  • Catatan prestasi
  • dan lain2

Hassan al-Banna adalah insan yang paling kuat berusaha mengamalkan sunnah Rasulullah. Walaupun sibuk di dunia luar tetapi keluarga juga seiiring membangun bersama usaha dakwahnya.

Category: Dakwah  Leave a Comment
Mar
06
Macam sensasi je topik aku ni… hehe… Sebenarnya aku nak cerita pasal kita yang selalu menyangka kita lebih pandai @ cerdik dari orang lain. Lebih2 lagi kalau tahu orang tu 1 sijil pon tarak… Lebih kurang tajuknya:
UJIAN ORANG BERILMU
Perasan tak kita, kita akan merasakan yang kita lebih hebat dan pandai daripada mereka yang:
  • Masih kecik
  • Tak ade SPM atau ape2 sijil
  • Miskin
  • Gila
  • Tak alim-ulama’ (mcm bdk rempit, bohsia, bohjan, teh boh dan sewaktu dengannya)
  • dan Ape2 ajelah yang kita rasa mereka lebih rendah dari kita.
Tapi… kita akan merasa diri kita kerdil sekiranya ada orang lain yang punya:
  • Harta sebanyak Qarun
  • Sijil berguni-guni
  • Rumah yang lebih besar dari istana
  • Zahirnya nampak macam alim ulama’
  • Cakap macam betul like profesor YOU!
  • dan ape2 ajelah yang kita nampak macam hebatlah…
Sedangkan…
Orang yang kita anggap mereka hina macam sampah boleh jadi mereka ahli syurga dan wali Allah. Siapa tahu? Contoh:
  • Budak kecik sudah tentu kalau diorang meninggal sebelum baligh ialah ahli syurga sebab belum dipertanggungjawabkan ape2 lagi… lagi pun, doa diorang ni antr doa yg dp’kenankan Allah sebab tarak dosa… Lebih baik kita minta diorang doakan segala apa yang kita hajati mudahan kesampaian…
  • Kalau tak ade SPM dan ape2 sijil, buatnye dia hamba Allah yang menjaga segala arahan dan larangan Allah kira sami’na wa ‘ato’na… macam mana dgn kita? Kemudian pengalaman hidup dia, adakah sama dengan kita?
  • Kalau miskin, mungkin dulu dia kaya! Kemudian dia tinggalkan harta sebab rasa dah puas menikmati nikmat dunia sampai rasa dah tak ade nikmat lagi… Nikmat sebenar bagi dia ialah bercinta sepenuhnya kepada Allah… atau…dia memang miskin, itu ujian untuk dia dan kita…kalau semua kaya… tak adelah istilah kaya dan miskin, sebab semua kaya… maka KITA SERUPA…. So berterima kasihlah dengan orang miskin… bagi2lah sedekah…
  • Kalau orang gila, manalah tau sebenarnya dia tu wali yang gilakan cinta kepada Allah… at least bak kata adikku ANAS, dia ade satu je gila, gila akal. Tapi kita, ade berapa banyak gila? Gila makan, gila harta, gila perempuan dan lelaki, gila movie, gila lagu, gila ilmu, gila buku, gila kucing dan gilagilagilagilagi…. penatlah aku nak detailkan kegilaan kita nih…
  • Kemudian yang nampak macam samdul ni… nampak macam ahli neraka… buatnyelah dia bertaubat kaw2 sebelum dia mati coz dah dapat hidayah Allah. Sape tau kan? Alangkah bagus kalau kita mendoakan mereka ni dapat hidayah… kan kita dapat saham kekal!
Bagi yang kita puja, sanjung, kagum sampai kita rasa kerdilnya kita dengan dia:
  • Orang yang kaya raya, mungkin dia kaya atas darah dan air mata orang lain!
  • Yang ade sijil berguni, belum tentu dia beramal dengan apa yang dia belajar. Cakap je pandai…
  • Rumah yang besar belum tentu isi rumahnya bahagia…
  • Nampak macam alim ulama’, mungkin dia riya’ ape yang dia pakai dan ilmu yang ade…
  • Cakap macam ahli bijak pandai, padahal…. kosong! Amal pun tarak…
KESIMPULANNYA….
Lebih baik kita bersikap NEUTRAL… Husnu Zon (bersangka baik) pada apa sahaja. Tak semestinya apa yang kita nampak itulah yang terzahir untuk yang akan datang… Kita terima mereka seadanya…
Kita pun tak ade sakit hati…
Doakan yang baik2 untuk segala yang ade di sekeliling kita termasuk haiwan dan tumbuhan…
Jadi hamba yang bersederhana…
Bantu mereka yang memerlukan…
SENANG HATI KITA…
Tak payah nak sakit2…
Kalau orang sakitkan hati kita… memaafkan itu lebih baik… tarak barah…
SENANG HIDUP…
Ape yang penting!
KERJASAMA
dan…
TERUS BERUSAHA MENJADI MUKMIN SEJATI…
DO THE BEST!
senang hati… lalala….
Dec
28

Budaya kesantunan yang kian pudar. Masyarakat kita sukar untuk melafazkan terima kasih sebagai tanda penghargaan setelah beban diringankan. Tidak tahu mengapa. Tidak mengenal masyarakat bandar yang dikatakan maju atau kampung yang dikatakan terkenal dengan kesantunan. Tidak tahu mengapa ia semakin ditinggalkan.

Adakah cukup dengan ‘menepek’ di sana sini lafaz ‘terima kasih’ untuk membuktikan masyarakat kita bersopan santun? TIDAK! Perlu dibayarkah untuk melafazkannya? Sakitkah apabila meluahkannya? Semuanya tidak… Jadi apa?

Jawapannya… ini membuktikan hati kita keras dan kering. Tandus kasih sayang di jiwa. Amalan keagamaan ditinggalkan. Mengasingkan agama dalam kehidupan, sedangkan agama dan kehidupan ialah satu. Sebab itu ‘Islam adalah cara hidup’, Islam sudah merangkumi keseluruhan aspek kehidupan sama ada perkara yang terdedah atau yang paling tetutup.

Orang yang meringankan lidahnya untuk melafazkan terima kasih atau apa sahaja perkataan yang melambangkan kesopanan dan kesusilaan ialah orang lembut jiwanya. Orang begini tidak akan membunuh orang lain dan sukar menyakiti perasaan orang dengan mudah dan disedari. Orang beginilah yang akan dikasihi masyarakat sekelilingnya.

Kenapa saya mengupas isu ini? Kerana saya baru sahaja pulang dari program motivasi untuk membangunkan masyarkat kampung di satu daerah yang tidak perlu saya nyatakan. Saya sedih, mana bukti yang menyatakan masyarakat kampung sangat bersopan santun? Bukan saya mahu memburukkan masyarakat kampung @ bandar tapi apa yang saya mahu ungkapkan ialah jika masyarakat kampung sudah hilang kesantunan apatah lagi masyarakat di bandar? Apa yang lebih menyedihkan saya ialah mereka sebangsa dan seagama dengan saya.

Marilah kita bersama-sama berusaha memperjuangkan kedaulatan islamiyyah untuk mengembalikan tamadun Islam yang agung! Oleh itu, teruskanlah motivasi diri untuk terus berdakwah! Dakwah dengan berhikmah adalah yang paling berkesan kerana maksud hikmah itu sendiri ialah sesuatu perkara yang diletakkan pada tempatnya (maksud dari segi bahasa arab).

Nov
15

Jika nak kira malang antara kita dan Rasulullah s.a.w, pasti malang lagi Rasulullah s.a.w dalam hidupnya. Sudahlah tidak mengenal bapa sejak melihat dunia. Bahkan ketika saat masih mahu bermanja dengan ibunya, ibunya pergi meninggalkan buat selamanya. Hidup tunggal tiada abang, kakak dan adik, menumpang kasih pada sesiapa yang sudi. Bagaimana jika itu yang berlaku pada diri kita atau anak kita?

Jika Rasulullah s.a.w ada pada waktu ini dan jika kanak-kanak itu ada di hadapan kita, apakah reaksi kita? Pastinya kitalah insan yang mahu memberikan kasih sayang kepada baginda. Mengucup, memeluk dan membelai baginda. Betul tak? Terasa malang sungguh anak ini? Terasa diri bertanggungjawab untuk mengasihinya? Meruntun hati kitakan?

Itulah kisah baginda. Terlalu sedih untuk dihayati. Tetapi Rasulullah s.a.w punya jiwa besar lagi kental. Walaupun baginda bernasib malang, tetapi itu tidak dirasakannya. Dia masih merasa betapa kasihnya Allah s..w.t kerana masih memberikannya nikmat hidup, iman, islam, beribadah dan berjuang untuk membuktikan kasihnya pula kepada Allah s.w.t. Hebat! Apakah jika kita melalui situasi seperti baginda, apakah kita masih seutuh dan sehebatnya? Jika AKU? Aku tak mampu meluahkan apa-apa, sedih…. aku tak sehebat itu… kerana itu aku bukan rasul…

Oleh itu, aku menyeru. Aku menyeru dengan sepenuh hati. Kasihilah Rasulullah. Kasihilah dia seperti dia masih bernyawa di alam ini. Ikutilah segala perintah dan larangannya, ikutilah baginda dengan penuh kasih dan sayang seperti baginda mengasihi kita. Rasulullah mengasihi kita dengan mengorbankan darah dan nyawa baginda sendiri, agar kita merasa betapa besarnya nikmat iman dan islam. Maka kita pula? Adakah kita mengasihi baginda, sehebat baginda? Sebarkanlah ke serata dunia tentang nikmat yang kita rasai. Sebarkanlah kasih Rasulullah s.a.w di mana sahaja… Buktikanlah cinta kita.

KAMI MENGASIHIMU SEPENUH JIWA DAN RAGA KAMI, WAHAI KEKASIH ALLAH.

MUHAMMAD BIN ABDULLAH S.A.W

Category: Dakwah  Tags:  Leave a Comment
Nov
12

Bagaimana harus aku katakan lagi mengenai solat ini? Seantero dunia yang bergelar MUSLIM sudah mengetahui kewajipan mendirikan solat. Bingung! Tak tahu penjelasan apa lagi yang harus disajikan agar semuanya faham tentang kewajipan ini. Apa gunanya mengaku MUSLIM jika tidak sujud kepada YANG MAHA ESA, yang telah melimpahkan lautan rahmat dan nikmat. Besar dan agung sangatkah kita hingga tidak mahu merendahkan diri, sujud sebagai hamba kepada pencipta, kepada yang memberikan rahmat yang agung kepada kita.

Lihatlah anak kecil ini…

p1080136

anak ini cemburu melihat ibunya mendirikan solat. dia pun nak solat.

p1080128

bersungguh-sungguh sujud kepada Allah meskipun belum mengerti ape2…

Solat ye… Azab pedih bagi mereka yang meninggalkannya, terlalu pedih dan azab untuk digambarkan. Alah korang semua tahu, azab meninggalkan solat…

Category: Dakwah  Leave a Comment