Archive for the Category »Parenting «

Jul
29

BIJAK SIFIR

PROMOSI!!!

BENGKEL BIJAK SIFIR RM 88 SAHAJA .

Harga di atas hanya sah sehingga 22 Ogos.

BERTEMPAT:

62A Lengkuk Meru Permai 2
Halaman Meru Permai
Bandar Meru Raya
Ipoh

 

TARIKH:

8 Ogos 2010 (& setiap hujung minggu)

Tempahan perlu dilakukan segera kerana tempat terhad untuk 20 orang shj!

Jul
20

pic1-5r

Kebahagiaan aku sebagai seorang isteri dan isteri-isteri di luar sana terletak pada tangan suami. Suami yang bijak menawan hati isteri mampu membuatkan isteri ikhlas untuk melakukan apa sahaja.

Seperti kehidupan aku, sebaik membuka mata dari beradu terpandang permainan anak-anak di celah perabot membuatkan aku tersenyum lantas ketawa. Aku sudah punya anak dan bukan lagi anak dara! Sungguh bahagia dan seronok tengok permainan anak, teringat ketika aku seusia sunan… memang seronok bermain bersama adik, ummi dan ayah.

Kemudian meneruskan operasi kerja-kerja rutin sebagai isteri seperti mengemas, mengurus anak-anak, mengurus suami, membasuh pakaian dan memasak. Semua itu membuatkan aku bahagia. Walaupun tak lari dari sifat manusia biasa dari memarahi anak tapi adakalanya karenah anak yang nakal itu juga mampu membuatkan kita ketawa.

Berbeza jika punya suami yang bersikap negatif, kurang menawan hati isteri amatlah menyakitkan untuk melalui kehidupan. Apa sahaja kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh isteri amat membebankan, membosankan dan menyakitkan. Ditambah lagi dengan karenah anak nan seribu amatlah menyerabutkan, dah macam sabut kelapa gamaknye :D

Oleh itu kerjasama antara suami isteri dalam pembentukan instistusi kekeluargaan yang harmoni perlu dititikberatkan dengan ini mampu mewujudkan suasana yang positif, harmonis dan bahagia. Hidupkanlah sunnah Rasulullah s.a.w kerana di situ ade pencetus kebahagiaan dan ketenangan kita semua. Suami dan isteri wajib hidup berkasih sayang dan mempamerkan kepada anak-anak. Jelaskan dan nyatakanlah sayang anda kepada ahli keluarga anda, dengan ini kehidupan seharian yang kita lalui terasa begitu indah. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Orang yang penyayang disayangi Allah, kasihanilah makhluk-makhluk yang ada di bumi nescaya segala yang ada di langit mengasihani kamu.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)

Sep
09

pic_0010

Sejak akhir-akhir ini sering kedengaran kelalaian dan kecuaian suami ke atas isteri dan anak-anak. Sang isteri pula mengerah tenaga dan fikiran untuk membantu suami mencari sesuap nasi. Apa dunia ini sudah berpusing secara terbalikkah? Sang suami hanya makan, minum, tidur dan mengurus diri apa yang patut. Adilkah? Inikah Islam?

Sudah tentu, tidak! Tugas memberi nafkah adalah suami.. Ini syarat-syarat wajib nafkah:

1.       Telah berlangsungnya akad nikah secara sah menurut syara’ antara suami dan isteri.

2.       Isteri yang sudah layak untuk disetubuhi oleh suaminya.

3.       Hak-hak suami tidak terhalang atas isterinya, seperti suami dipenjara atau sebagainya.

4.       Isteri menyerah sepenuhnya kepada suaminya.

Manakala nafkah yang tidak wajib diberikan pula ialah:

1.       Akad nikah dengan ijab kabul yang batil.

2.       Isteri berpergian tanpa izin suaminya. Selama dalam perjalanan ia tidak berhak mendapat nafkah, jika kepergiannya semata-mata kepentingan dirinya sendiri. Tetapi, jika kepergiannya  dengan izin suami bahkan mungkin mengurus kepentingan suaminya, maka dia tetap berhak mendapat nafkah.

3.       Isteri yang selalu sibuk bekerja atau berusaha di luar rumah tanpa mendapat keizinan dari suaminya.

4.       Isteri yang nusyuz atau derhaka sehingga dia kembali taat.

Wanita di zaman sekarang kebanyakkannya mempunyai kariernya sendiri. Bahkan, adakalanya gaji isteri lebih tinggi dari gaji suami. Tetapi, ini bukan bererti suami boleh melepaskan tanggungjawab sebagai seorang suami. Isteri perlu bertindak sebagai pembantu, gaji yang diperoleh untuk membantu meringankan bebanan suami. Seperti sedia kita maklum, dunia sekarang terlalu menuntut kepada wang. Banyak perkara yang perlu diselesaikan dengan wang. Sepatutnya sebagai seorang suami yang punya isteri yang mempunyai inisiatif untuk membantu perlu dihargai. Bukan mudah bagi seorang isteri yang bergelar ibu untuk meninggalkan anak di rumah atau kepada pengasuh. Ia menuntut pengorbanan yang tinggi adakalanya menitis air mata mereka kerana sukar untuk melepaskan tanggungjawab sebagai seorang ibu walau untuk seketika.

Aug
07

BrilliantBaby.com Recommendations (2 months old)

  • When talking to her, hold her about 10 inches from your face.
  • Make sure she is alert with wide eyes open.
  • Make your voice as animated and enthusiastic as possible.
  • Make funny faces so she can imitate you.
  • Make her smile and grin as often as possible.
  • Call her name as often as possible.
  • Keep talking to her and describe what you are doing
  • Avoid background noises so she can focus at one sound at a time
  • Use short phrases and sentences and keep repeating them
  • Sing or recite a rhyming poem as often as possible
  • Avoid shrill loud voices or noises.
  • Read to her as often as possible.
  • Recognize her early signs of being bored, tired, hunger and sleepiness and stop your learning interactions when these signs start to show
  • Physical play is her enjoyment; pat her feet, tickle her belly, count toes and fingers, massage her head
  • Play coordinated with animated verbal interactions stimulates her orbitofrontal cortex which is extremely important in the formation of attachment
  • Play combined with an enthusiastic voice of the parent is the root of a trusting relationship
  • Creating a daily series of shared attentions, physical play, and animated interactions between you and her builds a strong foundation for emotional, cognitive, language, and quantitative development in the future
  • Avoid using the television or video at all cost to stop your baby from crying for any activities at all

Social & Emotional Development (2 Months Old)

·Enjoys very much attention from parents
·Smiles more if you smiles to her
·Begins to amuse herself when left alone by looking & tracking objects
·Looks at you while you feed and talk to her
·Makes gazes and little sounds that are directed at adults

Cognitive & Thinking (2 months old)

·Distinguishes between people, voices, & tastes
·Discriminate between female and male voice
·Can distinguish between sequences of disyllables and sequences of trisyllables.
·Detect changes of phonemes better when they occur as part of short sentences than in a lists of words.
·Likes listening to music & song
·Uses the left hemisphere of the brain more for speech discrimination.
·Uses the right hemisphere of the brain more for musical sounds.
·Controls vision more accurately and looks at an object moved in a pattern
·Becomes excited in anticipation such as the sight of the bottle
·Begins to coordinate her senses by turning & looking toward sounds

Language & Communication (2 months old)

·Moves her eyes to search for the source of a sound or noise
·Uses a couple of distinct but meaningless sounds
·Becomes quiet when she is lifted
·Looks at gestures and body language of parents talking to her
·Makes cooing, repetitive vowel sounds when happy
·May develop special vocalization indicating hunger
·Repeats sounds or coos when parent smiles & talks to her
·May demand attention by vocal fussing
·More responsive to mothers facial expression than anybody else
·More inclined to smile at familiar adults than stranger

Hand-Eye Coordination

·Begins hand control
·Opens hand with fingers getting flexible
·Grasp reflex is gone
·Close fingers around an object placed in her palm & bring to face
·Tries but can’t reach accurately for a toy

Motor Activity (2 months old)

·Holds a small toy for a few seconds
·Lifts head off the mattress when on belly position
·Some control over arms & legs
·Neck may support the weight of her head when she is carried
·Can turn her head towards a rattle or light
·May visually follow a moving object
·Has vigorous kicking during bath, a good indication of muscle development

http://drnurizah.wordpress.com/

Aug
07

Babies develop at their own pace, so it’s impossible to tell exactly when your child will learn a given skill. The developmental milestones listed below will give you a general idea of the changes you can expect, but don’t be alarmed if your own baby’s development takes a slightly different course.

Social and Emotional

Movement

Vision

Hearing and Speech

Developmental Health Watch

  1. Alert your child’s doctor or nurse if your child displays any of the following signs of possible developmental delay for this age range.
  2. Does not seem to respond to loud noises
  3. Does not notice hands by 2 months
  4. Does not follow moving objects with eyes by 2 to 3 months
  5. Does not grasp and hold objects by 3 months
  6. Does not smile at people by 3 months
  7. Cannot support head well by 3 months
  8. Does not reach for and grasp toys by 3 to 4 months
  9. Does not babble by 3 to 4 months
  10. Does not bring objects to mouth by 4 months
  11. Begins babbling, but does not try to imitate any of your sounds by 4 months
  12. Does not push down with legs when feet are placed on a firm surface by 4 months
  13. Has trouble moving one or both eyes in all directions
  14. Crosses eyes most of the time (occasional crossing of the eyes is normal in these first months)
  15. Does not pay attention to new faces, or seems very frightened by new faces or surroundings
  16. Experiences a dramatic loss of skills he or she once had

(From CARING FOR YOUR BABY AND YOUNG CHILD: BIRTH TO AGE 5 by Steven Shelov, Robert E. Hannermann, © 1991, 1993, 1998, 2004 by the American Academy of Pediatrics)

Watch our children development closely, dont bother if anyone comparing them with others, AS LONG AS THEY GROW ACCORDINGLY BASE ON THE CORRECT MILESTONE STAGE, ALHAMDULILLAH. But if there is any delay noted, be alert and refer to your nearest doctor.

Taking a little one to nurse, watching him grow to manhood, that’s what love is.
Carol Shields – The Stone Diaries

http://drnurizah.wordpress.com/

Jul
07

Eeeemmm kali ini ummuhaq nak berceloteh pasal karenah pasangan yang beribu-ribu karenah. Peringkat awal adalah peringkat taaruf, walaupun anda sudah kenal pasangan 10 tahun pun bukanlah satu jaminan anda sudah ma’aruf pasangan anda 100%. Adakalanya pasangan akan berubah sebaik sahaja aqad nikah seperti yang saya bicarakan sebelum ini. Saya juga sering didatangi sahabat-sahabat yang mengadu nasib tentang pasangan mereka. Ingin saya listkan masalah pasangan dan cadangan untuk menyelesaikan masalah anda, janganlah dibiarkan! Sedangkan masalah adalah ujian yang perlu diselesaikan bukan dibiarkan begitu sahaja. Nanti jadi barah!

1.       Pasangan pasif (pendiam)

Ada sebahagian pasangan anda terlalu pendiam. Pulang sahaja ke rumah dari pejabat tiada warna-warna ceria yang dibangkitkan atau gurau senda, terus menghadap TV kelu tanpa bicara. Jadi, andalah yang perlu mencungkilnya! Sediakan makanan petang yang special untuk pasangan dan ajak berbicara. Mungkin anda terlebih dahulu menjadi minah atau pak kepoh. Kalau dia buat tak layan, janganlah terus mengalah… Usaha tangga kejayaan! Chayo’!

2.       Pasangan agresif (kepoh lagi kecoh)

Ada juga pasangan yang terlalu agresif, kepoh sangat! Eeeemmm kepoh susah, diam pun susah ek? Sebab itulah perlu kesederhanaan di dalam setiap aspek kehidupan. Tapi ingat! Manusia tak lari dari kesilapan. Allah bersifat Maha Pemaaf, jadi berusaha menjadi pemaaf. Kembali kepada masalah, pasangan yang terlalu agresif, dorongkan mereka agresif kepada perkara yang bersifat positif, berfaedah dan berpahala apabila melakukannya. Elak dan didik pasangan dari mengeluarkan kata-kata nista, kesat dan mendatangkan dosa. Berkomunikasi secara tenang… Banyakkan bersabar. Bagi mereka masa yang panjang untuk berubah. Terus dan terus mendidik tanpa jemu. Anda sudah berkahwin segalanya tentang dia… Ingat! Dia adalah pilihan anda. Ajak pasangan mendekati masjid, majlis ilmu dan orang yang berilmu supaya dia merasa segan. Dakwah bil-hal seperti qudwah hasanah sangat diperlukan untuk menangani masalah pasangan seperti ini.

3.       Pasangan pendiam tapi baran

Ada pasangan jenis tak banyak bicaranya, tetapi apabila ada sesuatu yang tak berkenan di hati dia cakap sikit lepas tu terus marah, pukul dinding dan tutup pintu kuat-kuat sebagai tanda protes. Peringkat awal, anda dorongkan dia supaya menjadi seorang yang mesra alam. Memang mengambil masa yang agak lama, sabarlah… Bila masa marah dia datang, biarkan segalanya tenang dulu. Jangan dilayan marahnya sebab nanti jadi berpanjangan. Kalau sudah lama marahnya, tackle lah… masakan makanan kegemarannya biarlah jika anda adalah suami, tak salah pun nak masakan untuk dia. Atau kalau susah-susah sangat belilah kek secret recipe ke hehe… atau apa sahaja kesukaan dia. Tak salah anda mengalah. Perangai manusia ni memang macam-macam. Bila dia dah start nak bercakap tentang marahnya, dengarlah dulu… biar pun menyakitkan telinga dan hati. Apabila sudah habis bicaranya, anda minta maaf dan berikan keterangan. Lepas gaduh, terus lakukan apa sahaja aktiviti bersama seperti memasak, membasuh, mengemas, membaca buku, menonton tv atau apa sahaja yang boleh mengembalikan kemesraan rumah tangga anda.

4.       Pasangan agresif dan baran

Pasangan ini boleh dikatakan banyak mulut, petah berkata-kata kemudian pemarah. Pantang silap sikit, bicaranya bak peguam yang sedang membicarakan kes. Dialah peguam dan dialah hakim! Si pasangan selalu buntu dibuatnya. Segala keputusan dia adalah pemutus secara mutlak dan PUTUS! Jangan anda sangka tiada! Terlebih dahulu anda sebagai pasangan yang berikrar sehidup dan semati dengannya, terimalah dan fahamilah diri si dia walaupun dia tidak memahami anda. Dalam perhubungan ini memang menuntut 1 juta pengorbanan dan kekuatan dari Allah s.w.t. Banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t agar dilembutkan hatinya. Segala pehubungan menjadi tradisi adanya babak air mata seperti kebanyakan drama. Apabila moodnya ok, bicara dengannya secara baik. Luahkan perasaan yang dialami. Jangan dibiarkan perasaan anda. Komunikasi yang bijak dalam perhubungan sangat-sangat dituntut. Latihkan dirinya melakukan aktiviti spiritual yang dapat melembutkan hati kita dan pasangan seperti solat berjemaah, zikir berjemaah, tadarus al-quran, bacaan al-quran menjadi kelaziman di rumah dan ada juga pendapat dari ustaz ketika saya menuntut di zaman sekolah menengah bahawa aktiviti mencuci tandas juga dapat melembutkan hati (tak tau kenapa), tapi saya memang buat. Macam ade betulnya! Jika anda yang baran! Lembutkanlah hati anda… buatlah seperti yang saya cadangkan kerana saya ni pun agak baran. Saya sudah mengamalkan amalan yang saya suggest di atas… Terbukti berkesan!

Sebenarnya ada banyak lagi karenah yang tidak dapat saya huraikan di sini, saya cuma mengambil contoh-contoh kes yang banyak membawa kepada penceraian. Dari kajian yang telah saya lakukan, punca kes-kes di atas adalah kegagalan komunikasi yang bijak. Bagi anda yang baru sahaja di alam rumah tangga, berusaha tangani dari sekarang! Gunakan konsep SIFUTAJ – DIN iaitu D – DO, I – IT, N – NOW. Melakukan perkara yang baik usah ditangguh. Jangan malu untuk berubah!

Saya mendoakan kebahagiaan kita semua. Perkara terpenting di dalam hidup ini ialah:

1.       Berubah

2.       Berusaha berubah dan mengekalkan perubahan

3.       Ikhlas dalam berubah

4.       Redha dengan ketentuan

5.       Tawakal segalanya kepada Allah

Corakkan dan warnakan rumah tangga anda supaya menjadi indah. Bukankan alam rumah tangga adalah syurga sebelum syurga! Syurga sebelum syurga adalah kemakmuran dan kebahagiaan di alam rumah tangga. Dengarkanlah lagu yang mengasyikkan ini, BERUBAH

Jul
07

p1020562

Ini saya dapat dari pembacaan saya dari bloger

http://noratwin.blogspot.com/search/label/Parent%27s%20Tipz

(Sumber : aishaeryna.blogspot.com )

 

Teknik shichida diamalkan oleh masyarakat jepun untuk melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri, tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangkannya. Sebelum melakukan teknik ini, tarik nafas sedalam-dalamnya dan relaks.

 

1) Sewaktu anak dalam keadaan tidur-tidur ayam, bisikan ditelinganya dengan jujur kata-kata positif seperti kita sayang padanya, anak yang soleh, kuat, rajin pergi sekolah dan bijak. Ini kerana ketika itu, otak kanak sedang berfungsi manakala otak kiri pula sedang tidur. Bagaimanapun anda perlu lakukannya dengan seikhlas hati, elakkan ketika sedang marah. Selepas anak mula pejamkan mata, ramas-ramaslah jari atau tangannya supaya dia kembali dalam keadaaan tidur-tidur ayam. Islam juga menggalakan ibu bapa bercakap atau berdoa dengan anak ketika mereka sedang dalam proses hendak tidur, sebabnya pada ketika itulah antara waktu-waktu doa dimakbulkan.

 

2) Gunakan kad imbasan untuk mengajar anak. Contohnya ABC atau 123 dalam tempoh seminggu dan lihat kesannya. Pasti dia dapat menghafal huruf-huruf yang ditunjukkan. Tunjukkan kad itu satu-persatu dengan cepat. Ini kerana apabila kad itu bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.

 

3) Galakkan anak melakukan kraftangan. Ia adalah hasil daripada kerahan otak kanan, oleh itu ajaklah anak anda bermain tanah liat, mewarna, melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya. Memanglah selepas itu terpaksa mengemas, tetapi banyak manfaatnya.

 

4) Satu lagi aktiviti menarik ialah melukis gambar, contohnya rama-rama. Anda hanya perlu melukis sebahgian sahaja dan suruh anak anda menyudahkannya. Ini dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

5) Usah marah-marah atau tengking anak dengan nada yang kuat, sebabnya mereka akan simpan semuanya dalam otak kiri. Andainya anda termarah anak anda, pujuklah dengan langkah pertama tadi. Jangan malu ucapkan perkataan maaf kepada anak anda.

 

6) Kembangkan imaginasi anak anda dengan sesi bercerita. Anda mulakan dengan sebuah kisah dan minta anak sambungkan cerita itu mengikut daya imaginasinya.

 

7) Bermain teka-teki bersama anak. Letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak anda meneka apakah benda itu. Mulakan dengan memberi klu seperti warna atau bunyi. Ini adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Bagaimanapun lakukannya sekitar setengah jam sehari, tak perlu terlalu lama.

 

8) Jika boleh elakkan menggunakan perkataan ‘jangan’ kepada anak-anak. Jikalau terlalu kerap menggunakan perkataan itu, itulah yang anak lakukan. Gantikan dengan perkataan lain seperti,’tolong’ atau ‘marilah kita sama-sama’

Jul
02

family

Suami saya sering didatangi kaum hawa yang mengadu nasib ketidak bahagiaan mereka di alam rumah tangga. Almaklumlah kaunselor lah katakan… sudah tentu menghadap 1001 penyakit zahir dan batin. Zaman percintaan sebelum kahwin sudah tamat seusai lafaz ijab dan kabul dilafazkan. Sang isteri mengharapkan alam rumah tangga yang indah dan berbunga-bunga seperti sebelum berkahwin. Suami saya kepelikan mengapa hal ini berlaku, mengadu nasib kepada isteri pendengar setia. Saya tersenyum dahulu. Setelah suami mengadu saya pun menjelaskan:

1.       Sebelum kahwin sukar untuk berjumpa dan masa terbatas. Maka selalulah bergayut kat telefon sampai telefon kepanasan dan telinga berdarah (over). Selepas berkahwin, selalu berjumpa atau jarang berjumpa kerana pasangan bekerja dan jarang-jarang telefon. Sampai kredit dah due date tapi tak habis-habis lagi kreditnye (ape kes hah?).

 

Sang isteri mengharap suami call, sang suami mengharap isteri yang call. Akhirnya kedua-duanya tak call. Ha! Ini tak boleh berlaku. Bagi anda yang membaca artikel saya ni, anda yang mulakan dulu. Kalau tak angkat? Mudah jer… hantar sekerap mungkin sms yang berbau cinta dan ringkas seperti: “Uhibbuki/ka jiddan jidda…” atau “ I Love U” atau “Rindu abang/ sayang…” Hantarkan ungkapan ini sekerap yang mungkin, agar pasangan tak sempat nak fikir mencari pasangan lain yang dirasakan lebih ideal berbanding sekarang.

 

2.       Sebelum kahwin surat berguni-guni, selepas kahwin “No more letter after this, so easy” Memanglah easy sangat tak penat tangan… tapi, inilah the highest sentimental value tau! Nak susah ape… tulis nota ringkas seperti: “Abang… keje baik2… jangan nakal2… jangan lupe makan… sayang abang!” Kemudian, tak perlu lagi nak pos mengepos masukkan sahaja di poket baju atau seluar yang suami mahu gunakan untuk pergi kerja. Boleh juga di dalam dompet atau di dalam kasut!

 

3.       Sebelum kahwin selalu bertukar hadiah, terutama di hari kelahiran. Selepas kahwin, haram 1 hadiah pun tak de sebab dah banyak bagi hadiah hantaran masa merisik, tunang dan kahwin set berdiri you! Tak bolehlah kawan… kena bagilah juga… walaupun suami terlupa, kita sebagai isteri tak salah untuk memulakannya dahulu. Nak bahagiakan? Berkorbanlah… kata lautan api pun sanggup redah (saya tak sanggup…. surrender).

 

4.       Sebelum kahwin selalu bagi suprise, selepas kahwin dianggap buat suprise sudah buang tabiat. Ibarat Dr Ummi (lihat pada link sebelah) kata tabiat pelik-pelik memang kena buang kalau tak jadi penyakit :D. Tuliskan kasih dan sayang anda di buku nota atau dompet suami. Jika buka dompet suami, gambar kita belum wujud maka kita wujudkanlah… Biar suami atau pasangan tahu betapa kita menghargai kewujudan dirinya dalam hidup kita.

 

5.       Sebelum kahwin pantang telefon dan berjumpa tak lekang “I love You” dah kahwin… tak de nye… Ish… Ish janganlah dibuang kata keramat tu… teruskan hingga ke akhir nanti.

 

6.       Ikhlaskan diri dan niat di atas segala apa yang kita usahakan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Biar kemesraan wujud dan komunikasi yang berkesan di dalam rumah tangga. Jangan berselindung apa-apa pada pasangan. Banyakkan perkongsian tidak kira apa sahaja, hidup, makan, minum, kerja segalanya!

 

7.       Bila sudah timbul kemesraan, barulah kita meminta… seperti: “Nurul selalu sebut I love you, abang tak sebut-sebut pun…” apabila suami out station, ingatkan dia untuk mencari buah tangan untuk kita. Kita yang perlu ingatkan, jangan malu untuk meminta nanti kita yang merana. Jika tunggu suami bagi bunga tapi tak dapat-dapat, jangan malu untuk memintanya.

 

Sepanjang berumah tangga, ini adalah antara amalan yang saya amalkan. Ada banyak lagi… tapi dah tak larat nak menaip. Saya tulis mana yang ingat je la… Jika ada sebarang pertanyaan dan perkongsian, jangan malu jangan segan untuk berkongsi walaupun jika saya lebih muda dari anda… Ada ilmu kita kongsi, jika tak tau kita bertanya… tak de salahnye…

Feb
04

discrimination

Keruntuhan kerukunan rumahtangga dan akhlak anak-anak ialah apabila ibu atau bapa sering meninggalkan anak-anak sendirian di rumah. Jika ibu tidak bekerja, tugas mendidik dan membesarkan anak-anak diserahkan 100% kepada ibu dan jika ibu dan bekerja diserahkan pula kepada bibik, nurseri dan sekolah. Jiwa anak menjadi sepi dan kosong dari belaian kasih sayang ibubapa.

Puncanya, banyak… salah satunya ibubapa begitu teruja untuk menjadi pekerja yang hebat dan professional kononnya. Dan terikat kepada kerja, pergi kursus sana dan sini… Isteri dan anak tidak dibenarkan untuk turut serta! Maka berlakulah diskriminasi kepada ibu dan anak… Ummuhaq dan sunan sudah merasainya sendiri. Terasa diri ini dipandang jijik dan keji oleh mereka kerana suami dianggap tidak professional! Sedangkan dari penginapan, makanan dan urusan rumahtangga tidak melibatkan mereka. Tidak memahami kenapa mereka memandang sinis. Ummuhaq tidak mengganggu sifutaj dengan urusannya, cuma kami tidak boleh dipisahkan atas banyak faktor seperti keadaan sunan yang masih kecil dan masih memerlukan perhatian.

Persoalannya kenapa kami dipandang tidak professional? Sedangkan mereka tidak bekerja secara professional. Waktu bekerja sudah ditetapkan jadi mengapa tidak diikut? Dimana keprofesionalan mereka? Eeemmm sudah berbelit ayat saya… Saya bukan bersuara mengikut hati tetapi secara ilmiah.

Pada mulanya, ummuhaq memang terasa yang sifutaj tidak professional. Tetapi apabila direnungkan kembali, urusan sifutaj sangat banyak dan padat. Jika kami tidak ikut serta, boleh dihitung dengan jari hanya beberapa malam sahaja masa untuk bersama keluarga. Seperti waktu kerja yang ditetapkan sudah tidak diguna pakai lagi. Jadi bagaimana dengan anak saya? Adakah tugas mendidik dan mengurus rumahtangga hanya kepada saya dan ibu-ibu yang ditinggalkan suami? Adilkah begitu?

Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa, keretakan rumahtangga hari ini ialah faktor yang saya nyatakan tadi. Saya mula memerhatikan keadaan sekeliling dan insan-insan yang saya kenali. Ada sebahagiannya, sudah pun bercerai-berai dengan 1001 alasan. Setelah saya memahami mereka ialah mereka sudah tidak mempunyai komunikasi yang berkesan kerana terlalu jarang bersua muka. hati mula berjauhan… Yang menjadi mangsa ialah anak-anak… Apa daya saya? Kerana itulah wujudnya blog saya ini, saya ingin membantu dan berkongsi kepada semua orang selagi terdaya…

Jan
29

hijab

I dwelled in wilderness

I swam in a dark sea

I treaded with a blindfold

And got entangled

But I found a rescuer

That gave me dignity

It shielded me from harassment

It protected me from assault

It gave me pride and modesty

I reclaimed my honour

It earned me integrity

And placed me in a class

Only the faithful appreciate belonging

A rare garment

A unique one at that

My Hijab my pride!

They say am old fashioned

They call me a Ninja

They say am uncivilized

They go ‘this is barbaric’

‘I can’t imagine myself in that thing’

But I smile with assurance

For that ’thing’ is my insurance

And am glad to include it in my dress code

shun condemnation

And rebuff rebuke

I remain undaunted

I walk with so much conviction

With no iota of doubt

‘Cos am on the right course

My Hijab my companion

My Hijab, my pride!