Archive for the Category »Petua «

Jan
05

 

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اْسْمِهِ شَيْئٌ فِي الْاَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَالِيْم.

 

Ayat ini bagus di baca selalu dan diamalkan, terutama sebelum makan, sebelum tidur, sebelum meninggalkan rumah, ketika menaiki kenderaan dan pada ketika bimbang berlaku sebarang kemudaratan dan masalah. Doa ini juga boleh menangkis perbuatan sihir. Ia juga terdapat di dalam al-Ma’thurat.

Jan
01

sunan-20hr

Begitu ramai bakal-bakal ibu begitu teruja untuk mendapatkan anak yang cantik, begitulah juga dengan saya. Semasa mengandung saya membaca banyak buku dan majalah, tidak kira berkaitan dengan saya atau pun tidak. Saya telah menghabiskan masa dan wang saya dan suami dengan buku. Kemudian saya terjumpa buku yang berkaitan kesihatan iaitu berkaitan makanan yang sihat mengikut cara Rasulullah s.a.w. Apa yang saya jumpa ialah biasanya ibu orang-orang lama mengandung tidak begitu menggalakkan memakan buah tembikai merah, tetapi apa yang saya dapati sebaliknya pula bahkan digalakkan kerana bukan sahaja buah tembikai kaya dengan air tetapi mampu memberikan impak kepada anak yang dikandungkan. Eeeemmm saya rasa mungkin ada benarnya… Dikatakan anak yang menjadi cantik paras rupa dan akhlaknya. InshaAllah

Dec
03

Bahan-bahan:
1 sudu besar susu tepung
5 titik air

Cara-caranya:
Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan sapukan di ke seluruh wajah. Biarkan kering sehingga 20 minit. Kemudian basuhkan wajah anda dengan air suam.

Cara lain untuk melembabkan muka.

Bahan-bahan:
1 biji tomato (dilenyek)

Cara-caranya:
Sapukan tomato tersebut ke muka dan di biarkan sehingga kering di muka. Kemudian basuhkan dengan air suam.

Selamat mencuba!

Nov
26

Ramai kaum hawa pening untuk mencari produk kecantikan apakah yang terbaik dan sesuai untuk kulit muka. Ada di antara kita memperuntukkan wang sehingga ribuan ringgit untuk merawat wajah. Ummuhaq pula terbalik, tidak berapa ambil kisah sangat pasal kulit muka. Saya hanya memperuntukkan wang hanya RM 5.90 (sabun taharah) yang tahan berbulan-bulan sampai kadang-kadang tu sampai 3 bulan. Saya sebenarnya lebih suka guna yang semula jadi. Mungkin anda boleh mencuba petua saya ini:

1. 2 inci daun betik
2. 1 genggam beras
3. Air
4. 1 inci kulit kayu manis

Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman, setelah kembang tumbuk @ kisar dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis.

Setelah siap, sapukan di seluruh wajah dan biarkan kering lebih kurang 15-20 minit kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci dengan air suam.