
Sejak jadi housewife+pengarah qulhaq ni, aku macam terlebih rajinlah pula.. masak itulah, inilah… da jadi macam ummi. 2 hari lepas aku buat onde2. Hari ni buat talam berlauk, eh aku tak buat kat dalam talam tapi kat periuk tanah. So tukarlah periuk tanah berlauk. Rasa dia? Aku terkurang garamlah, so tawar sikit but still delicious hehe.
Bahan2:

Santan 200ml + 100 ml air (santan ni pekat kak ooi)
Tepung beras 60g (aku letak gambar, sebab ade org x kenal tepung beras)
Garam 1 sudu teh
100 gm daging nak guna udang pun boleh. Ikutlah ape yang disuka… nak letak kaki ayam pun boleh hehe…
50 gm daun bawang-dihiris halus
1 sudu teh garam
*2 biji cili merah
*1 tangkai daun sup
(*dicincang)
Cara-cara
- Bancuh tepung beras dengan santan hingga sebati. Masukkan garam & dkacau rata.
- Kacau atas api perlahan hingga naik wap. Ketepikan daro api.
- Kemudian masukkan cili, udang, daun bawang & sup. Kacau hingga adunan rata.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang yg telah disapukan dengan sedikit minyak. Kukus selama 25 minit. Enak jika dihidangkan dengan sos cili.
Selamat mencuba dan memakan

(1 orang)
Bahan-bahan:
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
4 biji cili padi
4 ekor udang
2 biji baby carrot
Brokoli (agak-agak saiznye)
1 mangkuk nasi
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukup rasa
Cara-cara:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi. Agak dah garing, masukkan udang dan baby carrot.
2. Kemudian masukkan nasi dan brokoli, gaulkan.
3. Apabila brokoli kelihatan sudah masak, tutup api dapur masukkan garam dan lada sulah.
Mudahkan!

Ini resepi bubur sunan yang enak. Kebetulan saya pergi di salah sebuah pasaraya dan ternampak buah avocado. Tidak pernah rasa, jadi teringinlah… 3 biji RM 8. Mahalkan? Teringin nak rasa punya pasal, belilah juga. Bila dah dapat makan, rupanya tidak mengikut aliran citarasa tekak melayu saya dan suami. Jadi, suami terus buka internet untuk mendapatkan maklumat tentang buah ini. Rupa-rupanya ia kategori sayur. Kebetulan, bubur sunan belum masak jadi saya tawakal masak bubur ayam avocado. Sebab tu jadi YAMAVO :D. Kemudian, saya sebagai ibu perlulah merasainya terlebih dahulu. Rupa-rupanya sedap… Berselera sunan.
Bahan-bahan:
2 sudu besar beras perang
3 sudu besar ayam kisar / tumbuk
2 sudu besar avocado
Sedikit garam
Cara-caranya
Masak beras perang terlebih dahulu, apabila nasi sudah kembang masukkan ayam. Kemudian masukkan avocado dan sedikit garam.
Bahan-bahan:
3 sudu minyak masak
3 sudu cili giling
1 cawan daging kisar
1 botol kecil sos tomato mushroom prego
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil parsley
1 sudu kecil rosemary
Cara-cara:
1. Tumiskan cili giling bersama daging kisar, setelah agak garing masukkan sos prego.
2. Masukkan kesemua serbuk.
3. Sudah siap, boleh dihidangkan.
p/s: mudah je masak pasta ni, bagi mereka yang budget dan tiada masa untuk masak berjam-jam boleh masak pasta selera melayu ni. Itulah kan, kalau dah tekak orang Melayu… yang Itali punya makanan kena ubah selera orang Melayu.