Author Archive

Sep
04

Saudaraku,

Janganlah engkau berputus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang Muslim. Ketahuilah kenyataan hari ini adalah mimpi hari semalam dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam di jiwa masyarakat kita. Walaupun fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan kuat selamanya.

Allah s.w.t berfirman, maksudnya:

“Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi bumi dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi  dan akan Kami perlihatkan kepada Fir’aun dan Haman serta tenteranya apa yang selalu mereka bimbangkan  dan mereka itu.” (Surah al-Qasas: 5-6)

Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan kita peluang untuk melakukannya. Dunia akan melihat dakwah kita adalah hidayah, kemenangan dan kedamaian yang dapat menyembuhkan ummat dari rasa sakit yang dideritainya. Setelah itu, tibalah giliran kita untuk memimpin dunia kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembali pada kita. Hanya Allah sahajalah satu-satunya harapan kita.

Bersiap dan bertindaklah, jangan tunggu hari esok kerana mungkin engkau tidak akan melakukan apa-apa.

Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti. Kita harus bertindak dan terus melangkah kerana kita tidak mengenal kata ‘berhenti‘ dalam berjihad.

Allah s.w.t berfirman maksudnya:

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, sungguh akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami.” (Surah al-Ankabut: 69)

Hanya Allah Zat Yang Maha Agung, bagi-Nya segala puji-pujian.

Sep
03

Jangan mudah rasa patah semangat dan putus asa. Itu bukan ajaran kita sebagai muslim

Fikirkan 1 perkara sahaja…

Kalau Allah mengizinkan orang2 kafir berjaya, mengapa tidak kita! Sudah tentu, kita adalah hamba yang mentauhidkan Dia. Perkara paling penting, terus tingkatkan usaha. Allah akan makbulkan hasrat kita.

Pedih? Sakit? Ujian bertimpa-timpa?

Begitulah orang lain (termasuk yang bukan Islam) nak meraih KEJAYAAN… Mereka jatuh terguling-guling, tapi kita tak nampak. Aku cakap ni pun untuk diri aku yang lembik dan gembeng (johor: mudah menangis). Yelah, iman kita ni tak sama dengan iman para nabi… bila time turun tu… rasa dah tak nak buat ape2 dah! Frust sesangat… tapi hati kita masih boleh dipujuk… Pujuklah hati kita dan berikan ganjaran setelah BERJAYA! Banyakkan membaca untuk mendapat inspirasi dan motivasi diri.

Aug
26

fatih

Fatih berusia 2 bulan

cheese

Hammad

anas

Anas (ayah teh) - owner camera mahal ni…

Kih kih… nak tunjuk gambar fatih terbaru jer…

Lama tidak berceloteh mengenai hal ehwal rumahku. Fatih berusia 2 bulan kini. Sudah mula ajak bersembang. Badan dia pun dah semakin gedebus, tangan aku dah terasa b’muscle2. Aku bagai tidak percaya, si fatih ni boleh semantap ini hanya dengan exclusive breast feeding. Berat badannya kini 5.8kg woo. Bulan lepas 4.6kg. Memang sungguh tak sangka sebab masa lahir 3kg sahaja.

Sunan? Dia semakin bijak beraksi seperti seorang abang. Dia seorang abang yang sangat baik dan penyayang (kenapa aku macam skema je ni?) Awal kewujudan sunan fatih, memang dia tak boleh duduk diam, seakan-akan cemburu. Disebabkan kebijaksaan aku menjalankan tugas sebagai MAMA (kah kah adakah ini versi riya’, ujud, takbur, sombong & bongkak?), hasil didikan ummi terchentalah…. sunan sudah tiada lagi perasaan cemburu tau! Malah, mereka tidak boleh dipisahkan hatta di kamar peraduan (ke beraduan ek? ape2 je lah). Mereka tidur berpelukan tau. Seronok melihat mereka bersama.

Papa dan mama (akulah tu…) sekarang semakin sibuk dan terkejar-kejar. Papa sibuk dengan urusan sekolah di samping membantu aku menjalankan urusniaga. Aku sibuk meng’edit’ buku yang akhirnya JAHANAM, disebabkan komputer kesayangan keluarga aku ni buat hal. Aku meraung!!! (ni yang banyak keluar ayat skema, sebab sedang bersedih… sungguh sedih)

Untuk makluman anda, anas sudah pun kembali ke bumi Kinanah dengan hanya meninggalkan tapak kaki buat kenang-kenangan kami di sini. (Budak ANAS, belajar betul2 ingat harapan akak dan family di sini. Ingat, kami b’usaha keras nak tengok anas jadi DOKTOR. Tapi, akak tahu anas lagi berusaha keras sampai nak meletup kepala otak tu kan? kan? kan?). Jumpa lagi 2 tahun ye adik anas… Ingat…

mama

Aku & Fatih

sunfa

SUNAN HAMMAD & SUNAN FATIH

Category: Diari  Tags: ,  Leave a Comment
Aug
20

Ini adalah salah satu artikel pengiring dari tiga artikel pengiring sebelum artikel utama Alter Terahsia Bangsa Melayu yang akan diterbitkan seawal-awalnya minggu hadapan.Srikandi akan mengulas tentang maksud di sebalik nama ‘Melayu’ dan misteri di sebalik nama itu.Apakah sebenarnya nama Melayu ini?Adakah ia bermaksud bangsa atau bahasa?

Pada hari ini penyakit buta kepada warisan dan jatidiri bangsa sendiri menyebabkan ada di antara anak-anak Melayu ‘goyang’ apabila ditanya oleh kaum lain tentang maksud Melayu,sehingga mereka pula seolah-olah mengajar dan memberitahu anak-anak Melayu ini sejarah bangsa mereka.Ada yang meneka-neka dan memandai-mandai membuat kenyataan sendiri sehingga terkeliru sendiri.Srikandi akan cuba mengupas masalah ini dari pelbagai sudut.

Namun,tidak dinafikan manusia menjadi musuh kepada apa yang masih belum difahaminya.

Terlebih dahulu saya ingin jelaskan tentang pengertian Bani Jawi dan Melayu itu sendiri.Ini kerana ramai di antara kita masih keliru sehingga ada juga yang menganggap perkataan Melayu ini merujuk kepada bahasa,sehingga tiada langsung apa yang dikatakan bangsa Melayu.Ini pandangan yang ekstrim,kerana kerana setidak-tidaknya bahasa Latin yang menjadi bahasa perdagangan dan kesusasteraan Eropah akibat penguasaan Empayar Rom itu sendiri dapat ditelusuri asal-usulnya,iaitu dari Semenanjung Itali,bagaimana dikatakan Melayu itu hanya bahasa dan bukan mewakili satu bangsa atau setidak-tidaknya satu suku kaum?Bahasa Perancis adalah dari orang-orang Franks,bahasa Inggeris berasal dari sukukaum Angles;datang ke Briton (nama lama kepulauan Inggeris) dari Tanah Jerman bersama sukukaum Jerman yang lain seperti Jutes dan Saxons.Bahasa Sepanyol dari ‘Spaniards’ dan bahasa Rusia dari keturunan Caucasian,Viking dan Norseman yang bergaul dengan bangsa-bangsa nomad di padang rumput Steppe di dataran-dataran luas Siberia sehingga melepasi banjaran Caucasus dan sungai Volga,jadi adakah bahasa Melayu berasal dari bangsa ‘alien’ yang datang dari planet Zargus??Fikirkan.

Ada juga yang berfikiran singkat mengatakan perkataan ‘Melayu’ itu diberi oleh orang Inggeris ketika menjajah Tanah Melayu.Ini adalah pendapat yang kurang berpendidikan kerana orang-orang Melayu masih menjaga warisan sejarah sehingga kesultanan mereka dan adalah tidak logik sehingga nama bangsa sendiri pun boleh terlupa sampai terpaksa bangsa lain membubuhkan nama bangsa mereka.Lainlah orang-orang Melayu menjadi seperti orang-orang di Kepulauan Filipina yang dicabut akar budaya mereka sehabis-habisnya,warisan mereka dimusnahkan,raja-raja mereka dibunuh dan mereka dipaksa menganut agama Kristian sehingga semua ini menjadi satu tragedi yang amat malang bagi mereka yang asalnya adalah bersaudara dengan orang-orang Melayu.Mujurlah masih terdapat sukukaum di Filipina yang kurang menerima kesan penjajahan Sepanyol yang kejam ini seperti orang-orang Sulu (selalu digelar oleh penjajah sebagai Moro atau Moor-gelaran untuk bangsa Arab di Andalus atau Sepanyol ketika pemerintahan Islam di sana).Orang-orang Sulu inilah yang masih mempertahankan jatidiri mereka dengan keris-keris panjang mereka yang menggerunkan penjajah Sepanyol.

Siapakah Jose Rizal?Beliau ialah tokoh pejuang Filipina dan adalah memalukan seorang yang mengaku orang Filipina jika tidak mengenal Jose Rizal.Dan apakah yang dikatakan oleh Jose Rizal dalam salah satu pidatonya?

Beliau mengaku sebagai anak Melayu!

Kita mengenal beliau dalam sejarah kontemporari sebagai José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda atau Jose Rizal,seorang berbangsa ‘Filipino’,namun kita tidak tahu apakah nama ‘Melayu’nya yang tersembunyi.Ini samalah dengan saudara-saudara kita di Selatan Thai yang dipaksa memakai nama Thai dan terpaksa menyembunyikan identiti sebagai orang yang berbangsa Melayu Pattani.Perkataan Filipina itu sendiri berasal dari nama seorang raja Sepanyol iaitu Phillip Kedua yang memerintah Sepanyol pada 1556 hingga 1598.Jadi kita boleh tahu bahawa bangsa ‘Filipino’ itu hanyalah khayalan penjajah sahaja dan ini boleh dilakukan dalam keadaan penduduk Kepulauan Filipina itu dipaksa menjadi orang Sepanyol,berbahasa Sepanyol,menganut agama Kristian,membunuh sultan dan raja mereka yang memegang khazanah warisan bangsa,membumihanguskan kediaman mereka berserta kitab-kitab dan khazanah-khazanah diraja.Namun kita akan tahu nama asal Kepulauan Melayu ini dari penemuan arkeologi di Filipina.Salah satunya yang paling terkenal ialah Laguna Copperplate.

jose_rizal_01

Jose Rizal

Wahai saudara saudariku Bani Jawi,

Bila saya menuliskan tentang ‘Bani Jawi’,ini termasuklah semua kaum-kaum yang menggunakan bahasa yang mempunyai tatabahasa dan kemiripan di antara satu sama lain.Pakar-pakar linguistik menamakan bahasa-bahasa ini sebagai Malayo-Polynesia.Kaum-kaum ini berasal dari induk mereka yang misteri.Bani Jawi adalah satu kumpulan kaum-kaum yang menggunakan bahasa Malayo-Polynesia ini.Kaum-kaum ini yang dikesan menggunakan lingkungan bahasa ini terdapat di kawasan tasik di pedalaman Jepun,Taiwan,Asia Tenggara (’Homeland’ Bani Jawi) ke timur mencapai pulau-pulau Pasifik seperti Hawaii,ke bawah mencapai pulau-pulau Papua,Solomon,New Zealand dan Fiji mendekati Australia (sebelum penjajah Inggeris tiba di sini,Australia diduduki oleh kaum aborigine Austronesian).Ke barat sehingga menjangkau Madagaskar berdekatan Benua Afrika.Selain dari Bani Jawi di sekitar Indonesia dan Malaysia,kebanyakan kaum-kaum Bani Jawi yang diluar lingkungan ini telah terasimilasi dengan teruk ketika penjajahan dan terputus dari warisan induk mereka.Di sini kita faham bahawa Bani Jawi yang menduduki Kepulauan Indonesia dan yang terdapat Malaysia adalah Bani Jawi yang berbeza;mereka adalah dari kelompok yang berjaya menjaga warisan moyang mereka,lebih bijak dan berfikiran luas.Bani Jawi di sini juga berjaya memegang tampuk pemerintahan politik dan berkuasa atas tanah-tanah mereka,tidak seperti yang terjadi kepada Bani Jawi yang lain terutama di Pasifik.Di sini kita tahu satu rahsia.

Bani Jawi yang kini mewarisi apa yang dinamakan ‘Indonesia’,'Malaysia’ dan ‘Brunei’ adalah mereka yang dekat dengan ‘induk’ Bani Jawi.Mereka juga masih mempertahankan budaya,bahasa dan raja-raja mereka.Fikirkan,jika mampu,adakah penjajah Inggeris dan Belanda bersimpati untuk mengekalkan budaya,bahasa dan politik penduduk tanah-tanah jajahan mereka?Jika kita katakan Sepanyol lebih kejam kerana ‘mensepanyolkan’ orang Filipina,bagaimana dengan Australia?Penduduk aborigine dinafikan hak mereka sebagai pribumi Australia yang asalnya adalah tanah mereka,fikirkan dari manakah manusia aborigine ini boleh wujud di Australia jika tidak ada moyang mereka yang bijak dalam ilmu pelayaran?

Australia telah menjadi negara orang-orang Inggeris.Ini adalah fakta pada hari ini.

SEBENARNYA JIKA BOLEH,ORANG-ORANG BANI JAWI DI INDONESIA,MALAYSIA DAN BRUNEI MAHU DIHAPUSKAN TERUS IDENTITI KEMELAYUAN MEREKA ,tidak kira di’Inggeriskan’ atau di ‘belandakan’.Namun ini tidak terjadi semudah itu dan hakikatnya telah gagal.Para penjajah ini tidak mampu melakukan begitu kerana masih ada warisan Bani Jawi yang gagah perkasa berdegil mempertahankan warisan mereka.Kita boleh faham mengapa bahagian Selatan Filipina masih kuat pengaruh ‘kemelayuannya’ terutama orang-orang Tausug yang masih diluar pengaruh ‘kristianisasi dan pensepanyolan’.Sebab itu mereka masih berkuasa melancarkan pemberontakan.Dari Luzon hinggalah ke Visayan,penjajah Sepanyol telah menjarah budaya ketimuran sehingga mereka menjadi amat lemah dan pasrah dengan ‘takdir’ yang menimpa diri mereka,tetapi ini cuba ditentang oleh penduduk di selatan atau lebih tepat di pulau Mindanao.Puak-puak pemisah cuba untuk menentang ’saudara’ mereka yang telah hilang identiti dan menjadi ‘makhluk’ lain.

Siapakah Gloria Macapagal Arroyo?Apakah kaitan beliau dengan penduduk Sulu?Moyang kepada moyang beliau mungkin kenal siapakah sultan-sultan Manila dan Visayan juga raja-raja Mindoro dan Samar.Sultan-sultan Sulu?Jika moyang kepada moyangnya tidak kenal Kesultanan Sulu maka sudah tentu nama ‘Macapagal’ itu tidak ada.Bolehlah digantikan dengan ‘Fernando’ sebagai contoh menjadi Gloria Fernando Arroyo sahaja.Mungkin Presiden Filipina itu berasal dari Lisbon atau conquistador yang menjajah Filipina.Tetapi perkataan ‘Macapagal’ itu sendiri menimbulkan misteri yang tidak berkesudahan tentang asal-usul orang-orang di Filipina.

Beliau ialah cucu-cicit Raja Lakandula yang memerintah Manila sebelum penjajah Sepanyol merampas wilayah itu darinya.Tanyakan dia siapa Raja Sulaiman yang membantu moyangnya menentang Sepanyol.Moyang beliau beragama Islam dan kota Manila itu sendiri berasal dari kata “Amanillah” bermaksud “di bawah keamanan Allah”.Lakandula adalah gelaran raja-raja Melayu di Kepulauan Filipina pada zaman dahulu.

Mempelajari sejarah keturunan presiden Filipina itu sendiri mampu memberi pengajaran yang tidak sedikit kepada kita.Bahasa dan gelaran bangsawan Melayu di kepulauan Luzon,Mindanao dan Visayan memberikan kita gambaran sejarah Melayu yang digelapkan di pulau-pulau utara Sabah itu.

Kita boleh lihat pengaruh Melayu dan Polinesian yang bercampur aduk dalam bahasa Tagalog.

tagalog

*Pahlawan Tausug/Sulu yang gagah berani

Mengapa penduduk ke selatan ‘tidak makan saman’ dengan kekejaman conquistador Sepanyol?Cuba perhatikan budaya dan semangat orang-orang Tausug/Sulu.Perhatikan betapa penduduk Luzon telah berjaya ditukar menjadi makhluk lain,kita mungkin tidak boleh menyalahkan kelemahan mereka kerana armada penjajah Sepanyol mungkin bertumpu di Luzon dan tidak mampu mencengkam pengaruhnya di Mindanao yang jauh ke selatan.Tetapi keris-keris panjang pahlawan Sulu mampu menceritakan perit getir mereka melawan Sepanyol.Gloria Macapagal Arroyo mungkin sudah melupakan keris Sulu ini (yang mungkin pernah dikucup moyangnya ketika menentang conquistador Sepanyol) namun bukan orang-orang di Jolo.

keris-sundang-sulu*Keris panjang atau Keris Sundang Sulu

Adakah Inggeris lebih bermurah hati dan ‘kasihan’ dengan Bani Jawi di Tanah Melayu?Adakah Belanda bersimpati dengan Bani Jawi di Sumatera dan Jawa?TIDAK SAMA SEKALI.Cuba baca kisah kaum Red Indian Cherokee yang dihalau dari tanah tumpah darah mereka di benua Amerika.Mereka dihalau beramai-ramai oleh penjajah Inggeris yang mahu menubuhkan Dunia Baru mereka.Beribu-ribu orang mati dalam pelarian termasuk kanak-kanak dan wanita.Apa sudah jadi pada identiti kaum Red Indian pada hari ini?Hanya logo ‘Apache’ sahaja masih tertinggal pada helmet budak-budak rempit Melayu yang leka menyabung nyawa di jalan raya.Mereka sudah hilang tanah dan identiti.Mereka semakin terhimpit di bumi nenek moyang mereka.Pelajarilah semua ini.

Namun,pelajaran paling hampir ialah di Filipina.Tersangat hampir.Jika pemimpin Umno masih berkeras berpolitik sehingga beribu-ribu warga India dan China boleh ‘lesap’ tanpa dikesan di negara mereka ditambah pula PKR yang makin liberal dan PAS yang lupa perjuangan sebenar (sebagai contoh),50 tahun lagi orang-orang Melayu yang dungu ini akan hilang kuasa politik mereka secara terhina dan memalukan.

Moralnya ialah,semangat mahu mempertahankan agama,bangsa dan tanahair telah memotivasikan Bani Jawi di ‘Indonesia’ dan ‘Malaysia’ supaya kekal mendaulatkan budaya dan bahasa mereka.Jika mereka lemah,mungkin anda dan saya tidak lagi bergelar Melayu.Dan tidak lagi berbahasa Melayu.HANYA BANGSA YANG BENAR-BENAR SABAR DAN KUAT SAHAJA MAMPU MENGEKALKAN KEWUJUDANNYA SETELAH DIJAJAH DAN DIJARAH OLEH PELBAGAI PENJAJAH BERATUS TAHUN.

Polinesia adalah istilah dari Greek yang bermaksud ‘banyak pulau’.Ini menerangkan Kepulauan Melayu sehingga ke pulau-pulau Pasifik.Dari segi terminologinya ia bermaksud Kepulauan Pasifik,menjangkau Pasifik Tengah dan Pasifik Selatan.Ia adalah satu daripada tiga bahagian;yang lainnya ialah Melanesia dan Micronesia.Austronesian ialah kelompok keluarga bahasa paling terbesar di dunia,dahulunya dikenali sebagai Malayo-Polynesian.Setelah pakar bahasa memasukkan bahasa Formosan (juga berasal dari bahasa para pelayar Melayu yang tiba di Taiwan beratus-ratus tahun yang lampau) ke dalam keluarga bahasa Malayo-Polynesian,kini ia digelar keluarga bahasa Austronesian.Ini adalah salah satu daripada keluarga bahasa terbesar di dunia berdasarkan jumlah bahasa melebihi 700 bahasa dan keluasan geografinya.Bahasa Cham di Vietnam dan Kemboja,bahasa Malagasy di Madagascar dan bahasa Tagalog di Filipina adalah dari keluarga Malayo-Polynesian.Perhatikan terminologi para pakar bahasa ini yang mengesan rahsia bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu dan Pasifik ini.’Malayo’ adalah ciri-ciri bahasa ‘Western Malayo-Polynesian’ seperti bahasa Melayu,Sunda dan Jawa.Ini bahasa Bani Jawi yang standard,maju dan dinamik.’Polynesian’ pula adalah lebih kepada bahasa-bahasa kaum aborigine Pasifik.Anehnya,terdapat persamaan dari segi struktur bahasa dan peraturan tatabahasa antara bahasa Melayu/Indonesia dengan bahasa-bahasa Pasifik ini,walaupun kosa kata mereka berbeza.Dan pasti ada kata-kata yang sama seperti perkataan ‘mata’,'batu’ dan sebutan angka-angka.’Lima’ adalah perkataan yang dominan.Orang Samoa juga menyebut angka ‘Sepuluh’ sama seperti kita di sini.Sebutan angka dalam Tagalog mirip sebutan dalam bahasa Jawa.Ringkasnya ‘Malayo’ adalah ciri-ciri Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perpaduan Indonesia,Brunei dan Malaysia dan ‘Polynesia’ merujuk kepada bahasa-bahasa sukukaum aborigine Pasifik.

Sesungguhnya terdapat misteri di sini.Apa kaitan orang-orang aborigine di Malaysia seperti Orang Asli,Dayak,Jakun dan sebagainya dengan aborigine Pasifik seperti Hawaii,Samoa,Fiji dan lain-lain?Dan APA KAITAN SEMUA ABORIGINE INI DENGAN ORANG JAWA,SUNDA DAN MELAYU?Anda akan mendapat kunci rahsia ini dalam artikel utama ATBM “Austronesian dan Polinesia”.

Sesetengah saudara Bani Jawi kita di Indonesia menganggap Melayu itu adalah satu sukukaum padahal cuba kita tanya,sukukaum Melayu itu adalah yang bagaimana?Pakaian orang Melayu tidak jauh beza dari pakaian etnik-etnik di Indonesia terutamanya di Pulau Sumatera.Orang Melayu juga berkeris seperti orang Sunda dan Jawa.Bahasa?Padahal loghat (slang) bahasa Melayu di negeri-negeri Malaysia juga berbeza.Cuba kita paksa orang Jawa bercakap dengan orang Kelantan,bagaimana rasanya (mungkin ini antara sebab Manohara tidak serasi dengan orang Kelantan,pendapat saya sahaja).Cuba teliti dialek pekat Kedah,Perak dan Terengganu.Orang luar mungkin merasakan orang Perak,Kelantan dan Kedah yang bercakap dialek pekat masing-masing dari tiga kaum berbeza.Samalah jika kita paksa orang Sunda bercakap dengan orang Aceh.Perbezaan loghat/dialek adalah sama,tidak kira di Indonesia atau di Malaysia.Jadi,di manakah ’sukukaum’ Melayu itu secara jelas?Apa yang Melayunya pemuda yang bernama Fahrin Ahmad jika dibandingkan dengan Ahmad Dhani?Apa Melayunya Siti Nurhaliza jika Kris Dayanti malu menjadi ‘Melayu’ dan suka disebut ‘bangsa Indonesia’?

songkok

Susilo Bambang Yudhoyono juga bersongkok sepertimana Sultan Mizan Zainal Abidin ketika kunjungan hormat mereka berdua.Jadi adakah Sultan Mizan lebih ‘Melayu’ dari Sosilo Bambang?Jadi dimanakah ‘Melayu’ itu?Adakah Sultan Mizan memerlukan penterjemah untuk memahami bahasa Presiden Indonesia itu?Jadi dimanakah ‘Melayu’nya Sultan Mizan?Adakah Siti Nurhaliza terpaksa belajar bahasa yang dituturkan oleh Kris Dayanti sebelum bekerjasama dengan beliau?Mengapa lagu-lagu dari seberang cepat popular di kalangan anak-anak remaja ‘Melayu’ Malaysia berbanding lagu-lagu pop HongKong?Jadi dimana ‘Melayu’nya itu?

SEBENARNYA TIADA APA YANG DINAMAKAN SUKUKAUM MELAYU.MELAYU ADALAH NAMA LAIN BAGI BANI JAWI.

Bani Jawi adalah nama yang diberikan bermula dari era Nabi Ibrahim menyunting seorang gadis misteri dari Timur Jauh.’Melayu’ adalah perubahan pada nama kaum di mana gadis misteri itu berasal.Dalam manuskrip purba,ada tercatat perkataan dasar ‘Mala’.Nama Mala inilah yang dibawa oleh kaum misteri dari Timur jauh itu.Ketika khabar tentang Mala sampai ke Tanah Kanaan,Madyan dan Parsi Kuno,nama ‘Mala’ ini berubah-rubah mengikut bangsa yang memanggil mereka.Orang-orang Assyria dan Media memanggil mereka sebagai ‘Mala-Yu’.'Yu’ adalah suffix dalam bahasa Avesta Purba (bahasa Avesta adalah asal-usul bahasa Sanskrit dan bahasa Jerman Kuno yang menjadi asas bahasa Inggeris/English itu berasal dari saduran yang ‘agak teruk’ dari Sanskrit sebab itu dari segi linguistiknya bahasa Inggeris terkelompok dalam keluarga bahasa Indo-European atau Indo-Iranian)

srivijaya_empire

Telah diterangkan sebelum ini dalam siri ATBM yang lepas bahawa bangsa Madyan (Media) yang mengasaskan bangsa Parsi (Iran pada hari ini) adalah berasal dari kaum Mada.Dalam istilah Assyrian dan Avesta,kaum ini dipanggil ‘Mada-YU’.Dalam Sanskrit (ingat,bahawa Sanskrit dan Avesta ibarat bahasa/dialek Kedah dengan bahasa/dialek Kelantan),’Malayu’ ini dipanggil ‘Malaiyu’ atau ‘Malai’.'Malai’ bermaksud ‘gunung’.Manuskrip purba China menyebutnya sebagai ‘Malai’ atau Mo-lo-yue’.

Dan orang Inggeris menyebutnya sebagai ‘Malay’.Ini lidah mat saleh.

Orang Perancis menyebut Malaysia sebagai ‘Malaise’,jadi jika hilang ’s’ itu atau hanya ‘Malay’ sahaja,mungkin pendekatan yang logik ialah ‘Malai’,sama seperti sebutan dalam Sanskrit.

‘Mala’ adalah nama asal kaum gadis misteri ini.Ia adalah nama kuno yang terahsia.

Keturunan Nabi Ibrahim a.s dengan gadis misteri tersebut ketika baginda berdakwah di Timur Jauh inilah digelar sebagai Bani Jawi.Baru-baru ini saya mendapat petunjuk dari ‘channeling’ saya,seolah-olah mengatakan bahawa dari enam anak hasil perkahwinan baginda dengan Siti Keturah,tiga orang telah dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s ke Tanah Kanaan,manakala tiga yang lain ditinggalkan di ‘Promised Land’ bersama ibu mereka.Perlu dingat,ketika itu tiada kapal terbang,jadi apabila Nabi Ibrahim berdakwah ke Timur Jauh,sudah tentu memakan masa bertahun-tahun,dan perkahwinan dengan orang tempatan adalah perkara biasa bagi lelaki yang merantau;tidak kira apa tujuan mereka,tambahan lagi nabi Ibrahim adalah lelaki terhormat,bijaksana dan punya pekerti mulia.

Inilah asal-usul perkataan ‘Melayu’ dari segi saintifik,sejarah dan akademik.Bukan ‘melayu’ seperti bunga layu,atau ‘lari’.Malah ‘Mala’ itu adalah sekuntum bunga yang mekar harum dari gambaran ‘channeling’ saya pada Khamis malam Jumaat Kliwon (siapa saya dan asal-usul saya ada di dalam temuramah selepas raya puasa yang lalu,cuba periksa…jadi adakah saya ini lebih ‘Melayu’ dari saudara saya di Yogyakarta?).

Tiada siapa yang lebih Melayunya.Semua kekeliruan adalah berpunca dari kebingungan para penjajah gelojoh berebut-rebut mahu melabel sesukahati tanah jajahan mereka.Apakah itu ‘Indonesia’?Suku kata ‘Indo’ itu sendiri menunjukkan kebingungan penjajah Belanda yang menganggap pulau-pulau Indonesia adalah orang-orang Keindiaan.Sama seperti kebingungan penjajah Eropah yang memanggil kaum-kaum aborigine Amerika sebagai ‘Red Indian’ kerana kekeliruan Columbus yang menganggap telah sampai ke India dan kekeliruan melihat warna kulit mereka disangkakan orang-orang India.Cuba kaji mengapa nama ‘Nusantara’ yang dicadangkan oleh seorang cendekiawan Indonesia ketika mahu menamakan nama negara itu hampir berjaya namun tertolak saat-saat akhir.Alangkah beruntungnya jika jiran kita itu adalah sebuah negara bernama ‘Nusantara’.Mungkin mereka lebih mesra dengan saudara mereka di sini dan tidak terlalu bermegah dengan nama yang diberikan oleh Belanda itu sehingga ada yang mahu menikam saudara mereka sendiri dengan buluh runcing.

Dalam hal ini seolah-olah Inggeris lebih berpengetahuan luas dengan nama orang-orang Melayu.Mengapa Belanda tidak mengenal kaum-kaum di tanah jajahannya sebagai ‘Melayu’?Padahal sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda yang menyaksikan pembahagian wilayah ‘Indonesia’ dan ‘Malaysia’,orang-orang dari pulau-pulau Sumatera,Jawa dan lain-lain bebas keluar masuk ke Tanah Melayu dan Benua Siam,begitu juga orang dari Tanah Melayu bebas membina keturunan di pulau-pulau Indonesia pada hari ini.Dari mana asal orang Aceh,Bugis dan Brunei?Ini rahsianya.

Bani Jawi di Indonesia menamakan bahasa mereka ‘Bahasa Indonesia’.Ini cuma istilah politik sahaja dimana pernah negara kita menamakan bahasa ini sebagai Bahasa Malaysia.Selepas itu kementerian menamakan semuala sebagai Bahasa Melayu.Di Indonesia,jika ingin membicarakan asal-usul bahasa Indonesia,mereka akan merujuk kepada istilah ‘Bahasa Melayu’ akhirnya.

Jadi,jika Melayu ini sukukaum,bagaimana satu sukukaum boleh menakluk seluruh Malaysia dan Indonesia dengan bahasa mereka?Bukan sahaja itu,seluruh Kepulauan Melayu dan Pasifik mematuhi ‘pattern’ bahasa mereka?Mengapa bukan bahasa Aceh atau Jawa menjadi lingua franca seluruh Nusantara?Ada yang mengatakan asal-usul Melayu adalah satu kerajaan bernama Kerajaan Malayu di Sumatera,namun kerajaan yang dilabel ‘Melayu’ itu hanya satu pemerintahan kecil sahaja.Bagaimana kerajaan kecil seperti itu boleh memaksa seluruh Nusantara supaya berbahasa dengan bahasa mereka?Fikirkan misteri ini,sebab itu saya katakan Melayu itu adalah nama lain bagi Bani Jawi,tercatat di dalam manuskrip purba Avesta dan Sanskrit…juga tulisan pepaku (cuneiform) Sumeria.Ini adalah warisan dari satu bangsa kuno yang tenggelam ketika Banjir Besar atau bencana lain.

SEbenarnya kita diperkotak-katikkan oleh kebodohan dan kebingungan penjajah sendiri disamping kebodohan kita sendiri yang ikut sahaja macam lembu dicucuk hidung segala kekeliruan penjajah.Kemudian bergaduh sama sendiri semata-mata pakaian,bahasa dan budaya yang sah-sah memang sama!Ini ibarat dua orang bodoh yang bergaduh sesama sendiri kerana masing-masing menuduh sesama sendiri meniru jumlah tangan,mata dan telinga yang ada dua pasang.Padahal mereka berdua ialah MANUSIA!


A berkata:Namaku Indonesia,Belanda yang bagi nama…aku ada dua tangan,kenapa kamu tiru aku?


B berkata pula:Aku Malaysia,Inggeris bagi nama…orang Malaysia memang ada dua tangan,kamu yang tiru aku.


A membalas:Ah!Sudah!Goblok!Aku mahu patahkan tangan kamu,biar jadi satu…baru terlihat beda.


B mempertahankan diri:Aku sejak lahir memang sudah ada dua tangan,kenapa mahu dipatahkan…?


A menjawab:Aku juga lahir dengan dua tangan…Ah!Kecapetan aku dengan masalah ruwet begini dong…sialan kamu!

Akhirnya A dan B berebutkan songkok,keris dan bahasa Melayu sesama sendiri.Ini adalah senario yang menyedihkan.Amat bingung dan tolol.Jadi sudah nampak kepentingan mempelajari asal-usul kita?YA!AMAT PENTING,SAMPAI SATU TAHAP,JADI KRITIKAL SEPENTING NYAWA DIHUJUNG TANDUK!

Masalah ini jelas jika negeri Kelantan berpisah dari Malaysia dan menubuhkan negara sendiri yang pekat dengan gagasan ‘Bangsa Kelantan’ (baca:bangsa Indonesia).Bila bergaduh di Internet,tidak mustahil orang-orang Kelantan yang dungu (contoh sahaja) akan memanggil Malaysia sebagai Malingsial dan memijak bendera Malaysia.Orang Kedah pula memijak bendera Kelantan dan mencerca orang Kelantan.Bila terlihat di Youtube,video orang Terengganu memakai keris dan bertanjak,maka orang Kelantan mengancam mahu menyerang Terengganu kerana ‘mencuri’ budaya mereka.Nasi Dagang juga didakwa berasal-usul dari Kelantan.Akhirnya orang Kelantan dan Terengganu berebut-rebutkan Nasi Dagang dan Budu sesama sendiri,dan pada masa yang sama orang Selangor dan Kuala Lumpur menyedut minyak dari bumi mereka sambil ketawa berdekah-dekah (ini tambahan dari saya,jangan marah saya ye!).

Fikirkan,kita selesa memanggil orang Brunei sebagai Melayu Brunei,namun jika melihat orang-orang dari Indonesia,kita cenderung melabel mereka sebagai ‘Indon’ seolah-olah makhluk dari planet lain padahal Wak Seman yang berniaga tempe dibelakang rumah kita boleh kita labelkan sebagai Melayu Jawa.Begitu juga orang Indonesia yang keliru.Saya teringat satu rancangan muzikal artis-artis Malaysia dan Indonesia terbitan RTM dan RCTI sekitar tahun 90-an dahulu.SElepas habis persembahan M.Nasir dengan lagu bernuansa Nusantara ‘Mentera Semerah Padi’,pengacara bersama dari Indonesia melahirkan rasa kagum dengan lagu tersebut dan menyebut-nyebut rasa bangga beliau dengan rumpun yang sama antara Malaysia dan Indonesia.Saya begitu terkesan dengan kata-kata ’satu rumpun’ dan ‘nusantara’ yang disebut-sebut beberapa kali oleh pengacara wanita Indonesia itu kepada temannya dari Malaysia (saya lupa siapa pengacara Malaysia itu,maklumlah baru dibangku sekolah rendah,sudah lama berlalu)

majapahit-map

Pandangan kedua yang mengatakan Melayu itu bahasa bukan bangsa juga adalah satu kekeliruan yang pelik.Padahal kebiasaan satu bahasa dinamakan bersempena bangsa yang menggunakannya.Adakah orang Amerika atau Americans menggunakan American Language?No!It’s absolutely not!You know,man…

Orang Amerika tetap memanggil bahasa mereka sebagai English,setidaknya American English.Apa itu English?Englishman,dude…you know what I mean?Who the hell of this Englishman?

Orang-orang Inggeris.

Jadi siapa yang memandai buat teori mengatakan Melayu itu nama bahasa?Jadi siapa yang menggunakan bahasa Melayu?Orang Jawa?Orang Kedah?Orang Perak?Orang Minang?

Mengapa maharaja-maharaja Srivijaya dan betara-betara Majapahit menuliskan prasasti-prasasti yang melambangkan kewujudan empayar mereka dalam bahasa Melayu?Adakah kerana takut dengan Melaka yang kecil itu?TIDAK SAMA SEKALI.

Bahasa Melayu adalah bahasa nenek moyang Sultan Mansur Syah,Hayam Wuruk dan Samaratungga.Ia adalah bahasa leluhur Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.Ia adalah bahasa kebanggaan Raja-raja Funan “King of The Mountain” dan raja-raja Champa.

Orang-orang Eropah yang akhirnya menjadi ‘bangsa Amerika’ tidak menamakan semula bahasa mereka menjadi ‘Uncle Sam Language’ sebagai contoh.English tetap English,walaupun imigran Ukraine,Perancis,Jerman dan Itali mahupun Yahudi Ashkenazi yang berhijrah ke Amerika.

JIka mahu berhujah dengan bahasa Sanskrit,perlu diingat Sanskrit bukanlah bahasa percakapan sehari-hari terutama Dravidian (Tamil,Telegu dll).Ia bahasa sastera,agama dan istana.Malah penggunaannya terhad mengikut kasta tertentu pada zaman dahulu.Ia bahasa ’suci’ yang dipandang tinggi (sebab itu tidak keterlaluan ada pengkaji bahasa menyifatkan asas bahasa Inggeris adalah Sanskrit).Jadi tiadalah kaum Sanskrit atau bangsa Sanskrit.Masalahnya dalam kes bahasa Melayu,kita berurusan DENGAN BAHASA YANG MENJADI BAHASA PERSATUAN SELURUH BANI JAWI/NUSANTARA/MALA.Bahasa Melayu tidak dikasta-kastakan.Ia bahasa persuratan dan bahasa perdagangan.Ia ADALAH BAHASA KUNO YANG DIGUNAKAN SEAWAL URUSAN MEREKA DENGAN PARA UTUSAN KING SOLOMON DAN FIRAUN-FIRAUN DI THE LAND OF THE GODS.’The Mala Ancient Language in The Land of Promise’.Dari manakah asal ‘Mala’ ini?

Selebihnya biar saya simpan dalam siri ATBM akan datang.

Bagi mengakhiri artikel ini,saya petik Sumpah Pemuda yang dibacakan pada 28 Oktober 1928 di Indonesia dan hayati betapa mereka sedar akan kepentingan ‘bahasa persatuan’ ini,bahasa yang saya,anda dan saudara-saudara kita di Indonesia,Selatan Thailand,Singapura,Brunei dan seluruh Bani Jawi…gunakan dan punya semangat untuk menggunakannya.

“Pertama

Kami putra dan putri Indonesia, mengaku bertumpah darah yang satu, tanah air Indonesia.


Kedua

Kami putra dan putri Indonesia, mengaku berbangsa yang satu, bangsa Indonesia.


Ketiga

Kami putra dan putri Indonesia, menjunjung tinggi bahasa persatuan, bahasa Indonesia”

sumber:http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/melayu-misteri-antara-bangsa-atau.html

Aug
20

NaQueen

naqueen

Produk Naqueen telah dijalankan R&D di Jepun. Hasil keberkesanannya menyamai SKII tapi harga jauh lebih murah hanya RM130 termasuk pos.

Saya juga pakai produk ini. Setakat ini produk ini boleh di dapati Ipoh, Pulau Pinang & Kuala Lumpur.

Ape2 call je la saya Pn. Nurul: 013-3806744

Category: Kecantikan  Tags: ,  Leave a Comment
Aug
17
.fullpost{display:inline;}

Pada suatu hari, seorang ayah memanggil isteri dan tiga orang anak-anaknya berkumpul dan menceritakan masalah kewangan keluarga yang melanda keluarga mereka.

Ayah: Anak-anak sekalian, mulai esok ayah terpaksa memotong duit belanja sekolah harian kamu, keadaan ekonomi sekarang teruk jadi kita harus berjimat cermat kerana jika tidak ayah mungkin tak boleh nak bayar duit ansuran rumah dan kereta, keluarga kita akan jatuh bankrap. Rumah dan kereta kita akan ditarik oleh bank jika ayah tidak melakukan “tindakan tidak popular ini”.

Anak bongsu: Ok ayah, rumah kita besar… cantik… tak nak pindah rumah flat dulu, kereta import yang ayah baru beli tu pun sayang jugak tapi sempit sikit la dari wira lama ayah dulu tapi ayah cakap kan biar sempit asal ada gaya.

Anak no 2: Tapi minggu lepas ayah baru beli set golf baru, camna lak kami kena jimat tapi ayah tak payah?

Ayah: Ayah kan main golf untuk bisnes jadi kenalah pastikan ayah “up to date” dengan peralatan baru, barulah ayah boleh setaraf dangan kenalan bisnes ayah.

Anak sulong: Tapi Ah Kau cakap ayah selalu kalah dengan ayahnya masa main golf, pastu kalah ribu-ribu ringgit pulak tu, dia dengar ayah dia kata ayah bukannya pandai main, tukar set golf pun sama je, mengapa ayah bertaruh dipadang golf? Bukankah itu judi?

Ayah: Hish, banyak soallah kamu ni….
Si ayah naik berang dengan kata-kata dari anak sulong yang sudah matang dan boleh berfikir.
Ayah: Kamu budak mana tau hal orang dewasa, ayah bertaruh tu dah jadi “trend” golfer masa kini, baru lah ada semangat nak main. Dah jangan banyak cakap. Milah… esok potong duit sekolah budak ni separuh.


Isteri: Abang, takkanlah sampai begitu sekali, kalau teruk sangat bisnes abang tu eloklah kita pindah balik rumah flat lama kita, lagi pun rumah tu dah habis bayar, ni kita berhutang balik dengan bank, saya terbaca didalam internet bila pinjam dengan bank ni kita jadi hamba bank, mungkin elok abang jual rumah dua tingkat kita ni je.


Suami: Ish, jangan keliru dengan apa orang kata dalam internet tu, kan kita guna pembiayaan islamik, mana pulak jadi hamba, kita setuju dengan harga jualan. Dah jangan banyak soal.

Kisah diatas mungkin suatu yang agak bodoh dan terlampau untuk diberikan contoh akan tetapi itulah lebih kurang gambarannya keadaan negara kita sekarang ini yang mana kesenangan sedikit yang dinikmati oleh rakyat akan ditarik balik dengan ugutan negara akan jatuh bankrap. Adakah itu suatu yang logik? Cuba tukarkan watak dan situasi diatas dengan situasi negara kita sekarang.


Ayah = kerajaan
Anak-anak dan isteri = rakyat dan pembangkang
Set golf = projek mewah
Bertaruh dipadang golf = pemerintahan yang korup
Pinjaman rumah/kereta = Hutang luar negara dari bank dunia, bank jepun dan sebagainya untuk menjalankan projek mewah

Pada skala kecil, inilah keadaan keluarga dengan ayah yang tidak bertanggungjawab, pada skala besar pula inilah sikap pemimpin yang mementingkan diri sediri dan juga kroni, mengenepikan kepentingan rakyat jelata walaupun acapkali mereka mendabik dada sebagai pimpinan berjiwa rakyat. Agak hairan juga mengapa pengumuman ini dilakukan oleh “machai” kepada “ayah” dan bukannya “ayah” sendiri. Ohh… “ayah” pemimpin berjiwa rakyat jadi tak boleh berbuat demikian, nanti tak popular pulak.
Saya berpeluang kembali ketanah air dua minggu lepas kerana tugas dan semasa menginap di hotel, akhbar The Star telah di sediakan untuk saya di bilik. Amat terkejut apabila membaca berita muka depan bagaimana rakyat diugut oleh kerajaan bahawa negara akan bankrap jika tindakan tidak popular iaitu pemberian subsidi terpaksa di berhentikan secara berperingkat-peringkat. Alasannya adalah kerana negara menanggung hutang yang banyak disebabkan pemberian subsidi jadi jika subsidi tidak diberhentikan maka negara akan bankrap.
Timbul persoalan di minda saya, angkara siapakah yang menyebabkan lebihan hutang ini terjadi jika bukan tindakan mereka sendiri iaitu pemimpin negara yang memerintah? Jika mereka memimpin menggunakan akal berdasarkan hukum Allah dan bukan menggunakan nafsu iaitu meminjam dari negara luar (yang pastinya berlandaskan riba’) dan kemudiannya berjoli sakan dengan projek mewah, maka perkara ini tidak akan terjadi dan rakyat masih boleh menikmati kesenangan tempias dari hasil negara seperti minyak dan eskport utama yang lain seperti kelapa sawit. Inilah balasannya apabila kita mengingkari larangan Allah terhadap riba’. Riba’ bukan hanya rakyat meminjam dari bank, kerajaan meminjam dari bank luar baik barat atau jepun, semua itu berlandaskan riba’.

Akan tetapi disebabkan pemimpin kita lebih mengutamakan kemajuan yang nampak iaitu bangunan tinggi pencakar langit dan sebagainya sedangkan kemajuan yang didalam iaitu iman makin tenggelam, maka kebinasaan lah nampak gayanya jalan yang sedang ditujui, baik binasa moral, sosial mahupun binasa ekonomi.



Yang lebih membuat saya bertambah sedih, sedang dimuka depan akhbar memaparkan rakyat biasa terpaksa mengikat perut, dalam muka 6 dalam akhbar yang sama didalam ruangan StarBiz, terdapat lapuran menyatakan bahawa kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia naik sebanyak 42% berbanding setahun yang lalu. Jadi logik kah bahawa negara akan bankrap sedangkan mereka yang kaya semakin kaya, bukannya sejuta dua, lapuran dari Forbes Asia ini menunjukkan kenaikan jumlah keseluruhan kekayaan golongan ini adalah dari 36 billion USD kepada 51 billion USD. Mengapakah ini terjadi?
Jawapannya adalah kerana ekonomi kita, malah ekonomi serata dunia adalah berdasarkan ekonomi riba’ yang mana kekayaan tidak lagi berkitar didalam masyarakat dan hanya tertumpu kepada golongan tertentu iaitu golongan kaya sahaja, buktinya sudah cukup jelas dengan lapuran Forbes Asia tersebut umpama gajah didepan mata maka sebab itulah terjadinya keadaan golongan miskin semakin miskin dan terpaksa mengikat perut sedangkan golongan kaya semakin kaya.
Siapa yang harus dipersalahkan? Siapa lagi jika bukan kita sendiri, pertama kerana memilih pemimpin yang memimpin dengan niat bukan “Lillahitaa’la”, niat memimpin hanyalah “lilla fulus” atau “lilla kuasa dan kroni”. Dan kedua kerana kita memberi kuasa kepada mereka yang berada di “tingkat atas” dan dengan kuasa tersebut jugalah mereka gunakan untuk memastikan pemimpin yang korup sentiasa menang didalam pilihanraya dengan memancing undi dengan wang, gasakan dari media massa dan banyak lagi cara untuk memastikan pemimpin korup terus kekal agar kepentingan bisnes mereka senantiasa terjamin. Mengapa saya kata kita memberi kuasa kepada mereka yang kaya ini? Bagaimana pula caranya kita menyokong mereka?

Apabila kita membeli barang dengan riba’ baik konvensional atau pun riba’ islamik, apa yang terjadi kita memberi tenaga kita kepada mereka dalam bentuk wang ringgit iaitu lebihan dari wang yang dipinjam. Hasilnya makin terkumpullah kekayaan mereka kerana yang memberi “tenaga” dan “kuasa” kepada mereka ini bukanlah seorang dua, malah kesemua umat masyarakat baik menyumbang kepada golongan “teratas” ini dari pembelian rumah, kereta, kad kredit dan apa sahaja pembelian ansuran yang menyebabkan kita terpaksa membayar lebih.
Sebab itulah Allah amat melarang riba malah mengistiharkan perang dengan mereka yang terlibat dengan riba’, kerana apa? Kerana kita akan menyebabkan mereka yang tamak akan menjadi semakin kaya dan mereka akan gunakan kekayaan mereka itu untuk kembali menindas rakyat kebanyakan. Jadi janganlah ingat apabila kita meminjam, apabila kita rela membayar lebih, kita hanya melibatkan diri kita sahaja, sebenarnya konsep riba’ ini harus dilihat dari sudut keseluruhan (wholism).

Akan tetapi melihat dari sudut keseluruhan itu juga belum cukup untuk membolehkan kita nampak kesannya pada diri sendiri ataupun pada insan-insan yang lain, perlu ada “nur” kurniaan Allah agar dapat ianya menerangi penglihatan supayakita dapat kita melihatnya dengan mata hati dan bukan hanya dengan mata fizikal sahaja. Dajjal bermata satu bukan bermaksud bukan sahaja bermaksud dia buta sebelah mata, mengikut kuliah Sheikh Imran Hossein ianya adalah sebagai simbolik agama yang bermaksud dajjal buta mata hati. Jika manusia hari ini hanya melihat dunia dengan mata fizikal iaitu apa yang jelas kelihatan dan tidak lagi dapat melihat dengan mata hati, maka manusia itu juga sudah tergolong menjadi pengikut dajjal tanpa mereka sedari.
Ramai pemimpin semasa berkempen dipilihanraya menyatakan mereka pemimpin berjiwa rakyat dan akan menjaga kebajikan rakyat. Melihat pada lapuran Forbes Asia sudah terbuktilah mereka ini memang pemimpin berjiwa rakyat, bukan rakyat miskin tetapi berjiwa rakyat yang kaya. Buktinya sudah cukup jelas yang mana rakyat kaya semakin kaya dan rakyat miskin harus mengikat perut.
Jika mereka membesar dengan makanan disuap dengan sudu garpu emas dan perak, kesekolah dengan berjemput pemandu dan pengawal peribadi, hidup rumah besar dan mewah dengan hawa dingin sepanjang masa, makan makanan paling enak yang boleh dibeli dengan wang, adakah apabila mereka dewasa dan menjadi pemimpin, golongan sebegini akan kenal erti keperitan hidup yang ditanggung oleh rakyat miskin? Makan nasi dengan ikan masin, kesekolah berjalan kaki sahaja dengan kadangkala tidak punya wang saku, rumah atap nipah yang bocor ketika hujan. Tidak pernah wujud sebarang cantuman neuron didalam otak mereka ini (orang kaya) yang merakam dan mengaitkan erti sebenarnya kepayahan dan penderitaan sebenar menjadi orang miskin maka apabila mereka mereka berkuasa dan menyatakan mereka pemimpin berjiwa rakyat, semasa memikirkan untuk membuat keputusan, jaringan neuron diotak mereka hanya lebih mengaitkan pengalaman rakyat kaya. Rakyat miskin hanyalah untuk memancing undi sahaja. Hampir kesemua tindakan mereka secara tanpa sedar (melalui minda separa sedar) akan lebih memilih untuk menjaga kepentingan golongan seperti mereka sahaja.

Jadi adakah maksud saya mereka dari golongan berada tidak boleh menjadi pemimpin atau mereka yang miskin apabila menjadi pemimpin itu tidak akan korup? Tidak, bak saya katakan dalam artikel sebelum ini, hidup ini penuh kebarangkalian dan kemungkinan sahaja. Untuk memastikan kita mendapat kejayaan dunia dan akhirat, wajiblah kita memilih pemimpin yang niat memimpin hanyalah kerana Allah. Dan apabila memimpin kerana Allah maka, undang-undang Allah akan ditegakkan, dan apabila undang-undang Allah ditegakkan maka baru ketika itulah kebajikan semua golongan manusia baik yang islam atau tidak akan terjamin sepenuhnya.

Undang-undang Allah itu untuk kebaikan semua umat manusia, hanya minda manusia sahaja yang terpedaya dengan “basuhan” dari barat melalui media seperti TV dan filem malah menerusi sistem pendidikan itu sendiri yang menyebabkan manusia menjadi jauh dari Islam, sedangkan yang mengaku Islam itu sendiri menolak hukum Allah, apatah lagi yang bukan Islam.





Klip diatas adalah sedutan dari *filem Zeitgeist Addendum yang menceritakan rahsia sebenar disebalik kehidupan didunia ini baik dari segi kewangan, politik, kerakusan korporat barat, terrorist dan beberapa isu lain lagi. John Perkins adalah bekas penjenayah ekonomi yang bekerja bagi pihak CIA untuk menjaga kepentingan korporat Amerika, antara tugas beliau adalah memujuk pemimpin dunia dari negara yang banyak sumber asli agar mengambil pinjaman dari bank dunia atau menerima bantuan dari badan kewangan antarabangsa untuk membuat projek besar yang kononnya membantu menaikkan ekonomi negara tersebut akan tetapi pada masa yang sama akan menyebabkan negara tersebut dibebani dengan hutang luar yang teruk. Walaupun projek yang dibiayai kononnya untuk rakyat, kebanyakan yang mendapat manafaat besar adalah syarikat Amerika dan juga segelintir pihak dinegara tersebut sahaja.

Mendengar penjelasan beliau mengenai bagaimana penjenayah ekonomi ini bekerja, mungkinkah pemimpin negara kita juga telah termakan pujuk rayu penjenayah ekonomi ini? Maka tak hairanlah  jika negara kita dibebani hutang luar yang banyak dan akan bankrap tidak lama lagi. Dari klip diatas, agaknya ada tak dikalangan tokoh pemimpin kita yang sanggup mati hanya kerana tidak mahu korup? Bekas Presiden Panama Omar Torijos tetap tidak mahu korup walaupun tahu beliau akan mati disebabkan kejujuran beliau sebagai pemimpin berjiwa rakyat miskin. Golongan yang di”atas” tidak mahu pemimpin yang jujur dari berkuasa membela nasib rakyat miskin, mereka hanya mahukan golongan terbawah ini iaitu rakyat miskin terus menjadi hamba kepada rakyat kaya. Perhambaan fizikal sudah lama berlalu, perhambaan kewangan sedang rancak berlaku baik konvensional mahupun islamik dan rata-rata kebanyakan kita masih lena dibuai mimpi materialistik.
Dengan melihat pada situasi sekarang ini, Berkesempatankah agaknya kita menikmati kehidupan dengan berlandaskan Islam sepenuhnya? Mungkin sempat, mungkin tidak. Akan tetapi kita tidak sepatutnya berpeluk tubuh dan mengikut sahaja apa yang ditentukan oleh pemimpin korup yang membawa negara kemajuan dunia tetapi kehancuran masaalah sosial, moral apatahlagi akhirat. Khilafah harus dikembalikan agar kegemilangan Islam itu kembali bersinar dibumi Allah ini, dan jika tidak berkesempatan untuk kita melihatnya semasa hayat, sekurang-kurangnya didepan Allah nanti kita boleh menyatakan bahawa kita telah pun mencuba melakukannya.

Bangun dan sedarlah rakan-rakan sekalian, dunia ini akan menjadi “syurga” jika semua manusia dapat melihat dunia ini dari sudut yang berbeza, dari sudut hati yang penuh dengan keimanan takutkan Allah dan sayangkan semua manusia sejagat. Kita dahagakan insan-insan yang boleh dengan jujur mengungkapkan “I love you so much all the people”, kita bukanlah berasingan, kita semua berkait, kita telah ditipu dengan menganggap ruang yang wujud antara kita sebagai ruang pemisah sedangkan dari sudut paling halus iaitu dunia subatomik, kita semua berkait, kita semua saling “bersentuhan”. Sayangilah diri insan lain sepertimana anda ingin disayangi, apa yang anda mahukan untuk diri anda, itu juga sepatutnya di berikan kepada insan lain dan bukan mengambil kesempatan, menghambakan dan mengaut keuntungan maksimum, menjadi kaya dan senang tanpa mempedulikan penderitaan insan lain. Insyaallah moga kita semua akan berusaha untuk menjadi umat yang lebih penyayang. Amin.

ps; *Filem Zeitgeist ini harus ditonton dengan berhati-hati kerana ia dibuat oleh atheis yang menolak agama. Jika mereka benar-benar mendalami Islam dan tidak hanya memahami Islam menerusi media massa, pasti mereka akan mengambil Islam sebagai jalan hidup.

Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/06/negara-akan-bankrap-tetapi-yang-kaya.html#ixzz0wr4sozA8

Aug
14

Petikan daripada: http://mistisfiles.blogspot.com/2010/06/house-of-bani-jawi.html

The House of Bani Jawi

Ibnu Athir.seorang sarjana sejarah yang hidup pada zaman pemerintahan Khilafah Abbasiah telah menuliskan tentang satu kelompok bangsa yang berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s.Ahli-ahli psikik dan pertubuhan kerohanian Eropah telah lama menuliskan satu bangsa misteri yang berasal dari Tamadun Lemuria dan Mu,yang tenggelam dan bahasa serta budayanya menyebar ke kawasan kepulauan di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.

Siapakah dia Bani Jawi?Pelbagai hipotesis tentang kehadiran kelompok Aryan-Kamboja,raja-raja India,orang Cina,pedagang dan pendakwah Arab,pengembara Parsi,imperial Eropah dan bermacam-macam lagi kaum dan bangsa yang dikatakan adalah percampuran yang menghasilkan apa yang digelar sebagai ‘orang Melayu’,namun mengapa segala bangsa ini menjadi MELAYU?

Siapakah induk di Nusantara yang MEMELAYUKAN mereka?

Mencari rahsia Kemelayuan ibarat bertarung dengan segala misteri dan rahsia yang telah bersebati dengan angin laut dan kabus pagi.Mencari rahsia Kemelayuan itu bagaikan mencari mutiara terpilih di dasar laut yang kelam di tengah malam di hari mendung pekat kegelapan.

Jika takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai…

……………….

………….

………

…..

..

..

..

.

.

Dari Batu Bersurat Talang Tua…

Prasasti-prasasti Champa dan ukiran-ukiran pada Angkor Thom.

Dari nisan-nisan sepi yang ditemani bunga kemboja mewangi…

dari puing-puing loji melombong besi Kedah Tua…

Maksud-maksud dari kitab Sulalatus Salatin…

dari Chiang Mai Chronicles,Khmer Chronicles,Mon Chronicles…juga rahsia-rahsia tersembunyi di dalam inskripsi Prasat Khna as Sri Narapativiravarman,inskripsi Ta Praya,Inskripsi Prasat Trapan Run….

juga dokumen-dokumen sulit di dalam bilik kebal Istana Dinasti Chakri…

Dari Kakawin Negarakertagama dan Pararaton…

Dari ukiran kapal dan keris di Borobudur dan Prambanan

Dari ukiran gadis berkebaya di dinding Angkor Wat…

Dari bisik-bisikan para pelaut Bugis,Bajau dan Orang Laut…

Dari gerbang istana Srivijaya,dari catatan I-Tsing dan Atisa pendeta dari Tibet…

Catatan-catatan pengembara Arab seperti Mas’udi dan Dulaf…

Dari Tok Batin di pedalaman yang menyimpan peta ke Kota Gelanggi yang terahsia…

rahsia dari dalam Tasik Chini…

Dan Hutan Belum yang penuh misteri….

dan pusaka Ayahanda Ibrahim hingga kepada Baginda Rasulullah s.a.w…

Bagai sirih pulang ke gagang,pinang pulang ke tampuk

MistisFiles dan Mistis Organization
Dengan kerjasama Srikandi

“The Last Queen of Malay History”

Kami dengan penuh sukacita

Membawakan kepada anda,rahsia dari peti pusaka kepunyaan Melati dan Mala…

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU

Version 3.5

THE HOUSE OF BANI JAWI”

Menampilkan,

Siri Artikel Pengiring:

-Dilema Melayu dan Siam II
#Analisis dakwaan Teori Siam Islam
#Bayinnaung:Raja atau permaisuri?
#Percanggahan antara Naim Firdausi dan Anai-anai
#Tentera upahan Portugis dan India Muslim di Burma dan Ayutthaya:Pembohongan istilah Portugis Islam
#Rahsia keturunan Syarif Abu Bakar Syah
#Siapa sebenarnya Siam Islam?
#Asal-usul gelaran Nai,Long,Khun dan Luang
#Perbezaan antara Siam,Siam Asli dan Thai
#Perbezaan antara orang Siam Thai yang mencedok budaya Siam Asli dengan orang Siam Asli/Melayu
#Kecelaruan budaya dan bahasa pendokong Siam Islam
#Cabaran Srikandi kepada pendokong Siam Islam supaya menetapkan identiti kaum sendiri
#Dilema perkahwinan campur Melayu dengan kaum asing

-Pelajaran Pertama:Belajar tentang apa itu Malayo-Polinesian dan Austronesian
#subtopik:Belajar apa itu Mon-Khmer dan Tai-Kadai

-Pelajaran Kedua:Belajar tentang hubungan antara kaum di Asia Tenggara
#subtopik:Belajar tentang kerajaan-kerajaan purba Asia Tenggara,menampilkan Dvaravati,Lavo,Thaton,Kedah Tua,Gangga Negara,Champa,Majapahit,Ayutthaya,Kutai dll

-Pelajaran Ketiga:Kedudukan geografi etnik-etnik Malayo-Polinesian

-Pelajaran Keempat:Belajar tentang kelompok pribumi Asia Tenggara
#menampilkan topik khas tentang asal-usul Orang Asli
#Dua kelompok utama Orang Asli Malaysia:Malayan Aborigine dan Aslian Mon-Khmer

-Ucapan Alu-aluan dari Hermit

-Ucapan Alu-aluan Dari Srikandi

Artikel Utama:

Marjaya Sriwijaya!”

-Siapakah Srivijaya?
-Dari mana kita tahu tentang Srivijaya?
-Pelbagai hipotesis tentang Srivijaya
-Siapakah Maharaja Zabag?
-catatan Mas’udi
-Siapakah Sribhoja?
-Dari mana asal-usul Srivijaya?

The Federation of Maritime Powers and Seaports

-Srivijaya sebagai sebuah empayar
-Penakluk Segala Pelabuhan
-”Maharaja Seluruh Kepulauan”
-The Guardian of Malacca Straits
-Srivijaya sebagai pengasas hegemoni perdagangan
-Monopoli dan prestij Srivijaya
-Siapakah orang Bugis,Bajau Laut,Orang Laut dan Sulu?
-Profesion purba Bangsa Melayu
-’The Eastern Norsemen and Phoenicia’
-Dari Madagaskar sehingga ke Hawaii

Maulimalaraja dan Sri Dharmaraja

-Keturunan Srivijaya
-Sejarah bangsa Melayu di Indochina
-Bayangan salasilah Melayu di istana Angkor
-Siapa Suryavarman?
-Bahasa Melayu di istana Angkor?
-Siapa Raja-raja Mala (Malaraja)?
-Adityavarman,raja Minangkabau,atau raja Angkor?
-Hubungan kerabat diraja Melayu dan Khmer
-Hubungan Funan dan Chenla

Sri Kambu dan Kambojaraja

-Sejarah Khmer dan Kemboja
-Kaitan orang Khmer dengan Mon
-Kaitan orang Mon dengan Melayu Kedah
-Bahasa Melayu Tua dan Mon Purba
-Adakah Mon itu berasal dari sukukaum Melayu?
-Raja-raja Mon dan Melayu
-Keharmonian kerajaan purba Melayu dan Mon

The Sailendras

-Apa itu dinasti Sailendra?
-Dari mana asal-usul Keluarga Diraja Sailendra?
-Mengapa dinasti Sailendra menuliskan prasasti dalam Bahasa Melayu?
-Borobudur dan kejuruteraan senibina Melayu Sailendra
-Sailendra dan Srivijaya
-Sailendra dan Indochina
-Sailendra dan Melayu


The Srivijayan

-Raja-raja Srivijaya
-Wau Bulan Teraju Tiga
-Dewa Laut
-Batu Bersurat Keduka Bukit
-Perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun
-”Srivichai”
-Hikayat Thai Purba tentang raja-raja Melayu Srivijaya
-Apakah yang berlaku kepada orang Melayu 500 tahun Sebelum Masehi?

Mahidhara Court and Ketomala Dynasty

-Salasilah Suryavarman I dan II
-Siapakah Jayavarman II?
-Kaitan orang Khmer dengan Sailendra
-Kaitan raja-raja Khmer dan Mon dengan Melayu Srivijaya
-Siapa Samala dan Vimala?
-Kerajaan Dvaravati dan Pegu
-Kerajaan Gelanggi,Kedah Tua dan Gangga Negara
-Siapakah Temagi?Mon atau Thai?
-Siapakah Dewasura?Mon atau Thai?
-Siapakah yang dimaksudkan sebagai ‘SIAM ASLI’ dalam kitab Sejarah Melayu?
-Orang Mon dan Negeri Reman

Champapura and Langkasuka

-Hubungan Kedah Tua dengan Langkasuka
-Hubungan Srivijaya dan Langkasuka
-Siapakah orang Cham?
-Orang Champa berbahasa apa?
-”Urang Chempa”
-Raja-raja Champa
-Che Bonga ‘The Red King’
-Syair Siti Zubaidah dan legenda Kembayat Negara
-Hubungan Champa dengan Chenla
-Hubungan Champa dengan Funan
-The Javanese and The Kelantanese
-Wayang kulit Jawa dan wayang kulit Kelantan
-Batik Jawa dan batik Kelantan
-Kerajaan Majapahit Timur
-Hubungan orang Aceh dengan orang Cham

Empayar Chermin dan Majapahit Timur

-Betara Majapahit Timur
-Siapa Raja Mandalika?
-Misteri Batu Bersurat Terengganu
-Pendakwah dari Champa,bukan dari China
-Kelantan Serambi Makkah
-Kaitan Wali Songo dengan sejarah Jawa dan Kelantan
-Po Khun RamaKhamkhaeng,Raja Sukhotai yang dibunuh oleh Ratu Tanah Serendah Sekebun Bunga

Sinar Hidayah di Bumi yang Diberkati

-Sejarah Wali Songo
-Pendakwah Champa
-Pendakwah Arab
-Pendakwah Parsi
-Rahsia Batu Bersurat Terengganu
-Raja Patani dan Champa yang memeluk Islam
-Raja Srivijaya yang memeluk Islam
-Darah Ahli Bait
-Merah Silu dan mimpi bertemu Rasulullah
-Sirih pulang ke gagang;bangsa misteri dan agama Allah

…rahsia sampin dan songkok di dalam majlis ‘coronation’ para Mason,makna ‘preah’ dan ‘prah’,warisan Raja Perahu dan Permaisuri Hati,rahsia tanjak dan sampin dalam upacara ritual para Mormon,lagi kod-kod yang dipecahkan dari hiroglif di Kuil Hatsehepsut,Keturunan Raja Gunung dan Darah Naga,lagi rahsia yang digali dari The Egyptian Book of The Dead tentang rahsia budaya mengawet mayat dan hubungannya dengan ‘para dewa’ di Nusantara,lagi…lagi…

dan banyak lagi….!

Rahsia Kemelayuan itu ibarat pekat merah darah yang mengalir ngilu di dalam urat kesatria anak-anak bangsa.Mereka yang tidak mahu memahami Melayu adalah mereka yang buta dan tuli kepada sejarah satu bangsa yang hidup begitu bersebati di dunia sebelah sini…hidup dan mati mereka bergalang nyawa di tanah tumpah darah,nusantara… Alam Melayu warisan tradisi.

Sejarah adalah warisan.Sejarah juga adalah sumber kuasa.Sesuatu bangsa itu akan pupus tidak bersisa sekiranya mengabaikan sejarah bangsanya.Bagaimana?Perlahan-lahan dia akan meninggalkan budaya,bahasa dan jatidiri bangsanya kerana terlalu memandang rendah sejarah bangsanya dan mengkagumi sejarah orang lain,bahasa dan budaya mereka.Nama bangsanya hanya akan tersisa di buku-buku sejarah dan pemeran muzium.Hilangnya kedaulatan sesuatu bangsa adalah sejauh mana bangsa itu kental jatidiri dan semangat untuk terus maju.Dan semua itu…bermula dari sejarah sebagai sumber kuasa yang tidak terkalahkan.

Sejarah bukanlah sekadar bacaan hikayat dan nota-nota untuk lulus peperiksaan.SEJARAH ADALAH SUMBER KEKUATAN DAN ROH KEBANGKITAN.Satu cara untuk meruntuhkan estim diri dan jatidiri sesuatu bangsa,ialah menghapus,memperkosa dan merompak sejarah bangsanya.Bangsa yang diperkosa,dihapus atau dirompak sejarahnya…perlahan-lahan akan mengalami perasaan rendah diri dan akhirnya pupus dari peta sejarah dunia.

Sejarah Melayu adalah warisan bangsanya.Orang Melayu tetap wujud kerana berdiri di atas paksi sejarahnya yang tetap dipelihara zaman-berzaman di tengah-tengah imperialisme dan peperangan.Ketika tamadun Maya pupus dari kelangsungan hidup,orang Melayu masih kekal wujud segala bahasa dan budayanya sehingga ke hari ini.Ketika orang Mon dan Pyu,perlahan-lahan pupus dari persaingan kehidupan dunia dan tidak bernegara,orang Melayu masih punya tanahair dan tanah pusaka.Ketika orang lain tidak punya raja-raja atau dihapuskan warisan berajanya,orang Melayu masih mengekalkan sistem monarkinya sejak beribu-ribu tahun lalu…

Menjejak sejarah Melayu…adalah seindah menjejak namanya.Bagai mempelai cantik beradu,budaya dan bahasa Melayu tetap terlestari sejak zaman-berzaman,adalah titis keringat dan lelehan darah para pejuangnya… juga buah fikiran dan usaha para pemikirnya.Segala bangsa datang ke nusantara,mencari-cari apakah dia Melayu itu?Apakah keistimewaan Melayu itu?

Sehingga semua bangsa cair menjadi Melayu…dan beranak cucu,mereka masih tercari-cari sehingga ke akhir hayat,masih tidak mampu menjawab segala misteri,

Siapakah Melayu itu sebenarnya?

Mari kita,sebagai pewaris warisan Kemelayuan,kita cantumkan sejarah ini yang pecah berkeping-keping,kerana pelbagai bangsa di dunia JUGA datang ke sini untuk mencari-cari makna KEMELAYUAN itu,bercampurgaul,berkahwin dan tinggal di sini…menjadi Melayu,

Namun,masih mencari-cari dan akhirnya meninggalkan dunia ini tanpa menggapai apa-apa jawapan kepada misteri Kemelayuan dan menjawab pertanyaan,

Mengapa aku mesti menjadi Melayu?

disusun dan diterbitkan oleh,

~Srikandi

“The Guardian of Malay Tabernacles”

Jul
29

BIJAK SIFIR

PROMOSI!!!

BENGKEL BIJAK SIFIR RM 88 SAHAJA .

Harga di atas hanya sah sehingga 22 Ogos.

BERTEMPAT:

62A Lengkuk Meru Permai 2
Halaman Meru Permai
Bandar Meru Raya
Ipoh

 

TARIKH:

8 Ogos 2010 (& setiap hujung minggu)

Tempahan perlu dilakukan segera kerana tempat terhad untuk 20 orang shj!

Jul
20

pic1-5r

Kebahagiaan aku sebagai seorang isteri dan isteri-isteri di luar sana terletak pada tangan suami. Suami yang bijak menawan hati isteri mampu membuatkan isteri ikhlas untuk melakukan apa sahaja.

Seperti kehidupan aku, sebaik membuka mata dari beradu terpandang permainan anak-anak di celah perabot membuatkan aku tersenyum lantas ketawa. Aku sudah punya anak dan bukan lagi anak dara! Sungguh bahagia dan seronok tengok permainan anak, teringat ketika aku seusia sunan… memang seronok bermain bersama adik, ummi dan ayah.

Kemudian meneruskan operasi kerja-kerja rutin sebagai isteri seperti mengemas, mengurus anak-anak, mengurus suami, membasuh pakaian dan memasak. Semua itu membuatkan aku bahagia. Walaupun tak lari dari sifat manusia biasa dari memarahi anak tapi adakalanya karenah anak yang nakal itu juga mampu membuatkan kita ketawa.

Berbeza jika punya suami yang bersikap negatif, kurang menawan hati isteri amatlah menyakitkan untuk melalui kehidupan. Apa sahaja kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh isteri amat membebankan, membosankan dan menyakitkan. Ditambah lagi dengan karenah anak nan seribu amatlah menyerabutkan, dah macam sabut kelapa gamaknye :D

Oleh itu kerjasama antara suami isteri dalam pembentukan instistusi kekeluargaan yang harmoni perlu dititikberatkan dengan ini mampu mewujudkan suasana yang positif, harmonis dan bahagia. Hidupkanlah sunnah Rasulullah s.a.w kerana di situ ade pencetus kebahagiaan dan ketenangan kita semua. Suami dan isteri wajib hidup berkasih sayang dan mempamerkan kepada anak-anak. Jelaskan dan nyatakanlah sayang anda kepada ahli keluarga anda, dengan ini kehidupan seharian yang kita lalui terasa begitu indah. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Orang yang penyayang disayangi Allah, kasihanilah makhluk-makhluk yang ada di bumi nescaya segala yang ada di langit mengasihani kamu.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)

Jul
16
adolf-hitler
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…

tnazi-baca
Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…
sujud
jsolat
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…
hitler-w-sheikh
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…

m-tgk

mufti-barisan

mufti-alquds
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?”

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=411669814626&id=1081327063