Archive for the Category »Kesihatan «

Sep
01

Assalamu’alaikum wbt.

Hehe… sekarang dah jarang update kan? Busylah… busy kemas rumah sebab ade tukang sepah, busy cari baju raya (haha baru minggu 1 da sibuk cari baju raya), busy shopping di bazar Ramadhan, busy cari cermin mata mr big bos (coz sunan dah patahkan cermin mata papa tanpa perasaan bersalah!) & contact lens i (mr big bos cerewet dgn design & harga cermin mata, dia sibuk cari yang ‘nice’ & murah) dan busy macam2 lagilah… I punya busy sampai nak pegi salon rambut pun tak sempat, sampai kak erin (owner NaQueen Beauty & Spa) call i tanya tak nak datang dah ke nurul… mungkin dia ingat aku dah lari pegi salon lain kot. Tak mungkin aku tukar salon tempat lain sebab mahal! Tempat kak erin je yang murah..

Oh ya! Tahniah buat kak Shakilah coz baru je dapat baby girl namanya Nur Qistina 2.8kg 28.08.09 subuh. Dan untuk kak Nur Akmawati bakal bersalin yang tak tau bila baby girl tu nak kuar coz patutnya 29.08.09. Agaknya dia suka stay kat dalam perut je kot sebab boleh melekat je dengan umminye coz kalau da deliver, abes pantang kena tinggal dengan pengasuh (ala bb keluarlah cepat, ummi dan ayah dah tak sabar nak menatap wajahmu yang cute miut).

Kemudian, sempena dengan tahun ramai orang dapat baby ni… aku nak bagi moral support kepada sekalian ibu. Berikanlah susu ibu yer… kalau tak faham in Malay lang, i speak English lang. la sikit walaupon aku ni tak pandaikan… Breastfeeding. Jangan gopoh untuk mengambil jalan mudah iaitu susu botol.

Bukan ape… kesian aku tengok anak-anak kita yang diberikan susu botol i mean susu lembu. Kalau susu ibu di bagi dengan botol tak pe… yelah antumkan bekerja so simpan stok susu ibu, aku bangga melihat ibu yang bersusah payah untuk menyimpan stok susu ibu kerana tidak sanggup memberikan susu lembu. BANGGA SANGAT!

Peringkat awal penyusuan ibu kepada bayi anda, mungkin anda sangka tidak banyak susu dapat dihasilkan. Jangan risau, apa yang Allah anugerahkan kepada kita itu sesuai dengan bayi perlukan. Dan peringkat awal mungkin akan merasa sakit dan ada sebahagiannya di antara kita mengeluarkan darah dan bukan susu. Jangan berputus asa, teruskan juga penyusuan itu dan jangan gabra yer… Kita perlu melihat jauh ke depan dan niat: “aku bersusah payah sekarang untuk memberikan susu ibu dengan harapan aku tidak susah di masa akan datang”. Sepanjang penyusuan banyakkan selawat dan amat bagus sekali dengan diiringi bacaan atau mendengar bacaan ayat al-Quran.

Kita semua dah maklum tentang khasiat susu ibu jadi mengapa susu lembu yang menjadi pilihan. Sedangkan bayi itu anak kita, mengapa tidak kita yang memberikan susu yang sememangnya anugerah Allah buat anak-anak kita. Aku pun tak nak berceloteh panjang, aku sendiri pun tak tahu anak yang ke2-3-4 akan datang sama ada aku kuat semangat untuk teruskan susu ibu atau tidak. Apa2 pun kita semua berdoa untuk memberikan susu anugerah Allah ini kepada anak-anak kita. Chayo’2 kuatkan semangat untuk berjuang memberikan susu anugerah Allah ini kepada anak-anak kita!

Feb
19

stress

Apabila kita stress dan berada di dalam keadaan yang tidak tenang seperti benci, marah, dendam, angkuh dan segala yang bersifat negatif maka badan dan otak-saraf kita terpaksa mengeluarkan bahan-bahan kimia yang dipanggil adrenaline dan cortisone.

Kimia-kimia ini wujud seperti racun (toxins) yang mempunyai empat kesan buruk iaitu:

Ø      Merosakkan sel dan tisu, serta menganggu gugat fungsi pelbagai enzim dan asid amino.

Ø      Mengalirkan tenaga untuk respon lawan, lari atau survival.

Ø      Menggunakan terlalu banyak tenaga (glukos), vitamin, zat galian dan enzim kerana emosi negatif memerlukan lebih banyak tenaga dari emosi yang tenang.

Ø      Menggunakan banyak bekalan oksigen untuk gerak-geri badan dan tubuh yang geram, muka marah serta jeritan dan perasaan keras. Dalam keadaan ini bekalan oksigen ke otak akan berkurangan.

Akibat dari kesan buruk di atas ialah:

Ø      Banyak bahan-bahan yang diperlukan untuk fungsi intelek terpaksa digunakan (terbakar) untuk tenaga yang keras, kuat atau marah.

Ø      Tubuh bacan, sel dan tisu mudah rosak.

Ø      Mudah letih.

Ø      Keuzuran lambat pulih.

Ø      Susah faham, cepat lupa dan tidak mampu untuk konsentrasi.

Ø      Menjadi kebiasaan untuk mudah marah, benci, dengki, jahat dan segala emosi negatif akan menjadi respon tabii yang mudah tercetus.

Ø      Susah dan sukar mendapat ketenangan.

Ø      Mudah mendapat penyakit seperti darah tinggi dan jantung.

Sekarang kita sudah faham mengapa Islam menganjurkan kepada umatnya supaya banyak bersabar. Dan orang yang bersabar tempatnya ialah di sisi Allah dan menjadi hamba yang paling di kasihiNya. Seperti di dalam firman Allah yang bermaksud:

Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.

Surah Ali Imran: 146

Berbalik kepada perkara di atas, kita berfikir melalui fungsi dan tugas otak. Otak yang nisbah beratnya adalah 2% hingga 5% dibandingkan dengan berat badan, memerlukan lebih dari 20% nisbah bekalan oksigen. Jika berkurangan fungsi otak kita akan terjejas dan tergugat seperti mula pening, pelupa, mengantuk, pengsan, sawan, koma atau mati. Apabila kita mudah stress, marah, geram, benci dan khianat maka fungsi otak kita akan mudah terjejas.

Oleh itu, antara cara boleh meningkat kesabaran apabila menempuh pelbagai cabaran kita sama-sama praktikan cara berikut:

Ø      Selalu bernafas yang mendalam (deep breathing).

Ø      Bernafas secara rentak (rhythmic breathing).

Ø      Sering lakukan: bernafas dalam kiraan 7; tahan nafas dengan kiraan 7, lepaskan nafas dalam kiraan 7. Ulanginya lagi.

Ø      Selalu amalkan latihan bernafas di atas sambil berzikir.

Ø      Berdiri dan tolak tangan dan kaki (stretch) sejauh-jauhnya (stretch body, hands and legs) bertahan dalam keadaan tersebut dalam kiraan 15-20. Ulang 3-5 kali atau lebih.

Ø      Dalam keadaan duduk, kita buat latihan tekanan otot tangan, leher dan peha.

Feb
02

sihat ceria

Perkara-perkara di bawah adalah petua dari Imam Syafi’i

4 perkara menguatkan badan

1.       Makan daging

2.       Memakai haruman

3.       Kerap mandi

4.       Berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan

1.       Banyak berkelamin (bersetubuh)

2.       Selalu cemas

3.       Banyak minum air ketika makan

4.       Banyak makan bahan yang masam

4 perkara menajamkan mata

1.       Duduk menghadap kiblat

2.       Bercelak sebelum tidur

3.       Memandang yang hijau

4.       Berpakaian bersih

4 perkara merosakkan mata

1.       Melihat najis

2.       Melihat orang dibunuh

3.       Melihat kemaluan

4.       Mebelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran

1.       Tidak banyak berbual kosong

2.       Rajin bersugi (gosok gigi)

3.       Bercakap dan bergaul dengan orang soleh

4.       Bergaul dengan ulama’

Jan
06

Aktiviti membasuh organ-organ manusia yang selalu terkena debu jelas merupakan sebuah puncak nilai penting kesihatan secara umum. Bahagian-bahagian tubuh ini sepanjang hari terdedah terhadap berbagai jutaan mikrob yang mengerikan dalam setiap sentimeter kubik udara. Mikrob selalu bersiap untuk menghancurkan tubuh manusia melalui sel-sel kulit di daerah-daerah yang terbuka. Dan ketika wuduk, mikrob-mikrob ini secara tiba-tiba akan tersapu bersih dari permukaan kulit, apalagi diiringi dengan menggosok yang baik dan menyempurnakan wuduk.

-          Berkumur

Sains moden membuktikan bahawa berkumur menjaga mulut dan tekak dari bermacam peradangan, melalui gusi dari penahanan, melindungi gigi dari mereput dan membersihkannya dengan menghilangkan sisa-sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi.

Selain itu, berkumur akan memperkuatkan sebahagian otot wajah dan menjaga kesegaran dan peredaran wajah. Berkumur juga merupakan sebuah senaman dasar  yang dikaji oleh ahli pendidikan olahraga. Senaman ini berguna untuk memberikan ketenangan jiwa pada seseorang jika dia mahir menggerakkan otot-otot mulutnya ketika berkumur.

-          Membasuh hidung

Sebuah penelitian ilmiah baru-baru ini yang dilakukan satu kumpulan doktor dari Universiti Alexandaria (Mesir) membuktikan bahawa majority orang yang selalu berwuduk, hidung bersih dan terbebas dari debu, bacteria dan mikrob. Sudah makruf adanya bahawa lubang hidung adalah salah satu tempat yang paling banyak diduduki oleh mikrob. Hal ini sangat digalakkan dilakukan sebaik bangun tidur kerana ketika tidur di lubang hidunglah didiami syaitan agar kita liat bangun menunaikan solat subuh.

-          Rahsia-rahsia lain

Penelitian ilmiah menunjukkan peredaran darah di hujung-hujung bahagian atas tangan dan kedua lengan, hujung bawah 2 kaki dan betis lebih lemah daripada organ-organ lainnya kerana terletak jauh dari pusat pengatur peredaran darah iaitu jantung. Oleh itu, membasuh semua hujung ini setiap kali wuduk, disertai dengan gosokan dengan hati-hati boleh memperkuatkan peredaran darah sehingga boleh meningkatkan semangat.

Selain itu, kajian membuktikan bahawa sinar uv yang menjadi punca kepada kanser boleh dikurangkan kesannya melalui kulit yang lembab dan selalu dibasahkan dengan air.

Sumber: al-‘Ijaz al-‘Ilmi fi al-Islam wa al-Sunnah al-Nabawiyyah dan Majalah al-Islah edisi 296.

Jan
05

smile1

Hasil kajian di Belanda oleh pertubuhan Greenpeace Belanda dan WWF-UK mendapati bayi di dalam rahim dicemari bahan-bahan kimia berbahaya yang tidak melekat, pencegah kebakaran, pewangi bahan kimia lain yang menjejaskan jantina.

Dalam kajian itu,  ujian ke atas darah yang diambil daripada tali pusat hampir 30 bayi baru lahir dan lebih daripada 40 ibu baru dianalisis bagi mengesan kewujudan 8 kumpulan bahan kimia, antaranya kesturi tiruan di dalam kosmetik, produk cucian, pencegah kebakaran di samping bahan kimia yang digunakan untuk membuat lapisan plastik dan pelapik tidak melekat serta kalis air.

Hasilnya? Setiap sampel darah ibu atau bayi yang diuji positif bagi sebilangan bahan kimia, kebanyakannya disyaki mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan seperti kecacatan bayi, kaganjilan organ pembiakan dan kanser tertentu.

Semua tali pusat mengandungi sekurang-kurangnya 5 daripada 35 bahan kimia yang diuji, sesetangahnya mengandungi sehingga 14. Darah 2 daripada ibu yang diuji mengandungi 17 daripada 35 bahan kimia tersebut. Kebanyakan bahan kimia ditemui di dalam produk yang kita semua gunakan setiap hari seperti cecair pencuci dan semburan, lapisan tin, pewangi, kosmetik malah botol susu bayi. Yang lain termasuk racun makhluk perosak yang diharamkan seperti DDT yang sudah lama wujud dalam alam sekitar.

Jan
05

 

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اْسْمِهِ شَيْئٌ فِي الْاَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَالِيْم.

 

Ayat ini bagus di baca selalu dan diamalkan, terutama sebelum makan, sebelum tidur, sebelum meninggalkan rumah, ketika menaiki kenderaan dan pada ketika bimbang berlaku sebarang kemudaratan dan masalah. Doa ini juga boleh menangkis perbuatan sihir. Ia juga terdapat di dalam al-Ma’thurat.

Jan
01

sunan-20hr

Begitu ramai bakal-bakal ibu begitu teruja untuk mendapatkan anak yang cantik, begitulah juga dengan saya. Semasa mengandung saya membaca banyak buku dan majalah, tidak kira berkaitan dengan saya atau pun tidak. Saya telah menghabiskan masa dan wang saya dan suami dengan buku. Kemudian saya terjumpa buku yang berkaitan kesihatan iaitu berkaitan makanan yang sihat mengikut cara Rasulullah s.a.w. Apa yang saya jumpa ialah biasanya ibu orang-orang lama mengandung tidak begitu menggalakkan memakan buah tembikai merah, tetapi apa yang saya dapati sebaliknya pula bahkan digalakkan kerana bukan sahaja buah tembikai kaya dengan air tetapi mampu memberikan impak kepada anak yang dikandungkan. Eeeemmm saya rasa mungkin ada benarnya… Dikatakan anak yang menjadi cantik paras rupa dan akhlaknya. InshaAllah

Dec
27


Di Amerika, kajian makmal yang diterajui oleh Environmental Working Group (EWG), sebuah kumpulan pemerhati awam yang beribu pejabat di Washington DC, telah mengesan 200 bahan kimia industri dan bahan cemar di dalam darah 10 orang bayi yang lahir pada bulan Ogos dan September 2004 di hospital.

Kajian yang menyukat toksin dalam tubuh manusia itu menguji setiap sampel darah tali pusat bagi mengesan 413 bahan kimia industri dan produk pengguna yang tidak pernah diuji. Ujian ke atas darah tali pusat selepas dipotong itu telah mengesan 287 bahan kimia, termasuk ramuan produk pengguna, bahan kimia industri yang diharamkan dan racun makhluk perosak.

Menurut laporan Body Burden - The pollution in newborns pada 14 Julai 2005, daripada 287 bahan kimia yang dikesan, 180 diketahui menyebabkan kanser pada manusia dan binatang, 217 beracun kepada otak dan sistem saraf dan 208 menyebabkan kecacatan kelahiran atau perkembangan luar biasa pada binatang yang diuji.

Dec
03

Bahan-bahan:
1 sudu besar susu tepung
5 titik air

Cara-caranya:
Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan sapukan di ke seluruh wajah. Biarkan kering sehingga 20 minit. Kemudian basuhkan wajah anda dengan air suam.

Cara lain untuk melembabkan muka.

Bahan-bahan:
1 biji tomato (dilenyek)

Cara-caranya:
Sapukan tomato tersebut ke muka dan di biarkan sehingga kering di muka. Kemudian basuhkan dengan air suam.

Selamat mencuba!

Dec
01

Bahan-bahan kimia ini ditemui dalam tubuh kita. Antaranya:

- Raksa (makanan laut)
- PAHs (pembakaran terbuka)
- Organoklorin (salutan tidak melekat)
- Dioksin dan duran (insinersi, pengeluaran plastik)
- PBDEs (perabot, elektronik)
- PCNs (pengawet kayu)
- PBBs (penebat elektrik)
- Triclosan (antibakteria)
- Kesturi tiruan (wangian)
- Ftalat (plastik)
- DDT (racun perosak)
dan banyak lagi.

Insha-Allah saya akan mengupasnya sedikit demi sedikit.